Isnin, 16 Mei 2011

simple n easy choc indulgence!!!!!!...


Assalam...

masuk hari ni..
dah sebulan tak update blog...
kali ni nak berkongsi resepi choc indulgence...
ilham dari rumah kak Azlita...
tapi mengenangkan tempoh penyediaan yang lama...
maka mama buat choc indulgence style mama..
gambar kat atas tu jek yang sempat snap..
sebab terlupa nak snap sebelum diserbu..
kalau resepi sebenar amik masa 2 hari nak siap..
yang ni amik masa 2 jam jek...
kalau sape2 nak cuba boleh la cuba resepi mama ni...
mama tau nak buat untuk kek hari jadi anak ke...husband ke...
kek ni leh makan utk lebih 10 org...
muai kata org muo...


Choc Indulgence Cake

Bahan2

sebiji kek span
(mama buat sponge cake guna choc sponge mix yang mama beli kat bake with yen, mama buat separuh adunan)

lapisan dark choc
140gm dark choc (jenama beryl's)
200ml whipping cream
2 biji telur putih
1 sudu besar gelatin
100ml air panas

lapisan white choc
140gm white choc ( jenama beryl's)
200ml whipping cream
2 biji telur putih
1 sudu besar gelatin
100ml air panas

coklat ganache secukupnya

cara2
kek span tadi dipotong 4 lapisan.
untuk lapisan dark choc : Masukkan gelatin dalam air panas n kacau hingga sebati. putar putih telur sehingga menjadi meringue (sampai kalau kita terbalikkan bekas tu dia tak jatuh). Dalam bekas lain putar whipping sampai kental. Cairkan coklat dalam double boiler, kemudian bila coklat dah cair, masukkan bancuhan gelatin tadi dan kacau hingga sebati. Bila coklat sudah sejuk, masukkan adunan coklat n whipping cream ke dalam mangkuk yang berisi meringue tadi dan kaup balik hingga sebati. Cara yang sama untuk lapisan white choc.
untuk melapis kek : sediakan loyang yang sesuai, letakkan kek span pertama dan lapiskan dengan adunan white choc. Kemudian lapiskan dengan kek span yang ke 2, dan lapiskan dengan aduna dark choc, dan letakkan lapisan kek span ke 3 dan lapiskan dengan adunan white choc dan akhir sekali lapiskan dengan kek span yang ke 4. Masukkan ke dalam freezer selama 20 minit dan dan sapukan baki adunan dark choc dan masukkan semula ke dalam freezer dan biarkan ia mengeras selama 30 minit. Setelah itu, keluarkan kek dari loyang dan hiaskan dengan coklat ganache dan siap dihidang.


Selamat mencuba...





5 ulasan:

Dr Singa berkata...

sikret resipi boleh nangis nengok ni...

aza berkata...

Cayalah mama....all the best lah....nanti nak tempah kek kawen dgn mama lah.....:P

Beattey berkata...

Is : takde lah nangis sgt..cuma kuar air hidung jek...hihihi..

aza : nak tempah berapa tingkat punya...???

mesenjahit berkata...

nyum!!!

salam perkenalan

Beattey berkata...

mesen jahit...

salam perkenalan jugak...