Memaparkan catatan dengan label update menu 99HTN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label update menu 99HTN. Papar semua catatan

Khamis, 19 November 2009

Jom main masak-masak!!!!




Salam...

Hari ni saya nak citer pasal makan jek tau....malam tadi saya sempat la bercintan cintun ngan papa (tengok DVD tau!!!)...Semalam, saya suruh big boss (en papa) pergi ke kedai bakery untuk beli bahan-bahan buat kek untuk tempahan kek saya esok...jadi dia sempat juga membeli DVD 2012 yang sangat diidam-idamkan oleh isterinya yang tersayang ni...cerita ni adalah sungguh panjang, sempat jugalah saya dan papa tertidur-tidur ayam 2-3 kali...jadi proses membuat nugget jannah adalah tergendala dan projek nugget itu bermula pada jam 12 tengah malam...mak mertua saya pun pelik, kenapa menantunya tak reti-reti nak tido...sambil-sambil itu saya pun buatlah inti daging untuk roti jala saya keesokkan harinya....Nugget ini adalah sangat sedap jika tidak dimasukkan daun thyme...disebabkan ingin mencuba, rasanya adalah agak kurang memuaskan, sama seperti meletakkan daun kari yang begitu banyak di dalam adunan nugget itu...tapi tetap sedap ditekak saya yang tak nak membazir ini...(rupe nugget tu dah superb tahap expert)

gambar sebelum diselimutkan


selepas selimut dan nak beradu ni (dalam esbok)


Dan, seawal pukul 4.30 pagi, mata saya sudah tidak mampu untuk memejamkan mata lagi sebab cuaca teramatlah sejuk sehingga menusuk ke tulang hitam saya...betapa sejuknya pagi tadi sehingga mampu menerobos lapisan lemak saya yang amat tebal ini...boleh bayangkan tak??? Jadi sarapan untuk papa hari ini adalah sangat spesial...roti jala berinti daging cincang...sejak dua menjak ni saya akan pastikan yang papa akan bawa bekal sarapan pagi ke tempat kerja..no more beli-beli dan makan-makan kat warung mamak atau kedai mak usu okey!!!. Dengan penuh kasih sayang saya mengirai roti itu..sehingga mendapatkan hasil yang sungguh sedap sekali...ha3x..


Hari ini, saya bekalkan papa dengan daging black paper, sayur ulam dan ayam goreng untuk makan tengahari..harap-harap kena dengan selera papa....so, lunch untuk mama pula adalah chicken salad...cuba lihat salad saya..adakah menggiurkan???Yang ini tak payah la tanya resepi sebab kalau tengok gambar pun kamu semua dah tahu apa bahan-bahannya..cuma dressingnya saya gunakan sos hot peri-peri nandos, sos tomato dan satu sudu besar reduce fat mayonnaise..




Update menu hari ini :

sarapan : shake HL + air suam
minum pagi : 1/2 ketul roti jala berinti daging
lunch : chicken salad + yogurt kiwi + air suam
malam : no dinner...





Rabu, 18 November 2009

Update 99 HTN...(5 hari)



Kredit to : Amy Alldis (flickr.com)

Hari ni saya nak update daily menu saya..banyak jugak yang bad day...kononnyer nak buat analisis macam psf6450 (miza), tapi takde masa la...

13/11/2009 (Jumaat)
Breakfast : mee goreng basah + air teh
Lunch : shake herbalife + air 1 liter
Dinner : 1 chicken nugget + roti + air manggo

14/11/2009 (Sabtu)
Breakfast : mee suah + 2 chicken nugget + air suam
Lunch : udang goreng tepung + sayur campur + air manis
Dinner : tak makan

15/11/2009 (Ahad)
Breakfast : mee suah + chicke nugget + air suam
Lunch : udang goreng tepung + sayur campur + air manis
Dinner : tak makan

16/11/2009 (Isnin)
Breakfast : bihun goreng + jemput2 + air suam
Lunch : sayur campur + roti manis+ air oren
Dinner : 1 ketul ayam goreng + 1 ketul ayam gulai + 1 mangkuk kecil yee mee

17/11/2009 (Selasa)
Breakfast : shake herbalife + air suam
Lunch : yogurt + keropok lekor + air teh
Dinner : tak makan

Plan untuk hari ini..

18/11/2009 (Rabu)
Breakfast : shake herbalife + air suam
Lunch : mee sup + kacang botol goreng belacan + air suam
Dinner : tak makan

Sebenarnya, sejak bermulanyer 99HTN, berat saya telah bertambah sebanyak 3kg...memang la saya tak makan nasi, tapi selera makan saya tak seperti selalu....macam sewaktu saya peknen dulu...tapi tak tau la sekarang ni asyik pening2 jek...sekarang pun dah lewat jugak...lagipun saya kerapkan makan untuk menambah susu...sekarang susu badan saya dah bertambah jadi saya dah boleh diet semula....jadi saya tak tahu mana satu penyebab membuatkan selera makan saya bertambah....

adakah????

mungkin ya dan mungkin tidak...

kita tengok result doktor jumaat depan...

kalau positif, penyertaan saya dalam 99HTN adalah terbatal serta merta....

.
.
.
.
.


Khamis, 12 November 2009

Update 99 HTN...lunch saya untuk hari ni...



Jangan jeles hokey....

i mmg hantu veggie....

takut tak...?????????

ni menu lunch untuk hari ini....

nak update menu untuk semalam ngan hari ni...

11/11/09 (Rabu)

Sarapan - bihun goreng taucu + air milo + puff sardine (cinonet jek)
lunch - Rojak Power ngan air suam
tea - 2 keping cookies + 1/2 cawan teh susu
dinner - menghabiskan saki baki herbalife (shake cappu)

12/11/09 (khamis)
sarapan - 2 biji pau daging + air teh
lunch - sayur campur (cendawan, carrot, brokoli) + ayam goreng berempah + air
dinner - x tau lagi...

Kalau orang berdiet tak suke makan sayur, apa pilihan diorang ek??? boleh bagi jawapan tak???