Khamis, 2009 November 26

Habis sudah!!!!


Berakhirnya aktiviti mengayam ketupat...
nak amik gambar..betri habis..
semua sekali ada 52 biji kelonsong ketupat....
disiapkan tepat waktunyer..
nak balik dah ni...

Tengahari tadi mak yung lunch dengan nasi ayam ipoh...
pepagi buta dok pulun wat nasik ayam ni sebab tak cukup masa nak buat 2 biji kek pisang lagi...
nasib baik ari ni leh masuk keje lambat...
layan gambo lama jek la k...
nak balik ni, nak singgah kedai bahan kek...
nak beli blue berry paste,
nak wat blueberry cupcake malam nie...
datang ler umah...

Ada berani???


SALAM AIDILADHA...

Tade Keje Lain eekkkk?????


Memang tade keje...semua dah settle semalam...
So, aktiviti saya hari ini adalah....
Percaya atau tidak...
Saya telah mengayam ketupat di dalam opis...
sebab hari ini adalah aktiviti bebas...

Saya beli kat pasar tani setiawangsa...
Betul2 kat bawah opis...
Meriah sakan..macam nak menyambut aidilfitri...
saya pun turut menyertai mereka-mereka yang sakan untuk membuat persiapan aidiladha..
Disebabkan saya bekerja hari ini...
Saya juga sempat membuat persiapan aidiladha dengan menganyam ketupat (50 biji ye..setakat sekarang ni baru siap 5 biji)...
balik nanti dah senang keje saya..
Tinggal nak masukkan beras dan rebus...
Raya ni saya tak pulang ke kampung (muo)...
Jadi raya syok sendiri kat KL....
Tadi saya call mak, mak kata dia tengah menjerang ketupat...
Sedih tau saya..sebab selalunye itu mmg keje saya selain daripada memasak lauk pauk...

Untuk esok, menu hari raya saya ialah ayam masak merah, kari daging dan rendang daging...(saya tak suke lodeh, tapi kuah kacang pun ok gak)
Itu jek la..lagipun orang kat rumah tu tak makan sangat ketupat...
nanti ketupat yang banyak tu, saya sedekah la kat jiran2..
tak dapat la nak sedekah lauk sekali...
nak rasa lauk..mai datang umah...

Aktiviti bebas saya kat opis..
selain daripada kemas meja saya yang berselerak, check fax, angkat fon...
Mak Yung ini hanya makan biskut n shake herbalife jek pagi ni...
apa kesss?????


Percubaan Pertama!!!!


Sememangnya saya memang suka mencuba sesuatu...

dan inilah hasilnya setelah saya mendapatkan 3 way- snack maker berjenama empress dari Cosway...

Walaupun adunannya tidak menepati selera saya...

tapi untuk percubaan pertama kalinya..adalah terima akal...

Sekarang ni saya pula sibuk mencari resepi waffle yang terbaik di laman-laman web...(kalau dah dapat resepi yang betul2 best, saya akan kongsi dengan kamu semua)

Percubaan ini telah dilakukan pagi semalam...

Disebabkan saya tidak sempat untuk menulis...

Jadi, di hari yang sungguh lengang dan goyang kaki...Saya dapat update...



Semalam saya teringin nak makan spaghetti bolognese...

dan semalam juga sempat saya menyiapkan tempahan murtabak raja singapore saya tu...


dan hari ini adalah tempahan kek pisang coklat walnut....

Walaupun penat dua-tiga hari ni... tapi saya sangat happy!!!!!!!!!!!!

Selasa, 2009 November 24

Saya amat rindu...

Saya masih rasakan jannah masih baby lagi...

masih rasakan dia baru jek 6-7 bulan...


bila tengok gambar-gambar dia..hati saya cepat rasa sayu...

entah la..mungkin saya terasa terlalu cepat dia dapat adik...

Disaat-saat ini saya amat rindukan dia...






Breakfast Papa...


Salam...

Baru sekarang sempat nak update...

Pagi tadi saya terjaga tepat pukul 5.00 pagi..lewat daripada biasa walaupun malam tadi kami anak beranak masuk tido cepat. Lepas isyak, semua dah tumbang...En Papa awal-awal dah mengadu sakit badan..penat bekerja seharian...jadi sebelum tido saya mengilhamkan sesuatu untuk dimasak esok harinya untuk sarapan papa....nah, walaupun simple dan ringkas tapi tetap memikat selera papa..bayangkan untuk dia seorang sahaja dah 4 ketul sausage roll...itu belum tambah dengan nasi goreng cina 2 pinggan....macam mana la nak diet papa nih!!!!!


Setakat ini saya masih ada selera untuk makan..tak macam pengalaman saya mengandungkan jannah...pada awal kehamilan saya mengalami mabuk yang amat teruk...sehingga 6 bulan lamanya..saya tak boleh makan sembarangan..tapi jangan tak percaya saya telah menambah berat badan saya sebanyak 40kg...dan kali ini saya berazam untuk tidak mahu perkara yang sama berulang lagi..kalau boleh saya nak jaga pemakanan saya semasa kehamilan ini...untuk lunch hari ini saya hanya ambil 1 senduk nasi (beras herba ponni taj mahal) dan ikan selar masak pindang serta sedikit buncis goreng...rasanya nak kekalkan gaya makanan yang rebus-rebus sahaja..macam orang berpantang la pulak gamaknya...saya takut sangat berat badan saya naik macam dulu...tak sanggup rasanya....

Sesiapa yang berpengalaman...ada petua tak tak nak bagi berat naik banyak sangat ketika hamil.....???





Isnin, 2009 November 23

Aktiviti Hujung Minggu Saya!!!


Setakat ini, saya masih belajar dan belajar lagi bagaimana untuk menghasilkan roti dengan baik. Semestinya saya mahukan hasil yang sama dengan yang dijual di kedai-kedai roti dan juga sedap ditekak saya dan disukai oleh keluarga saya. Saya masih lagi mencuba pelbagai resepi yang sesuai dengan selera kami sekeluarga selain untuk dijadikan sumber pendapatan kelak andai saya tidak betah untuk bekerja lagi. Walaupun nampak membosankan, tapi saya tetap dengan minat saya. Jika anda semua berminat jugak, boleh join saya!!!!!


Hari sabtu lepas adalah sangat menyeronokkan sebab En papa mengikut sahaja kemahuan saya yang pada saya akan memenatkan beliau..Tapi, demi kasih sayangnya buat isterinya ini, selepas penat bersesak-sesak di jualan gudang pureen (sibuk membeli belah barangan keperluan anakanda), saya singgah ke kedai bake with yen untuk membeli bahan keperluan bagi membuat roti pita. Dan hasilnya tidaklah menghampakan, dan kali ini saya belajar sesuatu...jika mahukan roti pita yang gebu dan lembut, perlulah dicanai tebal sedikit...dan semua orang di rumah itu memuji saya kerana berjaya membuat roti pita yang sedap setelah dimasukkan intinya..



Dan hari ahad pula, saya cuba untuk membuat donut yang resepinya saya dapat dari MYR, respi milik
HaSue (terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi resepi). Donut ini saya cuba jadikan makanan sejuk beku untuk sarapan pagi tadi. Hasilnya memanglah teramat memuaskan hati tukang buat donut ini kerana ia sunggh gebu dan lembut. Separuh dari doh tersebut saya buat base untuk pizza pula...lepas ni tak payah la saya bersusah payah untuk menguli tepung untuk membuat base pizza, sebab saya dah menyejuk bekukannya untuk kemudahan saya nanti...









Disqualified!!!!

Salam....

99HTN, i'm confirm disqualified .......

immediately....

Coz i'm +ve...

faham2 je la ye...

still give fully support to uols...

don't give up till the end....

Kredit to : flickr.com



Khamis, 2009 November 19

Jom main masak-masak!!!!




Salam...

Hari ni saya nak citer pasal makan jek tau....malam tadi saya sempat la bercintan cintun ngan papa (tengok DVD tau!!!)...Semalam, saya suruh big boss (en papa) pergi ke kedai bakery untuk beli bahan-bahan buat kek untuk tempahan kek saya esok...jadi dia sempat juga membeli DVD 2012 yang sangat diidam-idamkan oleh isterinya yang tersayang ni...cerita ni adalah sungguh panjang, sempat jugalah saya dan papa tertidur-tidur ayam 2-3 kali...jadi proses membuat nugget jannah adalah tergendala dan projek nugget itu bermula pada jam 12 tengah malam...mak mertua saya pun pelik, kenapa menantunya tak reti-reti nak tido...sambil-sambil itu saya pun buatlah inti daging untuk roti jala saya keesokkan harinya....Nugget ini adalah sangat sedap jika tidak dimasukkan daun thyme...disebabkan ingin mencuba, rasanya adalah agak kurang memuaskan, sama seperti meletakkan daun kari yang begitu banyak di dalam adunan nugget itu...tapi tetap sedap ditekak saya yang tak nak membazir ini...(rupe nugget tu dah superb tahap expert)

gambar sebelum diselimutkan


selepas selimut dan nak beradu ni (dalam esbok)


Dan, seawal pukul 4.30 pagi, mata saya sudah tidak mampu untuk memejamkan mata lagi sebab cuaca teramatlah sejuk sehingga menusuk ke tulang hitam saya...betapa sejuknya pagi tadi sehingga mampu menerobos lapisan lemak saya yang amat tebal ini...boleh bayangkan tak??? Jadi sarapan untuk papa hari ini adalah sangat spesial...roti jala berinti daging cincang...sejak dua menjak ni saya akan pastikan yang papa akan bawa bekal sarapan pagi ke tempat kerja..no more beli-beli dan makan-makan kat warung mamak atau kedai mak usu okey!!!. Dengan penuh kasih sayang saya mengirai roti itu..sehingga mendapatkan hasil yang sungguh sedap sekali...ha3x..


Hari ini, saya bekalkan papa dengan daging black paper, sayur ulam dan ayam goreng untuk makan tengahari..harap-harap kena dengan selera papa....so, lunch untuk mama pula adalah chicken salad...cuba lihat salad saya..adakah menggiurkan???Yang ini tak payah la tanya resepi sebab kalau tengok gambar pun kamu semua dah tahu apa bahan-bahannya..cuma dressingnya saya gunakan sos hot peri-peri nandos, sos tomato dan satu sudu besar reduce fat mayonnaise..




Update menu hari ini :

sarapan : shake HL + air suam
minum pagi : 1/2 ketul roti jala berinti daging
lunch : chicken salad + yogurt kiwi + air suam
malam : no dinner...





Rabu, 2009 November 18

Update 99 HTN...(5 hari)



Kredit to : Amy Alldis (flickr.com)

Hari ni saya nak update daily menu saya..banyak jugak yang bad day...kononnyer nak buat analisis macam psf6450 (miza), tapi takde masa la...

13/11/2009 (Jumaat)
Breakfast : mee goreng basah + air teh
Lunch : shake herbalife + air 1 liter
Dinner : 1 chicken nugget + roti + air manggo

14/11/2009 (Sabtu)
Breakfast : mee suah + 2 chicken nugget + air suam
Lunch : udang goreng tepung + sayur campur + air manis
Dinner : tak makan

15/11/2009 (Ahad)
Breakfast : mee suah + chicke nugget + air suam
Lunch : udang goreng tepung + sayur campur + air manis
Dinner : tak makan

16/11/2009 (Isnin)
Breakfast : bihun goreng + jemput2 + air suam
Lunch : sayur campur + roti manis+ air oren
Dinner : 1 ketul ayam goreng + 1 ketul ayam gulai + 1 mangkuk kecil yee mee

17/11/2009 (Selasa)
Breakfast : shake herbalife + air suam
Lunch : yogurt + keropok lekor + air teh
Dinner : tak makan

Plan untuk hari ini..

18/11/2009 (Rabu)
Breakfast : shake herbalife + air suam
Lunch : mee sup + kacang botol goreng belacan + air suam
Dinner : tak makan

Sebenarnya, sejak bermulanyer 99HTN, berat saya telah bertambah sebanyak 3kg...memang la saya tak makan nasi, tapi selera makan saya tak seperti selalu....macam sewaktu saya peknen dulu...tapi tak tau la sekarang ni asyik pening2 jek...sekarang pun dah lewat jugak...lagipun saya kerapkan makan untuk menambah susu...sekarang susu badan saya dah bertambah jadi saya dah boleh diet semula....jadi saya tak tahu mana satu penyebab membuatkan selera makan saya bertambah....

adakah????

mungkin ya dan mungkin tidak...

kita tengok result doktor jumaat depan...

kalau positif, penyertaan saya dalam 99HTN adalah terbatal serta merta....

.
.
.
.
.


Selasa, 2009 November 17

Diet Tips For Today


kredit to : http://www.healthcastle.com


Weight-Loss Secret: How to Grocery Shop

People who make grocery lists, shop for fresh produce each week and prepare meals at home are more likely to keep a trim figure because they have total control over what they eat and when. There’s no last-minute trips to the frozen dinners aisle of the grocery store or, worse yet, to the drive-thu at the local burger joint.

But selecting, washing and chopping up fresh foods for dinner is an activity that many of us just don’t have time for. If you’re more than a little stretched for time, consider splurging a bit at the grocery store to make eating fresh produce easier on yourself. Forget the bulk carrots and bunches of broccoli and head for the pre-washed, pre-peeled, pre-cut, pre-bagged veggie section. There you will find foods like baby zucchini, cut broccoli florets and sliced carrots, which can all help you make your meals easier than ever to prepare.

Yes, they cost quite a bit more than bulk produce, but if you don’t have the time to prepare fresh foods for dinner, what will you end up eating instead? TV dinners? Macaroni and cheese? Top Ramen? The question you have to ask yourself is “How much is good health worth to me and my family?”

source : www.lifescript.com




Rambut???

kredit to : http://www.malaysiasite.nl/recept20.htm



Memang melumpuhkan nafsu makan saya...dan kesian juga pada akak yang jual nasi berlauk di depan giant...(dah tak beli dalam giant)??? Apa cerita???

misi saya untuk membeli sayur taugeh goreng terbantut bila saya nampak ada satu helai rambut yang panjang diantara sayur-sayur taugeh tersebut....saya ni bukanlah penggeli orangnya..tapi tiba-tiba sahaja isyarat dari mata saya terus ke otak yang menyatakan "TIDAK" pada sayur tersebut..kesian kat akak tu, dia dah nak bagi plastik kat saya, tetapi saya dengan tiba-tiba membatalkan hasrat..Berdosakah saya??? Ye, berdosa..sebab saya tak bagitau apa salah dia sehingga saya sanggup melukakan hatinya...tapi saya tak sampai hati pula nak bagitau ada rambut dalam sayur tu...

Jadi saya yang berlalu dengan penuh rasa tidak bersalah, pergi ke gerai adik yang jual keropok lekor..dan saya dah habiskan 10 keping keropok lekor yang terlalu banyak kalori..saya bukanlah lapar sangat, tapi gatal mulut nak mengunyah...

Untuk akak jual nasi berlauk tu...saya nak bagi tag line sikit....
KEBERSIHAN AMALAN HIDUP KITA...
(pesanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia)

bukan saya kata akak tu pengotor, tapi benda-benda ni tak sepatutnya berlaku...mungkin bukan salah akak tu...tapi saya tetap tak boleh terima...saya mintak maaf banyak-banyak yer...





Donut....Oh Donut....




Salam....

Lama saya tak mengemaskinikan blog yang tak seberapa ni...tapi nak juga berkongsi cerita..sepanjang hidup saya, walaupun saya suka memasak..tapi saya tak pernah terfikir untuk mencuba resepi donut (donut bukanlah makanan kegemaran saya)...bila saya membelek-belek buku resepi saya yang telah lama saya simpan, tiba-tiba terpandang satu resepi donut yang saya dah lupa dari mana asalnya dan siapa empunya resepi...biasanya, hari-hari cuti saya, saya akan isi dengan mencuba resepi-resepi..seakan-akan menjadi satu "tobiat" baru..kalau dulu, waktu-waktu senggang saya pada hari minggu saya akan isi dengan berjalan-jalan (kalau tak dapat jalan-jalan saya akan buat muka dengan en papa), kini papa dah tak payah nak pening kepala nak bawa saya dengan jannah untuk bersiar-siar....


Walaupun donut saya diminati oleh penghuni rumah di atas bukit itu (sebab rupa donut saya akan-akan donut big apple), namun saya masih tak berpuas hati dengan hasilnya..dan saya akan cuba dan cuba lagi..bila agaknya???...saya malu sebenarnya untuk mencuba lagi (lebih-lebih lagi dengan mak mertua saya)...tunggulah bila saya sudah ada rumah sendiri, bolehlah saya mencubanya tanpa rasa malu...dan donut-donut itu saya akan sedekahkan kepada mereka yang berjiran dengan saya...dan siapa-siapa yang sudi datang ke rumah saya, saya akan jamu mereka dengan hasil masakan saya....

Ada berani?????




Jumaat, 2009 November 13

Science Of Cooking


Siapa kata homemade food adalah sangat senang...dan saya menidakkan pendapat saya sebelum ini...dan mulai dari sekarang saya tidak hanya memasak mengikut resepi secara memb*b* buta sahaja (mana datangnya bidalan ini???) tetapi menyelidik terlebih dahulu sama ada ia selamat atau tidak...

Disebabkan saya masih betah mematuhi peraturan 99HTN, maka saya tidak termakan pujukan rayu rakan sepejabat yang setia mengajak saya untuk keluar makan tengahari bersama-sama. Maka saya sudah kenyang (ketika ini) dengan shake herbalife (yang tinggal saki baki sahaja mungkin boleh bertahan sehingga hujung minggu ini sahaja)...disaat-saat senggang begini saya pun menyelusuri laman web ke satu laman web untuk mencari resepi mayonis buatan sendiri...ternyata tanggapan saya pada mulanya untuk membuat mayonis adalah sangat mudah semudah ABC dan tidak memerlukan modal yang banyak cuma telur, minyak, sedikit perasa, lada putih dan perahan lemon....sangkaan saya amat meleset sekali setelah terjumpa beberapa laman web luar negara yang menyatakan bahayanya mayonis buatan sendiri disebabkan tiada penggunaan teknologi bagi penghasilan mayonis yang selamat untuk dimakan..maka saya terjumpa artikel ini dan ini.

Ternyata penggunaan telur mentah di dalam makanan kita adalah sangat merbahaya dan boleh mengundang kepada keracunan makanan kerana ia mengandungi virus/bakteria
salmonella yang membahayakan kesihatan. Nasib baik juga saya terfikir untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyediaan mayonis ini, jika tidak susah juga saya, daripada cubaan untuk menjimatkn wang, saya terpaksa keluarkan lebih banyak wang untuk kos perubatan jika sekiranya orang yang menikmati mayonis buatan saya itu jatuh sakit akibat keracunan makanan. Tidak semua telur mentah merbahaya, tetapi amat susah sekali untuk mengetahui telur itu adalah daripada ayam yang sihat atau tidak. Jadi untuk keselamatan, anda boleh menggunakan resepi ini. Saya saya amat bersyukur kerana masih belum terlanjur...

Dan selepas ini, jika sekiranya saya mahu membuat makanan buatan sendiri (homemade food), maka saya perlu berhati-hati. Saya juga berhajat suatu hari nanti saya dapat mencuba untuk membuat burger atau sosej buatan sendiri untuk keluarga saya yang tercinta.

Selamat berdiet juga buat rakan-rakan sepejuangan...

Adalah ketika ini, saya hanya cuba mengasah bakat penulisan saya (bukan untuk menjadi seorang yang serius ye, harap maklum kepada pengunjung setia blog ini) dan saya bukan hanya boleh tulis yang merapu-rapu sahaja tapi berinfomasi juga....

Sekian.




Mama asah skill!!!!

Hhhmmmm...

Apa penyakit saya kebelakang ini tak tau la kan....kejenye masak, masak, masak dan masak selagi mahu...ini menandakan saya sangat tertekan dalam hidup saya (ye kerr???)...semakin kerap saya memasak, semakin tinggi tahap tekanan saya (menurut perkiraan saya melalui frekuensi saya memasak)....Pn Doktor, boleh saya tahu, apa penyakit saya sebenarnya???


Malam tadi selain projek mem'baking' kek tempahan (kek pisang walnut n chip) dan kek pisang yogurt, saya telah mula mengasah 'skill' saya untuk membuat nugget ayam crispy setelah memborong bahan-bahan yang diperlukan di giant (rasa2nyer org kat giant tu pun dah kenal saya, sebab hari-hari saya akan lepak kat sana kalau purse tebal). Nugget ayam tu saya buat dengan penuh kasih sayang untuk santapan anakanda yang tercinta...saya tak mahu lagi beli nugget, mahupun ayam goreng AYAMAS, pizza domino, donut big apple, pelbagai jenis roti, fishball, daging burger dan seangkatan dengannya...kalau saya boleh buat sendiri, apa sebab saya perlu beli dan bagi makanan yang kurang khasiat lagi tidak segar itu kepada keluarga saya. Jadi sekarang saya sudahpun memenuhi semua tuntutan itu, dan ianya akan menjimatkan duit sekaligus menambah tabungan saya. Lagipun, sebagai seorang isteri dan ibu, saya sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang saya sediakan terhadap keluarga saya setiap hari..jadi kalau ada yang sakit, terlebih khasiat atau terkurang khasiat ianya adalah berpunca dari saya....MAMA (kenapa semenjak dua menjak gaya penulisan saya agak sopan yer???, rasanya saya dah tua!!!!)


Ini adalah hasil yang pertama sebelum digoreng..terima kasih buat tuan punya resepi, Pn Alma dari MYR...saya banyak membuat rujukan resepi dan mencuba sehingga jayanya menerusi internet, maka cikgu memasak saya adalah internet, kreativiti dan pengalaman...dan setelah digoreng, hasilnya memang sama macam yang dijual di pasaran...(berdasarkan isyarat yang dihantar dari lidah ke neuron otak saya)...dan anakanda saya makan dengan berselera sekali hasil air tangan ibunya...ini adalah usaha kecil saya bagi memastikan anak saya mendapat khasiat yang terbaik dari makanan pejal (bunyinyer macam iklan susu je)....


Dan selepas ini, mungkin saya akan sediakan segala-galanya sendiri, daripada makanan sejuk beku sehinggalah makanan harian yang selalunya saya beli dari kedai, pasaraya mahupun pasar malam.

jangan tak percaya, suatu hari nanti saya akan buat sos mayonis sendiri....

tengoklah nanti....

dan saya nak jadi seorang ibu yang sangat dibanggai oleh anak saya dikalangan kawan-kawannya nanti..walaupun ibunyer ini tidaklah sehebat mana, cuma mahu hebat di mata anak-anak dan suami...

MAMA SAYAKAN PANDAI MASAK SEMUA BENDE TAU!!!!