Memaparkan catatan dengan label anniversary. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anniversary. Papar semua catatan

Rabu, 9 Disember 2009

My 2nd Wedding Anniversary....



Diam tak diam dah 2 tahun mama dan papa melayari bahtera perkahwinan...tiada sambutan apa-apa yang kami lakukan untuk memperingati ulang tahun perkahwinan kami..cuma kami saling ingat mengingati dan berdoa agar ianya kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

Detik perkenalan dengan En Papa adalah tidak pernah dirancang..ini adalah gara-gara kakak angkat mama yang tak larat nak melayan panggilan telefon papa setiap hari...boleh tahan jugak lah yer papa mengurat kakak angkat mama...mula-mula tu mama jadi perantara jek, dalam hati tak teringin pun nak berkenalan walaupun papa puas mintak no telefon mama..akibat sikap tidak putus asa papa, mama terima salam perkenalan dari papa dan sejak itu kami hanya berkawan melalui telefon sahaja selama 4 bulan...Masa tu mama cukup takut nak jumpa dengan papa sebab masa tu mama gemuk lagi dan papa bagi mama cukup hensem sebab masa tu kami dah bertukar-tukar gambar (bercinta style dulu2 hantar2 surat, hantar2 hadiah....heheh)..First time kami blind date kat Melaka (jumpa kat bus stand lama kat belakang Hang Tuah Plaza), tak sangka papa menerima mama seadanya...dan sejak detik itu, papa telah meluahkan perasaannya pada mama...

masa zaman bercinta dulu, kalau sehari tak bergaduh tak sah..sebab kami bercinta jarak jauh..papa kat KL dan mama kat JB...sebulan sekali mesti kami berdating..sama ada mama turun KL atau papa turun JB...begitu lah selama 4 tahun...dan mama kalau pi dating mesti bawa escort....nama dia kak fara..sian kak fara kena teman kami selalu...nasib baik kak fara ni boleh ngam ngan papa...sampai kitaorang picnic kat ulu yam pun kami angkut kak fara sekali...ini bagi mengelakkan fitnah!!!!

Jodoh pertemuan di tangan tuhan...setelah hampir 4 tahun kami menyulam cinta (ecehh..ayat), kami bertunang pada 29/7/07 dan diijabkabulkan pada 9/12/07...kenangan yang paling meyedihkan mama adalah, gambar kahwin mama masa sebelah keluarga mama semuanya tak jadi..cameraman pulangkan duit sebab dia kata gambar2 kahwin mama semua kena virus..rasa nak makan jek cameraman tu...dah la mama penat posing sana sini...tukar-tukar baju 5-6 pasang...gambar ni pun (persalinan oren) adalah daripada camera pak su mama yang kebetulan tak bertugas pada hari tu...sebenarnya paksu pun cameraman jugak...bukan tak nak amik dia..sebab awal2 lagi dia bagitau dia dah ada orang booking petang tu....jadi mama memang tension kalau orang tanya pasal gambar kawin mama...nasib baik gambar masa bertandang tu cantik2 belaka...kalau tak mau nak kawin lagi sekali...

itu la kisah percintaan mama dan papa...dan mama mengharapkan agar ianya berkekalan hingga ke akhir hayat..papa adalah satu-satunya lelaki yang tahan dengan kerenah mama...dan satu-satunye yang terima mama seadanya daripada mama gemuk jadi kurus dan gemuk balik masa peknen dan kurus balik dan kali ini akan gemuk balik sebab peknen lagi....sayang papa selalu...


Abang, I love u so much!!!!!!!!