Jumaat, 20 Mei 2011

Jom Buat Sate...!!!!!!!!!!!!


Assalam...

Tajuk semacam gempak saje...
tapi takde maknanya...
hahahahahah...sate ni kalah sate kajang tau...
buat cuma 12 cucuk jek...
bunyi macam kedekut jek kan..tai apa nak buat...
en papa tak minat makan sate...lagi la bab pasta2 nih..
kalau teringin sangat..buat la setakat melepaskan batuk di tangga saje...

Ni hal pasal teringin sangat la ni....
bukan mengidam hokey...
kalau mengidam..tak main sate mate ni....
paling koman pun mengidam makan kambing golek...
hahahahhaha.....

Sate ni mama bikin guna snack maker jek..
takyah bersusah payah nak bakar arang...
on suis..letak sate..percik2 minyak zaitun sikit...tutup..tunggu 5 minit...
pastu balikkan sate..tunggu 5 min lagi...
dah siap..takyah nak main ngan asap...
dulu pernah gak wat sate ni dalam kuantiti yg banyak guna bende alah ni...
jenuh plak menunggu...
mama cadangkan untuk 20 cucuk ke bawah la...
kalau tak berpeluh la nak menunggunya...


Nak resepi???
senang jek, ni utk 12 cucuk jek la.....
3 ulas bawang putih, 4 biji bawang merah, 1 sudu besar jintan manis, 1 sudu besar jintan putih, 2 sudu besar biji ketumbar, 1 inci halia, 4 batang serai dimesin halus. Perap dengan 2 keping dada ayam yang telah dipotong (ikut suke la nak besar mana janji boleh cucuk kat lidi), 1 sudu kecil serbuk kunyit, garam secukup rasa, 4-5 sudu besar gula (ikut suka la, kalau suke manis..tambah lagi). Perap sehari semalam pastu cucuk kat lidi n bakar.

Kalau rajin, buatlah kuah kacang n nasi himpit...tapi mama tak kose..makan camtu jek udah ler...takyah banyak2 aksesori...

Isnin, 16 Mei 2011

simple n easy choc indulgence!!!!!!...


Assalam...

masuk hari ni..
dah sebulan tak update blog...
kali ni nak berkongsi resepi choc indulgence...
ilham dari rumah kak Azlita...
tapi mengenangkan tempoh penyediaan yang lama...
maka mama buat choc indulgence style mama..
gambar kat atas tu jek yang sempat snap..
sebab terlupa nak snap sebelum diserbu..
kalau resepi sebenar amik masa 2 hari nak siap..
yang ni amik masa 2 jam jek...
kalau sape2 nak cuba boleh la cuba resepi mama ni...
mama tau nak buat untuk kek hari jadi anak ke...husband ke...
kek ni leh makan utk lebih 10 org...
muai kata org muo...


Choc Indulgence Cake

Bahan2

sebiji kek span
(mama buat sponge cake guna choc sponge mix yang mama beli kat bake with yen, mama buat separuh adunan)

lapisan dark choc
140gm dark choc (jenama beryl's)
200ml whipping cream
2 biji telur putih
1 sudu besar gelatin
100ml air panas

lapisan white choc
140gm white choc ( jenama beryl's)
200ml whipping cream
2 biji telur putih
1 sudu besar gelatin
100ml air panas

coklat ganache secukupnya

cara2
kek span tadi dipotong 4 lapisan.
untuk lapisan dark choc : Masukkan gelatin dalam air panas n kacau hingga sebati. putar putih telur sehingga menjadi meringue (sampai kalau kita terbalikkan bekas tu dia tak jatuh). Dalam bekas lain putar whipping sampai kental. Cairkan coklat dalam double boiler, kemudian bila coklat dah cair, masukkan bancuhan gelatin tadi dan kacau hingga sebati. Bila coklat sudah sejuk, masukkan adunan coklat n whipping cream ke dalam mangkuk yang berisi meringue tadi dan kaup balik hingga sebati. Cara yang sama untuk lapisan white choc.
untuk melapis kek : sediakan loyang yang sesuai, letakkan kek span pertama dan lapiskan dengan adunan white choc. Kemudian lapiskan dengan kek span yang ke 2, dan lapiskan dengan aduna dark choc, dan letakkan lapisan kek span ke 3 dan lapiskan dengan adunan white choc dan akhir sekali lapiskan dengan kek span yang ke 4. Masukkan ke dalam freezer selama 20 minit dan dan sapukan baki adunan dark choc dan masukkan semula ke dalam freezer dan biarkan ia mengeras selama 30 minit. Setelah itu, keluarkan kek dari loyang dan hiaskan dengan coklat ganache dan siap dihidang.


Selamat mencuba...