Memaparkan catatan dengan label peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peribadi. Papar semua catatan

Rabu, 18 November 2009

Update 99 HTN...(5 hari)



Kredit to : Amy Alldis (flickr.com)

Hari ni saya nak update daily menu saya..banyak jugak yang bad day...kononnyer nak buat analisis macam psf6450 (miza), tapi takde masa la...

13/11/2009 (Jumaat)
Breakfast : mee goreng basah + air teh
Lunch : shake herbalife + air 1 liter
Dinner : 1 chicken nugget + roti + air manggo

14/11/2009 (Sabtu)
Breakfast : mee suah + 2 chicken nugget + air suam
Lunch : udang goreng tepung + sayur campur + air manis
Dinner : tak makan

15/11/2009 (Ahad)
Breakfast : mee suah + chicke nugget + air suam
Lunch : udang goreng tepung + sayur campur + air manis
Dinner : tak makan

16/11/2009 (Isnin)
Breakfast : bihun goreng + jemput2 + air suam
Lunch : sayur campur + roti manis+ air oren
Dinner : 1 ketul ayam goreng + 1 ketul ayam gulai + 1 mangkuk kecil yee mee

17/11/2009 (Selasa)
Breakfast : shake herbalife + air suam
Lunch : yogurt + keropok lekor + air teh
Dinner : tak makan

Plan untuk hari ini..

18/11/2009 (Rabu)
Breakfast : shake herbalife + air suam
Lunch : mee sup + kacang botol goreng belacan + air suam
Dinner : tak makan

Sebenarnya, sejak bermulanyer 99HTN, berat saya telah bertambah sebanyak 3kg...memang la saya tak makan nasi, tapi selera makan saya tak seperti selalu....macam sewaktu saya peknen dulu...tapi tak tau la sekarang ni asyik pening2 jek...sekarang pun dah lewat jugak...lagipun saya kerapkan makan untuk menambah susu...sekarang susu badan saya dah bertambah jadi saya dah boleh diet semula....jadi saya tak tahu mana satu penyebab membuatkan selera makan saya bertambah....

adakah????

mungkin ya dan mungkin tidak...

kita tengok result doktor jumaat depan...

kalau positif, penyertaan saya dalam 99HTN adalah terbatal serta merta....

.
.
.
.
.


Khamis, 22 Oktober 2009

Ada yang tanya.......

gambar yang tiada kena mengena ngan ini citer....


Ehem..ehem....

ramai yang tanya kat akak (offline)..kak ni blog diet ke blog masakan...or blog makan2....???

Jawapannyer : Blog ni, suke2 hati akak ler nak tulis...tapi tetap ada cerita mama, papa, jannah, family, diet n makan-makan.....lain ler kalau kat blog tu tajuknyer lose weight ke...mydream turunkan berat badan ke....hua3x....

Jawapan yang ringkasnyer : Ade akak kesah???!!!!!....

Rabu, 9 September 2009

Update..jangan tak update...


Mesti korang tertanya2 nape la aku rajin sangat hari ni menge"post"....ini adalah disebabkan aku masih lom ada idea nak wat report yang pada aku amat susah untuk dibuat....hahahha..macam tak biasa buat report...alahai..jap lagi nak buat la....kecohhhhhh!!!!

Nak update berat...dengan malu-malunyer saya nak bagitau berat saya dah 76kg sekarang ni...semalam baru aku timbang....seminggu sebelum tu berat aku adalah 75.6kg..pastu naik la plak jadik 76kg balik...aku tau apa sebabnyer....sebab terlebih makan...dan sebab yang utama sekali aku dah mula masak untuk berbuka...ni semua papa yang request ..sebelum ni aku masak time sahur jek sebab mak mertua aku dah masak untuk berbuka..tetiba papa nak berubah angin lak...mesti makan masakan mama dulu...baru lauk yang mak masak...vangga...vangga...sayang papa....

Tapi hati aku sudah geram...sebab dah la susah nak capai angka 75kg..plak tu dia boleh naik jd 76kg....apa nak buat ek...buat bodoh jek la..janji semua baju raya aku dah boleh pakai...hoyeeehhhh.....papa jeles seyyy....dia kata baju lama mama semua dah gelobos ek..tau takpe...kenapa aku suke sangat semua baju raya dah boleh pakai..sebab aku mengambil risiko yang tinggi dengan menempah semua baju raya mengikut saiz baju aku masa sebelum tawen.....syokkkk beb....tak terkata..plak tu 3 pasang daripadanyer adalah baju kebaya....nanti raya aku tempek gambar k....

Kesimpulannya...
misi aku adalah gagal..tak mungkin raya ni aku leh capai 70kg sebab ada lebih kurang 11 ari lagi nak raye....HAMPEH!!!!!!

Isnin, 3 Ogos 2009

Weight Loss Progress



hahaha....nak update jugak macam TBL untuk blogger tu...total aku turun cuma
900g jek (aku timbang guna penimbangIKEA...test naik jek tapi tak beli huahuahua)...adalah hampeh...tapi tak kisah la kan...sebabnya memang salah aku pun..makan jek..sebab banyak sangat occasion bulan ni..kenduri jek merata....aduhai...tapi mulai ogos ni aku mulakan azam aku balik untuk berdiet...hahahhaa...mula balik dari awal...rasa julai ni adalah bulan tunggang langgang aku....dengan kurangnya aku berjalan kaki pergi n balik ofis..kejenye naik teksi n tumpang budak2 ofis separuh jalan....

79.0 - 78.1 = 0.9kg (yang Adooooo....)

Mintak pandangan papa semalam...dia kata mama dah banyak makan sekarang ni..selalunyer susah nak ajak mama makan kat luar..la ni set ajer..pantang ajak....kalau dulu nak pilih menu jek berejam..sampai berjanggutlah waiter yang amik order tu (nasib baik kedai makan tu tak bersawang..)...sekarang nih...apa papa makan mama makan gak...haikkkkk???betul ke ni ma???..so papa..mulai hari ni no more makan kat luar k...kalau nak makan...order jek..mama yang masakkan....

papa pun dok risau..ma, kalau macam ni la progress mama, sempat ke nak capai target lagi 8 bulan???...aku terpana sekejap...erm...tak tahu la pa...mungkin boleh kot...tapi kena kerje keras la....adehhhhhh....

Adakah cabaran ini berjaya mama atasi??????



Jenis Darah dan Peribadi Anda....


Salam....


Jalan2 sambil nak warm up untuk mulakan keje yang bertimbun2 ni....banyak kerje yang bukan tertangguh tapi aku kena amik masa nak menyiapkannya sebab belum siap yang satu lagi...dah datang yang satu lagi...tu lom tambah keje2 lain yang sikit2 tapi banyak...hahahaha....rasanya ada 8 keje yang lom beres..semuanya kena perah otak....haremmmm!!!!...jadi...amik masa relaks n jumpa la artikel ni...bagus gak untuk mengenali kelebihan diri untuk dimanfaatkan..anda adalah golongan darah ape????mai check rahsia personaliti anda disebalik jenis darah yang anda milikki..(dah tentu saya berdarah 'o' yang comellllllll).....

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut
di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi
rahsia mengenainya?


DARAH ‘O ‘
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH ‘A ‘
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ‘ B’
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH ‘AB ‘
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.



Khamis, 30 Julai 2009

Cerita Ceriti Diet....

hmmm...dah janji tadi kan nak citer pasal diet....hehehehehe...sebenarnya diet berjalan seperti biasa..tapi dah slowly jek..orang kata berdiet leisure2 gitu...huahuahua...sebabnya dah wat kajian atas badan aku ni..kalau kawal makan nasi dan tak makan yang bergoreng sangat serta makan dalam kuantiti yang sedikit....paling koman pun berat akan turun dalam 1 kg la sebulan (orang lain dok pulun turun 1kg seminggu)...kira berbaloi dengan usaha yang tak seberapa tu....rasanya lebih selesa ngan keadaan yang macam ni....tapi ada kalanya agak drastik jugak diet aku bila baju idaman masih sendat lagi..hehehhe....

Tapi..ni cerita terbaru...bayu kebaya yang aku tempah 3 bulan lalu untuk diapakai dipagi raya sudah la muat....n begitu anggun sekali sambil berangan suasana hari raya di kampung halaman ku...(papa, tahun ni kita balik muo hokeyyy..jgn mengada2 nak balik sg penchala cepat2)....gatal2 dok timbang pagi tadi dah 78.8kg..heheheh...turun la jugak kan....tapi makan deng
an nikmatnya...uhhhhh......tapi takde la aku makan sampai tak hengat dunia hokeyyy....

Tapi kan bile la ahkak nak dapat berat idaman macam masa berdiet zaman anak dara...cerita zaman anak dara aku sama sebijon ngan si Zel tu...bile dia cerita pasal diri dia..aku te
ringat lak zaman aku muda2...gaya perchentaan pun sama...ala2 zaman chatting..tapi semua tu dah berlalu....korang nak tengok masa aku mula2 gile berdiet....dasyat seyyyyy.....

masa ni aku dah setahun memulakan diet hardcore..hahahah..semua pil aku bedal..sampai teh orang kampung yang maha hebat bagi orang mencirit pun aku boleh tahan..sampai satu ketika dah tak boleh works on body aku...iyelah..dah tegar dah...masa ni aku dah biasa ngan xenical, duromine..n segala atok nenek min-min la...masa ni aku amik masa turunkan daripada 120kg kepada 65kg....dasyat tak....yang tahu pasal aku diet gile babas ni kak fara la sape lagi....masa ni dah dapat pakai suar jeans bagai....kasut...tak hengat..pakai kasut tinggi saje..sekarang jangan harap la aku nak pakai...lutut sakit wei....pastu aku berat aku dok main2 65kg-70kg.macam tu la....menten selalu....takut papa lari..tapi dia tak kesah pun....sebab masa dia terima aku sebagai aweks dia aku mmg gemuk masa tu...yang bagi dorongan kat aku untuk menurunkan berat badan semuanya papa n abah aku....

Sebab apa aku berdiet gile2..adalah sebab rakan sekerja yang selalu memerli aku...(nie semua gara2 mulut longkang n loji kumbahan ko NORA..kalau tak mmg aku tak kurus2 ler..thanks k...).Nora ni kawan aku masa keje sebagai pelukis key-chain kat Wetex Muar...dikutuknya aku...panas telinga beb...lagi satu lepas jek grade n putus chenta, azam aku nak kuruskan badan..jeles seyyy...orang leh pakai baju lawa2...tapi aku hanya boleh pakai baju saiz 54...n suar yang tak hot....gediksss tol....

pas aku dapat berat 65kg-70kg...aku dok berdiet sakan lagi..kali ni nak wat surprise kat papa sebab masa tu kitaorang janji tk nak jumpa dalam masa 3 bulan sebab masa tu dia kat KL aku kat JB...dalam masa tu la aku pulun diet sampai la dapat berat 59-60kg....papa terperanjat beruk aku leh turun berat sampai macam tu sekali...masa tu aku rasa tak heaven sangat sebab semua makanan aku sekat...mmg merana la.tapi masa tu aku rajin exercise kat Taman Rumpun Bahagia....best tau..dah la dekat ngan umah....

nanti sambung lagi k...nak balik nih.....

ni gambar aku masa berat 59-60kg




Jumaat, 24 Julai 2009

Apa Yang Best Hari Nih!!!!!

Salam,

Banyak yang best hari ni....nak citer satu2 pun payah gak..sebab asyik kena skodeng aje nih ngan boss...erm...sori ye boss..i'm a blogger...chewah...update pun 2-3 hari sekali...pooorraaahhhh....cittt...

Mari aku senaraikan apa yang best untuk tatapan korang untuk hari ni...

hari ni bangun jek pagi tadi, baru ku perasan gigi Jannah bahagian atas dah tumbuh 4 batang...ish..ish...apa la mama ni, baru nak perasaan...kiranya dah besar la dia...hujung bulan nih dah 9 bulan...bila nak ada adik...???


hari ni dapat gaji...walaupun sikit disebabkan kegawatan ekonomi tapi aku bersyukur sangat2 ya Allah..masih ada rezeki buat aku sekeluarga...bila la projek nak masyuk ni....?????



hari ni nak lunch kat kenny rogers....(uhhh..sungguh dan sangat2 heaven....bak kata Zel..) dah lama aku tak makan kat luar ngan budak2 ofis..(adakah hari ni hari cheating...ohhh tidak!!!!!!!!!!) sekali sekala apalah salahnya...pada aku, makan kat kenny rogers ni dah mahal gile,..pasal selalunya aku makan bekal yang aku bawak dari rumah...(ini dinamakan ekonomi..., gaya skrip P.Ramlee dalam cerita 3 Abdul)



hari ni dapat parcel..aku beli brooch dari broochbizz (aku promote ni Zel)..bukan kak kaseh jek yang order, aku pun order gak...2 set butang baju melayu bertahtakan batu swaroski...(amboi, macam bertahta berlian gamaknya aku promote nih...), dan satu untuk aku....brooch luv-luv gitu...



hari ni jugak dapat parcel dari mazliana...beli tudung syiara....yale..yale..yaleee.....


hari ni gak nak beli perfume murah...aku mana boleh pakai mahal-mahal...budget lari nanti...tapi beli perfume yang setakat pakai untuk papa kat umah (apakah??apakah??apakah???)....pakai perfume hanya untuk suamiku yang terchenta sajerk...



hari ni adalah hari mengemas, sebab...sebab...sebab...aku nak balik kampung.....yyyyyaaaaaahhhhoooooooo.....sebab sabtu ni family aku nak buat kenduri arwah mak aku..diam tak diam dah 21 tahun arwah mak meninggalkan kami semua...mak tak sempat nak tengok anak-anak dia membesar dan beranak-pinak....tapi aku nak arwah mak tahu yang kami semua rindukan mak..walaupun aku ngan adik aku hanya dapat bermanja ngan mak aku sekejap jek..iyelah masa tu umur aku 8 tahun....baru nak ingat sikit2...so tak banyak memori ngan mak...



hari ni kak ngah aku call kata baju dah siap...hoyehhhhh...korang nak tau berapa pasang aku tempah????..adalah aku sangat tamak...menempah sebanyak 7 pasang, 3 pasang blouse, 2 pasang baju kurung moden, 2 helai seluar.....upahnya....adalah ini yang paling aku suke...abah yang belanja semuanya,....hehehehehehe...saya sangat sayang pada abah saya yang comel dan cute itu...itulah En Buang Bin Mohd Yasin....abah gak belanja aku gelang yang angah tempah ngan kak jah....santeeekkkk kata abah.....

Itu sahaja yang best untuk hari ni...sebenarnya banyak lagi..tapi tak ingatlah sebab tak larat nak tulis...boss asyik lalu-lalang jek nih....kenapa semak sangat kat ofis ari ni....rupanya boss yang buat lalang..kahkahkah....sekian melaporkan....



Selasa, 21 Julai 2009

Shake It Up to Melt the Fat

Salam....

Tak sempat nak update blog semalam...hehehehe..dengan vanggenya aku nak war2kan yang aku dah mula balik
HERBALIFE...:) lama dah tunggu bile la nak ada budget untuk mula balik berHERBALIFE...bukannya diet secara biasa tu tak membantu aku untuk mengurangkan berat badan..tapi aku dah boring memikirkan apa makanan yang berkhasiat untuk aku makan..dan yang penting ia rendah kalori n lemak..so sekarang dah tak larat nak fikir...sebab aku rasa semenjak tak berHERBALIFE ni...asyik makan jek kerjenya..tak boleh nak control..atleast aku lebih berdisiplin ngan HERBALIFE..makan cuma lunch sahaja..pagi n malam aku amik shake...(setakat hari ni n semalam masih kekal ngan 2x shake....bagusnya lahai..anak sape nih...uuuiiikkkk)

Masih ada 10kg lagi yang perlu aku kurangkan untuk mencapai target fasa I..fasa II adalah untuk projek anak kedua aku dan fasa kedua, aku target untuk kurangkan lagi 10kg sebelum Mac, 2010. Adakah ia akan tercapai...?????..masih ada 8 bulan untuk aku berusaha keras...dah panas telinga dah dengar orang perli aku ni gemuk...padahal bukan gemuk sangat pun aku ni...cuma tang peha ni jek yang besar (ala-ala FAFAU tu..tapi peha dia kecik lagi la)...tu jek masalah aku....tapi aku ada cara lain macam mana nak atasi masalah ni....tunggu dan lihat k (bukan gi pusat pelangsingan or liposuction bagai hokeyyyyy!!!!)....kalau bende ni berjaya....aku akan kongsikan ngan korang....heheheh..setakat ni biarlah rahsia....

So, korang layanlah artikel ni...sempena aku ber
HERBALIFE balik ye....

By Jennifer Gruenemay, ACE-Certified, Special to Lifescript

You've already heard about this weight-loss tip: Replace one meal a day with a healthy soy shake and you could shed pounds this very week. But do meal replacement shakes really work, or are they just a rip-off?

Nutrition experts agree that meal replacement shakes
are a healthy way to cut calories while filling up on essential nutrients and healthy, lean proteins, such as soy. As long as the shakes are no more than about 200-250 calories each, they will help you lose weight if you use them to replace one meal a day.

Think about it – if you generally consume 600 calories at lunch or dinner (which is on the lower end of what the average person really eats for these meals) and replace this with a 200-calorie meal, you’ll be saving yourself about 400 calories a day. In just one week, that’s a savings of 2,800 calories, or even more if you usually eat 700-plus calories at the meal you’re replacing.

Remember, there’s only 3,500 calories in one pound of fat, so you’d be well on your way to losing a pound a week, especially if you exercise every day. Walk for 45 minutes on your lunch break, have a healthy meal replacement shake afterward, and you’ll easily reach a deficit of 500 calories for the day, and voila! You’ll lose one whole pound this very week.


Khamis, 16 Julai 2009

Aku Sangat Terkejut dan Marah

Kadang-kadang aku tak faham sikap orang melayu nih....memang seyes aku cakap...terpana aku sekejap...korang tau kan yang aku baru jek bukak kedai dalam satu blog...tiba-tiba dalam shoutbox aku ada terpapar tulisan-tulisan yang kurang aku senangi...dan lepas ni jugak aku rasa orang 'pyscho' ni akan serang lagi....orang tu tulis aku ni perempuan penipu, pembohong, baik jual under wear la, kuat *** la..kenapa la sampai macam tu sekali...aku tak pernah kacau hidup orang...ni yang rasa macam nak quit jer sebagai blogger.....



Adalah aku sangat sedih....


Aku ampunkan orang yang tulis tu..sungguhpun ia cukup menyakitkan..Biarlah dia puas dengan apa yang dia lakukan...lepas ni mungkin dia akan ke sini plak...mungkin dia nak menganggu aku...takpe la..semoga dia diberikan petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T. Amin...


Rabu, 1 Julai 2009

"7" Im Coming...!!!!!!!



Salam..


Hari ni nak udpate berat den....huhuhuhuhu...semalam dok menimbang sebelum berbuka puasa....akhirnya sampai jugak ke angka tujuh..aku pakai penimbang lama (jangan gelakkan penimbang aku yang dah berabuk tuh hokey..ni takde tipu2 punyer) sebab digital scale aku takde betri (dah kong!!!)...lupa plak nak beli betri semalam....maklumlah pakai digital scale cosway punya...huhuhu...kadang2 macam cipan gak digital scale tu..mabuk-masuk..tekan lain kuar lain..baik beli yang kat carefour tu....mahal sikit pun tak pe....

Semalam angka telah menunjukkan 79kg (masa ni menimbang ngan baju2 sekali tambah berat camera)...woooowwww..... wwweeeiii.....sukenyer...sukenyer..dah lama aku idam kan angka ni..harap2 banyak la lagi turun berat aku nih....baju banyak dah tempah tapi masih sendat tang muntot ni..bengang gue..takkan nak pakai baju jek...kain tak yah pakai ke?????apakah??apakah??apakah????

Target nak losekan lagi 15 kg....adakah dapat masa raya nanti????...kita sama-sama tunggu n lihat k...kena tingkatkan lagi usaha ni....semalam hari terakhir aku berpuasa ganti...dah bayar 15 hari...senang hati lagi....kalau tak risau jek tak habis2 ganti...so hari ni aku sambung puasa lagi sampai hari esok..jumaat tak leh nak puasa la pasal nak ikut ofismate melenjan kuar tengahari....

So hari ni..adalah aku sedang suker hati........Alhamdulillah.....


Isnin, 29 Jun 2009

Transformers: Revenge of the Fallen



Salam sumer....



Erm, nak citer pasal xtvt papa n mama hari sabtu ari tu...dah lama plan nak berdating berdua...jadi Jannah terpaksalah tinggal kat umah tok wan..mama ni layan jek papa hari tu..dia nak tgk citer transfomers pun mama tak kisah sangat...apa ade hal????? lagipun tgk wayang sebulan sekali jek...

Pergi tengok kat One Utama...kitaorang kuar dalam pukul 10.45 pagi..lepas hantar janah, terus pecut ke OU...parking sure penuh kat area GSC...so kami park kat tingkat 5...masa tu dok berharap dapat tengok pukul 12 tghr....akhirnya dapat gak la...tapi row yang paling depan sekali...coupleseat ok la kan...ni sumer mama yang belanja papa..sempena hari bapa...so mama pun belanja jugak kudap-kudapan (large coke, 2 boxes 1901 hotdog n medium lite n sweet pop corn)...masuk dalam pukul 12...tapi mula citer kul 12.30 pasal masalah teknikal...bengang gue...mama tak teringin sangat pun tengok citer ni..layanzzzzz....

Pada pendapatan mama yang kuno lagi berjiwa tua nih, jalan ceritanya hampeh....tapi bab graphic n effect dia mmg mengancam la...tapi keseluruhan mama bagi 2 bintang jek...mama habaq kat papa.."pa, kalau la citer p.ramlee (bujang lapok, madu tiga, tiga abdul etc) masuk panggung jugak...mama la orang pertama yang pergi"....papa kata mama ni penagih tegar citer p.ramlee (tau takpe)....

Balik OU, kitaorang g tesco...p shopping barang2 keperluan...tapi tak sempat nak g makan tengahari ngan papa..pasal masa g tesco pun dah pukul 3.30ptg..so balik jek umah, mama p amik jannah n terus masuk dapur masak...menu untuk papa, sambal sotong, sayur campur n udang goreng....sementara tu sempat jugak papa mesin rumput (rajinnyer papa.....)..malam tu punye la penat, sampai mama tertido dulu....

P/s : Jannah, nanti mama bawak jannah jalan2 makan kat Subaidah KD k....tengoklah mungkin hari esok kot...(kalau papa tak penat)


Khamis, 25 Jun 2009

Aku sangat teringin....!!!!

Apakah yang aku sangat teringinkan tu......adakah aku sedang berbadan dua....mungkin tidak....!!!!hehehehe...yang benonyer teringin nak beli baju kat butik nep..tapi lom kesampaian lagi la...cantekssss2 baju kat butik dia..memang gile la punye cantik ...sampai aku kadang2 termimpi2 masa tido dalam tren (haih...sempat lagi ko tido BAITON!!!!!)....so kat sini aku promote la yerk....tapi harganya...memang zassssss....dengan gaji aku yang ciput(sengkek aku rupenyer)..tak dapat ler aku membelinya...melainkan aku draw ASB aku tuh...(logik ker???)...apakah? apakah?apakah?..

Aku ni kuat berangan sikit...aku boleh tenung baju tu sambil membayangkan aku sedang memakainya sambil posing2 lagi....gile gaban punya berangan...ni nak kena kumpul duit beli nih....hehehehehe...ada sesiapa yang baek hati nak bagi aku baju ni sebagai hadiah???? besday aku bulan 12 ni..kah..kah..kah....mestilah mintak ngan Papa kan?..kan?..kan?...kalau papa tak terpengsan ngan harga baju aku la....So, papa kena take note ok....bonus masyuk kena belikan mama baju nih k...(mesti papa buat2 pengsan macam hj bakhil dalam citer labu dan labi)

Layan gambar kat bawah.....
P/s : betul2 sentap la beb....ada banyak lagi yang cantekss..apa lagi p la surfing...

Diam tak bererti kalah...cheeewaaah...!!!!!

sukenyer saya.....



Salam sejahtera,

Inilah berita penting.....apa melalut nih....hahahahah...adalah hari ni ku sedang suke sangatsss...sangatsss...sangatss....sebab apa aku dah boleh pakai baju batik yang dah setahun setengah ku gantung di dalam almari (gobok la kata oghang muooo)....sepanjang jalan ke ofis, berbunga2 hati ini...ini menandakan diet aku berkesan la weiiiii.....walaupun sejak dua tiga hari ni aku memang murung sangat...tak tahulah nape..mungkin aku terlalu rindukan kampung halaman....rindukan pelukan mak dan abah....sebab aku noticed sangat bile bercakap ngan mak or abah dalam phone jek...hati aku ni melonjak2 kegembiraan....tu sebab la aku dah jadi semakin pendiam sangat kat rumah...mak mertua aku pun sampai perasan...bibik pun perasan jugak...papa jek tak perasan sebab dia keletihan, dia yang paling tido awal...so komunikasi kami terhenti takat tu saje....tu yang menjadikan aku homesick sesangat....

Dan 2-3 hari ni aku pun tidak menceburkan diri dalam area pemblogan....sebab kemurungan melanda..banyak artikel2 aku mengenai kesihatan dan diet seimbang jugak hanya dapat ku simpan sahaje tanpa mengepos nyer...apa sudah jadik nih...so hari ni kalau tak bz aku cuba post seberapa banyak yang boleh la....untuk tatapan aku dan teman2 blog sekalian terutamanya TBL Malaysia tuuuu....(jeles i, tak dapat join)....

Aku jugak sangat terasa hati ngan papa sebab tak nak belikan aku basikal senaman..ada ke dia nak cari basikal buruk dan gantung kat stor dan suruh mama kayuh....ermmmm...takpe..takpe....bende2 macam nilah yang menguatkan semangat aku untuk berdiet...sebab apa papa cakap macam tu...sebab....dia tak yakin yang mama akan bersenam dan utilize alat senaman tu....tak pe Pa...mama akan buktikan yang mama boleh kurus jugak....gerammmmmnya......

Sekian melaporkan dari bilik berita.....




Rabu, 17 Jun 2009

1,258 langkah.....believe it or not!!!!

Salam semua...

Sekarang tepat pukul 4.53 petang, barulah sempat nak update blog..banyak benda sebenarnya aku nak tulis tapi masa rehat pun aku tak sempat nak update..so aku curilah masa ni untuk ganti masa rehat aku...anyway, semalam masa balik keje, terfikir lak nak kira berapa langkah yang aku kena buat untuk sampai ke stesen LRT setiawangsa...semua sekali adalah sebanyak 1,258 langkah....fuiyyyoooooo...banyak tu...itu balik saje, pergi pun sama jugaklah...so dalam sehari aku akan berjalan sebanyak 2,516 langkah...huhuhu..tapi tak tau berapa kalori yang aku buang..at least 100 kal pun oklah kot...dah la tak sempat2 lagi nak buat workout sebab CD-cdku banyak yang dah hilang...sebab aku ni suke berpindah randah....sejap kat KL, sejap kat melaka, sejap kat JB sejap KL balik..sejap lagik balik MUOoooo..hahahaha...tak pandai jaga harta tul..tak caya, boleh la tanya kengkawan aku..mesti kat umah sewa depa ada barang2 n baju2 aku....sian diorang jadik tukang jaga harta karun aku....(kowang memang best!!!!)

Dan...2-3 hari lepas, aku dok gatai menimbang...timbang digital aku low betri lak..so dok gatai timbang manual tu..sekali jarum tu tunjuk kat 79.8Kg.....huhuhuhu...sukenye beta...tapi tu tak official la.....aku pun tak nak la suke sangat....iyelah dalam 2 minggu lepas aku kurang sangat makan..kalau banyak makan pun hujung minggu jek...papa suke bawak jalan hujung minggu...(itu pun kalau mood dia baik arrr)..kalau tak mati kutu aku kat umah...tapi aku nak mula berworkout n nak pastikan yang aku boleh reach angka tujuh...walaupun berat aku 79.99 pun jadilah...huhuhu....aku masih lagi aktif berdiet walaupun aku kurang post aktiviti2 berdiet aku....sebab tak sempatlah....so tunggu saje 30 June nanti k....apalah reward yang aku nak bagi untuk diri sendiri???...tapi aku dah fikirkan something kalau aku reach 78kg by end of this month (tapi salah satu jek):

1) Baju baru


2) Sport shoes


3) Sabun MIOR


Itu jeklah setakat nih....doakan aku berjaya yer kawan2....


Jumaat, 12 Jun 2009

Tak sempat...


Salam semua..

Ari ni tak sempat nak corat coret apa2 coz busy la sikit...tak la busy sangat tapi ada jek keje nak kena buat....2 hari lepas aku dah terima CD (Cloth Diapers) untuk Jannah, so esok nak try pakaikan...tak sabar nak tgk dia pakai CD yang comel tu...thanks alot ye Haz.....

Ari ni ari ke-9, mama puasa..so ada lagi 6 hari ...cadang nak puasa gak hujung minggu ni... tengok kepada kemampuan menahan godaan..nak hahiskan puasa ganti cepat sebab rejab dah nak menjelma...nak buat amal lebih sikit bulan rejab dan sya'ban...iyelah, kadang2 bile nilai balik lebih dosa daripada pahala..so azam aku tahun ni nak dulukan wajib dan sebagai pelengkap kepada yang wajib kita lakukan yang sunat...tuuu diaaa.....

Aku sangat mengharap niat aku ni dipermudahkan Allah S.W.T....sebab usiaku semakin tua..sempat ke tidak untuk kita lakukan ibadat untuk hari esok??????? Wallahualam.....


Khamis, 11 Jun 2009

Layan jek.....

tarra...ini fresh dari kuali...Nasi Goreng Beriani Bebola Daging


Salam semua....


Pagi tadi ada lewat sikit la bangun..taklah lewat sangat rasanya sebab bangun dalam pukul 5.45..dah la tak sempat nak sahur, bangun2 jek dengar orang dah azan..padahal kunci jam pukul 5..ni mesti aku matikan jam sambil pejam mata nih....sayangnya tak dapat makan spagetthi bolognese yang aku masak malam tadi untuk sahur...jadi simpan untuk berbuka nanti....wallah, mesti sedap dapat berbuka best2..semalam aku berbuka satu tumbler air soya + 3 kiub kecil murtabak...malam aku tak makan pe2 pasal dah full sangat perut ni...

Sambung cerita tadi, selalunya kalau bangun time gini adalah awal bagi aku coz semua bahan2 untuk masak aku dah siapkan malamnya..tapi disebabkan aku kena sidai kain hari, so lambat la kiranya...nasib baik puteri jannah tido tak sedarkan diri dengan papa...aman mama nak buat keje...seperti yang dijanjikan pagi ni aku masakkan nasi goreng beriani buat papa...papa dah test pagi tadi...resultnya"fuuuh hhhh...sedap..."..ekekekeke...(takde ler kembang mana pun, sebab papa ni semua mama masak dia kata sedap..takde yang tak sedap..kalau cakap tak sedap plak nanti mama marah...).Nasib baik bahan2 aku dah siapkan malam tadi ...lega....

Malam semalam, kami anak beranak kuar gi pasar malam sungai penchala...bawa jannah jalan2 sambil beli pekakas rumah dan makanan...aku beli penyidai baju, murtabak, tudung jannah, sayur2...Tudung jannah tu yang kedua aku beli..beli warna pink..sebelum ni dia ada tudung warna hijau....so semalam dia melaram ngan tudung hijaunya..sayang tak dapat amik gambar dia...papa jek yang sempat amik gambar guna hp..erm, shomel sesangatlan anak mama ni....dia pun takdelah nak bukak2 tudung tu..steady jek pasal dia tgk mama pun pakai tudung gak..aku dah mula nak ajarkan dia supaya bertudung...sebenarnya dah lama aku berniat macam tu...lepas ni aku dah tak de belikan baju yang berseluar pendek...beli yang agak2 menutup auratnya bila kuar jenjalan nanti...semoga Allah mempermudahkan niat aku ni...amin....

p/s : hari ni hari ke 8 mama puasa...7 days to go...

Rabu, 10 Jun 2009

Warm Up Session


Salam semua...

Rindu la nak membaca blog n update blog..mana taknya, 5 hari aku bercuti daripada bertenet...hari jumaat acara balik kampung...(huiiyyyooo, terpancar kegembiraan mak n abah bila aku sampai umah pukul 2.00ptg)..hari sabtu plak jannah demam kuat...hari ahad pun demam lagi kuat sampai suhu mencecah 39.8 darjah celcius...tak tido malam aku 2 hari..bile dah tiba kampung macam2 aku telan..demi tak nak mengecikkan hati mak aku (iye ke nihhhh.leh caya ke..huhuhu), aku makan dengan nikmatnya nasi goreng, nasi lemak, nasi minyak (marathon ke 3 buah rumah orang kawin kt kg aku), mee goreng, bihun goreng, lauk-pauk mak yang marbelless tu, durian...haiiyyyooo..berapa kilo agaknya berat aku naik....tak sanggup nak timbang...so as balasannya aku puasa hari ini...dah bermula la program diet aku hari ni....hari ni adalah hari ke 7 (kalau tak silap aku la)aku berpuasa...(ada lagi 8 hari lagi nak kena ganti).....

Aku jarang di serang demam, tapi hari isnin lepas aku dah mula demam sehinggalah semalam...so untuk tak nak demam lama2 n menyusahkan pergerakkan aku..aku ajak hubby outing g makan kat OU...makan McD lagi tu...aduhai..bile le nak turun berat kalau macam ni cik kak oiiii.....

Sekarang ni baru peringkat pemanasan untuk aku menge"post" post2 yang berguna untuk aku n untuk peserta TBL yang telah ku janjikan sumbangan moral...huhuhu..murah bunyinya tapi mahal nilainya...nanti2kan la post2 ku itu yer....




Khamis, 4 Jun 2009

Busy..

Salam....

hari ni mmg bz la...ada jek keje nak buat..tapi sempat gak p jumpa kawan lama aku..7 tahun tak jumpa...macam tu jugaklah dia..Suazlinda atau lebih manja aku panggil dia kak lin...anak dia comel sungguh..geram lak aku...

panjang jugak kami berborak..jumpa kat McD Setiawangsa...citer2 pasal kehidupan masing-masing, tanya khabar kawan2 lama...aku seronok sangat hari ni...terlalu seronok....semua ada la dalam hati aku...

tak sempat nak cerita banyak2 coz ada keje nak buat,...esok kita nak balik apong.....KG SABAK AUR, AKU DAATTTAAANNNGGGGGG!!!!!!!!.......mak abah..esok, orang nak buat surprise....mesti tepanjat punya..huhuhu..nasib baik depa takde sakit jantung.....

Rabu, 3 Jun 2009

TBL....a new way to challenges u!!!!


Salam...


Aku sungguh bangga dengan usaha member2 diet untuk mengurangkan berat badan mereka dengan progam TBL (The Biggest Loser) versi Malaysia....teruja jugak nak tau result depa yang masuk bertanding ni...so aku cuma ambil langkah untuk menjadi Jillian untuk korang semua!!!!

Nape aku tak join sekali??????...itu soklan cepumas daaa...antara alasan aku;
  • pertama; tak diizinkan oleh papa...bila tanya nape pa? jawab papa..."takyah la ma...nanti kalau berat tak turun2 buat malu orang Kg Sabak Aur jek...wakakakaka"..."cukuplah cabaran yang papa bagi untuk mama"....
  • yang keduanya...papa tak nak mama expose sangat huhuhuhu....
  • yang ketiga....ku rasa tak mampu nak bagi komitmen la...oleh itu terpaksa la aku TBL sorang2....dah tahu pemenangnya siapa...AKU la...hadiahnya ditaja oleh papa..papa nak tanya kasut jalan n kasut sukan + baju baru + bercuti ke Genting (insyaAllah)...
so, kengkawan sekalian...aku doakan perjalanan diet korang berjaya agar ianya dapat membawa satu transfomasi yang besar dalam diri korang semua...aku dah baca dah tujuan korang semua..semuanya aku rasa bertunjangkan kepada untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik...dari semasa ke semasa aku akan supplykan seberapa banyak artikel untuk rujukan korang yang berdiet...aku cuma orang2 dibelakang tabir sahaja..itu jek yang dapat aku sumbangkan buat korang...Semoga Berjaya sumerrrrrr......

p/s : Nak berdiet gile2 pown tak guna..pasal tahun depan aku nak pregnant lagi.......huhuhuhu...


Jadi Lipas Kudung Di Pagi Hari....


Salam....

Lambat lagi aku sampai ofis ari nih....erm..iyela sebab aku kena masak lebih sikit sejak 2-3 hari ni...sebenarnya mak mertua aku tinggal sorang kat umah...sebab kakak ipar n family g bercuti..so segala keperluan mak aku kena sediakan pagi2...

So, pagi tadi sungguh la terlewat bangun...gile!!!! bangun pukul 6.15...nasib baik aku dah sediakan bahan-bahan nak masak malam tadi..so pagi tadi campak2 jek la...menu aku untuk hari ni yang telah aku sediakan pagi tadi dengan jayanya selepas men"transform" diri aku jadik lipas kudung....antaranya;

untuk sarapan pagi : spagethi goreng
tengahari : nasi tomato n ayam masak merah (ni bekal untuk papa dan makan tengahari mak)
lunch n dinner jannah : (pasta+ikan merah+lobak)

berlari2 anak aku kat dapur..macam buat workout plak..berpeluh2 (berpeluh lepas masak k...bukan masa masak) ...dengan baju keje aku yang terlupa nak gosok..lahai..kenapalah aku ni...patutnya siapkan semuanya malam tadi...malam tadi aku betul2 letih...ngan kemas bilik, lipat baju, kemas rumah (pasal bibik takde) n macam2 lagi..tak dapat aku senaraikan..aku rasa puas sangat sebab rasa macam duduk rumah sendiri jek...(iyelah selama ni aku dok ngan family kakak ipar aku sekali)..seronoknya aku rasa semalam.... walaupun penat..tapi rasa la pengalaman kalau ada rumah sendiri nanti...

Siap jek masak dalam pukul 6.50..kemas-kemas kat dapur..nasib baik papa tolong kemaskan tempat tido (lipat toto n kemas bantal) n bagi jannah makan nestum pagi tadi...huhuhu,,mama lintang pukang..pukul 7.15 baru nak mandi...jadik lambatnya sebab nak kena gosok periuk n kuali...hahahahaha...teruk tul mama ni...

jannah lak selsema pagi tadi...siannyer dia ..asyik nak menangis jek pasal tak selesa..sejak lahir, inilah pertama kali jannah kena selsema...sian dia..asyik nak berkepit ngan mama jek...tinggal kejap nangis, nampak kelibat mama pun nangis...jannah suka p dapur ngan walkernyer..tolong mama "mengemas"...aduhai..jannah..jannah...mama cuba balik cepat petang ni ye sayang...

p/s : teringin nak papa gelar mama "super mom"...wakakawakakaka.....