Memaparkan catatan dengan label breastfeeding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label breastfeeding. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Disember 2010

Blueberry mousse cheesecake...ada bran????!!!!!!!!!!



Salam Jumaat.....

Entah apa mimpi mama....
buat cheesecake pepagi buta...
walaupun tahu mata dah tak mampu nak bukak...
pasal malam tadi tido lambat dalam pukul 2.30 pagi gitu...
dok sibuk mengepam susu, mengemas rumah n menyediakan bahan2 untuk masak bekal dan nasi lemak....
gigih jugak buat kek yang ada 2 layer...
huhuhuhu....

Ini kes pasal EBM mama habis la...
dah macam2 cara mama buat nak tambahkan susu...
last sekali baru teringat yang makan cheesecake pun leh tambahkan susu...
kelmarin mama makan yogurt cheesecake dari SR....
amatlah berkesan dan esoknya mama dapat 16oz..
syukur alhamdulillah....
nak buat cheesecake ni malam tadi tapi dah tak larat...
so buatlah pagi tadi...hasilnya...
walllah.....vogie the vast gitu....hahahahahah
sempat la makan sepotong sebelum g keje....



Papa pun tumpang ngap sekali...
thumbs up untuk kek ni....
kek ni resepi mama campak2 saje...
ikut pengalaman buat cheesecake n mousse yang simple...
dah tak main sukat2 dah....
terjah semua...
kat sini mama kongsikan resepi yang mudah n simple bagi sesapa yang berminat nak cuba....
thanks untuk en papa jugak yang bersusah payah mencari bahan2 kat kedai Bake With Yen PJ....




Blueberry mousse cheesecake

bahan2;

250g cream cheese
50ml whipping cream
150ml yogurt blueberry
1 biji telur
1/2 cawan gula icing
1 sudu besar tepung jagung

untuk mousse

100ml air panas
10g halal gelatin (2 tbs)
200ml whipping cream
1 sk vanilla essence
70g gula icing

cara2 :

Putar cream cheese dan gula sehingga kembang. Masukkan whipping cream dan putar. Kemudian masukkan telur dan yogurt. Last sekali baru masukkan tepung jagung dan putar selama 4 minit lagi. Masukkan adunan ke dalam loyang 9" yang telah dialas dengan kertas minyak. Bakar selama 45 minit api bawah saja dengan suhu 175 darjah dengan kaedah bain-marie dan 10 minit terakhir tukar mode api atas bawah. Bila dah masak, kuarkan dari oven n sejukkan. Bila dah sejuk, keluarkan kek dan buangkan kertas minyak tadi dan masukkan semula kek ke dalam loyang untuk proses seterusnya.

Campurkan gelatin dengan air panas, kacau dan biarkan selama 5 min. Dalam mangkuk lain putar whipping cream n gula sehingga berkrim kemudian masukkan vanilla essence dan putar lagi lebih kurang 3 minit. Kemudian masukkan gelatin ke dalam krim tadi dengan kaedah kaup balik. Tuangkan adunan tadi ke atas cheesecake yang telah masak dan bekukan dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam dan setelah itu bolehlah dihiaskan dengan blueberry filling. Siap untuk dimakan....


Selamat mencuba ye kawan2.....




saya dah makan...anda bile lagi.....???





hehehehehe.....






Rabu, 27 Oktober 2010

Sangat Susah Hati....!!!!!!!!!!!!!!!!


Salam...

Mesti korang tertanya2kan...
mana mama pegi...
tak pegi mana2 pun....
cuma bulan ni adalah bulan yang tak sihat buat mama n family..
mana taknya..mula2 jannah demam...
pastu mizan plak...pastu minggu lepas mama dan jannah demam...
minggu ni papa plak yang demam....
nak buat macam mana...
mama redha..ini semua ujian dari Allah S.W.T....
alhamdulillah..mama semakin pulih...
cuma jannah dengan papa yang masih sakit2 lagi...

Sejak2 demam ni kan....
susu mama makin merudum nampaknya...
hari2 mama susah hati tau...
sebab stok EBM kian susut....
sekarang sehari nak dapat 10 oz pun susah....
kadang2 masa mengepam tu mama menangis tengok botol yang tak penuh tu....
sedih tau....
mama dah cuba bangun tengah2 malam mengepam...
tapi hasilnya tetap hampeh....
macam2 dah makan makanan yang banyakkan susu....
tapi still lom membantu...
mama masih mencari2 apa lagi yang boleh membantu banyakkan susu.....
hari2 mama berdoa supaya banyakkan balik susu mama macam awal2 hari tu....
seronok jek bile balik rumah bawa balik hasil susu penuh 1 tumbler....


wawawawawawawawawa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


hati mayak susah wooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


tolong!!!!!!!!!



tolong!!!!!!!!



tolong!!!!!!!!!!



Rabu, 6 Oktober 2010

Sape nak banyakkan susu...Angkat tangan...!!!!!!!!!!!


Meh nak kongsi sikit...
sikit jek..tak banyak....
kang ada yang kata mama ni kekwat lak..
hihihihi.....

Setakat ni la kan...
setelah mencuba beberapa kali...
minuman ini didapati telah berjaya meningkatkan jumlah pengeluaran susu...
harus diingat bahawa..tak semua orang sama kesannya...
ini adalah ikhtiar semata-mata...
jangan nanti kata tipah tertipu....

Ini dia KURMA DELIGHT
yang kaya dengan banyak zat vitamin dan mineral....
mau taknye..ada susu+yogurt+horlick+kurma+oat...
mmg sedap...sehingga menjilat keliling bibir tau...
kalau mama minum ni..susu yang dapat dikumpulkan lebih kurang 20-25 auns sehari....
sebelum-sebelum ni cuma dapat paling banyak pun 16 auns...
bagi mereka yang gile berdiet macam mama gak..
boleh gantikan minuman ni sebagai sarapan pagi...
sure kenyang sampai tengahari....
jom cuba....!!!!!!!!!




RESEPI KURMA DELIGHT (untuk 3 orang)

650 ml air masak
8 sudu besar susu anlene (serbuk)
3 sudu besar instant oat
2 sudu besar yogurt asli
3 sudu besar horlick
5 biji kurma

cara2 : campur semua dalam pengisar dan kisar selama 30 saat. Siap dihidang.

Mudah bukan?????


Jumaat, 1 Oktober 2010

Mesra Alam............!!!!!!!!!!


Salam...

Dah 2 hari tak letak post...
bukan apa...bz jek memanjang...
hari ni curi2 masa juga menulis...

Sekarang mama lebih mesra alam...
maklumlah, mama sekarang ni bersemangat untuk fully BF mizan...
tak rugi mama melaburkan duit mencecah lebih RM 1,000 lah untuk beli Cloth Diapers...
mama beli time jannah kecik lagi...sekarang dia dah tak boleh berCD dah...
Air kecing dia banyak sangat...sebab dia kuat minum susu FM..
Sekarang mizan memang mama pakaikan CD sahaja...
mama pun ada bagi training kat pengasuh macam mana nak guna CD ni...
bila anak dah 2 ni banyak sikit pakai duit...
so, dapat lah mama berjimat dan menyimpan duit..
untuk masa depan....
sebab mizan tak pakai DD dan tak campur susu FM...
lagipun, ini adalah salah satu sumbangan mama terhadap alam sekitar....



Bercerita pasal BF plak, mama sekarang ni mengepam secara"double pumping"...
mama lebih selesa cara macam ni, sebab susu mama pun taklah banyak...
jadi untuk merangsang susu lebih banyak, so mama gunakan cara ni...
harap2 bertambahlah jumlah susu ni...
setakat ni, stok susu ada 50ketul lagi....
itu pun mama takut sangat kalau2 tak cukup nanti....
setakat ni mama mengepam ikut jadual...
alhamdulillah....



Semalam budak kecik ni kena cucuk..
alhamdulillah dia tak demam..
melalak pun tak masa kena cucuk..
Ramai yang cakap budak kecik ni besar..tak macam 2 bulan...
semalam timbang, nurse kata BMI dia kurang....
haiyya..sudah itu bulat pun dia kata berat tak cukup...
mungkin sebab budak kecik ni panjang...
itu pasal tak sesuai dengan berat...

Korang semua...
doakan mama yer supaya kali ni dapat menyusukan mizan sampai 2 tahun...
mmg berazam sangat2....
sebab masa Jannah dulu mama tak cukup kuat n cetek ilmu...
anywang thanks buat nieza yang banyak membantu mama dalam proses BF ni...
Allah sahaja yang dapat membalasnya....


Tengahari nanti mama akan cerita pasal Jamuan Raya plak...
enjoyyyyyy the food!!!!!!!!!!!

yepppiii!!!!!!!!!!


Rabu, 4 November 2009

tak nak minum susu dah....


Anak dara ku yang sorang tu tak nak susu lembu...

nak susu mama jek...

kalau susu mama jek, mana cukup....

alahai...

kena transform balik la...nak kena pi mengepam balik...

jom ramai2 kita ber'EBM'

lalalalalalala....

Selasa, 14 Julai 2009

Sape nak Spectra Breastpump Freeee!!!!!

Aku nak...aku nak..aku nak....tapi takde maknanya senang2 nak bagi kat korang ..so korang kena masuk contest la yang telah dianjurkan oleh Ratuhati.com dan Srisuri.com....hmmm....aku sekarang ni nak tolong war2kan kat korang la..mana tau berminat...dan haku adalah terlalu berminat...tapi ada ke idea (apakah???..apakah??..apakah??)

Pertandingan ini dalah untuk menggalakkan penyusuan ibu...aku pun menyusukan jugak tapi tak eksklusif la...pasif orang kata macam suam2 kuku jerk..bukan alasan, tapi banyak usaha yang telah aku lakukan..nampaknya belum berhasil..yang nyatanya aku perlukan Spectra Breastpump itewwww.....mesti berjayakan usahaku untuk full BF jannah ngan bantuan alat ni....Now, aku iklankan pertandingan ini untuk tindakan selanjutnya dari korang..aku pinjam entri SitiSifir10..jangan mareee yeee....so Haz (tuan punya kedai yang sponsor spectra nih)..ku dah langsaikan hutangmu..sekarang ni ku doakan juga agar ramai yang masuk pertandingan ni...



Peraduan Kempen Penyusuan Susu Ibu
Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu 1-7 Ogos 2009, Ratuhati.com dan SriSuri.com ingin menjemput anda semua menyertai peraduan penyusuan susu ibu di Ratuhati.com... Hadiah antaranya breastpump spectra bernilai hampir RM400!!

BAGAIMANA MAHU MENYERTAINYA?
  • Lakukan kempen menggalakkan ibu-ibu memberi susu badan kepada anak-anak mereka. Supaya bapa-bapa dan lain-lain anggota keluarga serta masyarakat untuk turut menyokong seorang ibu menyusukan anak mereka.

  • Media kempen adalah bebas. Anda boleh kempen dengan menggunakan video, gambar, cerita, tutorial, cerpen, esei, puisi dan sebagainya. Ikut kreativiti anda.

  • Ibu sedang hamil sangat-sangat digalakkan menyertai pertandingan ini. Ada markah bonus untuk anda.

  • Kempen yang paling menarik dan popular akan menang.

TERMA dan SYARATCARA MENGHANTAR PENYERTAAN
  • Hantarkan penyertaan anda di forum peraduan ini.

  • 1 ahli = 1 penyertaan = 1 thread

  • Anda boleh buat lebih 1 post dalam topik anda tersebut.

  • Video boleh milik anda sendiri atau diambil dari mana-mana sumber awam seperti youtube, vimeo dan sebagainya.

  • Gambar boleh milik anda, milik orang lain (dengan izin tuan punya) atau diambil dari mana-mana sumber awam seperti wikimedia atau dari sumber creative commons.

  • Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Ogos 2009

  • Ratuhati.com berhak untuk menukar terma dan syarat di atas tanpa notis / persetujuan selagi ia tak menzalimi kedua-dua pihak..

Selasa, 5 Mei 2009

Makanan Yang Membanyakkan Susu

1. Adik-beradik ikang sardin
2. Carrot susu
3. Buah kurma
4. Buah pisang
5. Air madu
6. Air longan @ mata kucing
7. Rasberry cheese kek
8. Air Soya
9. Tauhu goreng & tempe goreng
10. Roti celet planta
11. Air milo + oat
12. Air 100 plus
13. Lobak putih
14. Tuna sandwish
15. Bayam tumis air
16. Ikan tenggiri masak tauchu
17. Daun kucai
18. Sayur Sawi
19. Kentang rebus
20. Kuah kacang ( makan dgn satay)
21. Sayuran kekacang yang dikukus atau masak
22. Ulam pegaga
23. Tempoyak & durian ( pekatkan susu)
24. Minuman tambahan Al-Syaffi (kurma + kismiss)
25. Sambal kering ikan bilis + tempe
26. Sup petola

Kredit to : Kak Nieza

Sebenarnya ni semua list makanan yang boleh membanyakkan susu badan...cuma ada yang sesuai untuk sesetengah orang ada yang tak..contohnya aku la..kalau setakat lobak putih tu..masa berpantang dulu berbakul2 mak aku masak buat sup...namun tak jugak membantu aku untuk banyakkan susu...tapi yang lain-lain dalam senarai tu aku baru nak try..moga-moga dapat membanyakkan susu aku...tengah excited sangat nak EBF..so aku kena berusaha bersungguh-sungguh ni...