Memaparkan catatan dengan label artikel berguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artikel berguna. Papar semua catatan

Jumaat, 13 November 2009

Science Of Cooking


Siapa kata homemade food adalah sangat senang...dan saya menidakkan pendapat saya sebelum ini...dan mulai dari sekarang saya tidak hanya memasak mengikut resepi secara memb*b* buta sahaja (mana datangnya bidalan ini???) tetapi menyelidik terlebih dahulu sama ada ia selamat atau tidak...

Disebabkan saya masih betah mematuhi peraturan 99HTN, maka saya tidak termakan pujukan rayu rakan sepejabat yang setia mengajak saya untuk keluar makan tengahari bersama-sama. Maka saya sudah kenyang (ketika ini) dengan shake herbalife (yang tinggal saki baki sahaja mungkin boleh bertahan sehingga hujung minggu ini sahaja)...disaat-saat senggang begini saya pun menyelusuri laman web ke satu laman web untuk mencari resepi mayonis buatan sendiri...ternyata tanggapan saya pada mulanya untuk membuat mayonis adalah sangat mudah semudah ABC dan tidak memerlukan modal yang banyak cuma telur, minyak, sedikit perasa, lada putih dan perahan lemon....sangkaan saya amat meleset sekali setelah terjumpa beberapa laman web luar negara yang menyatakan bahayanya mayonis buatan sendiri disebabkan tiada penggunaan teknologi bagi penghasilan mayonis yang selamat untuk dimakan..maka saya terjumpa artikel ini dan ini.

Ternyata penggunaan telur mentah di dalam makanan kita adalah sangat merbahaya dan boleh mengundang kepada keracunan makanan kerana ia mengandungi virus/bakteria
salmonella yang membahayakan kesihatan. Nasib baik juga saya terfikir untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyediaan mayonis ini, jika tidak susah juga saya, daripada cubaan untuk menjimatkn wang, saya terpaksa keluarkan lebih banyak wang untuk kos perubatan jika sekiranya orang yang menikmati mayonis buatan saya itu jatuh sakit akibat keracunan makanan. Tidak semua telur mentah merbahaya, tetapi amat susah sekali untuk mengetahui telur itu adalah daripada ayam yang sihat atau tidak. Jadi untuk keselamatan, anda boleh menggunakan resepi ini. Saya saya amat bersyukur kerana masih belum terlanjur...

Dan selepas ini, jika sekiranya saya mahu membuat makanan buatan sendiri (homemade food), maka saya perlu berhati-hati. Saya juga berhajat suatu hari nanti saya dapat mencuba untuk membuat burger atau sosej buatan sendiri untuk keluarga saya yang tercinta.

Selamat berdiet juga buat rakan-rakan sepejuangan...

Adalah ketika ini, saya hanya cuba mengasah bakat penulisan saya (bukan untuk menjadi seorang yang serius ye, harap maklum kepada pengunjung setia blog ini) dan saya bukan hanya boleh tulis yang merapu-rapu sahaja tapi berinfomasi juga....

Sekian.




Isnin, 3 Ogos 2009

Jenis Darah dan Peribadi Anda....


Salam....


Jalan2 sambil nak warm up untuk mulakan keje yang bertimbun2 ni....banyak kerje yang bukan tertangguh tapi aku kena amik masa nak menyiapkannya sebab belum siap yang satu lagi...dah datang yang satu lagi...tu lom tambah keje2 lain yang sikit2 tapi banyak...hahahaha....rasanya ada 8 keje yang lom beres..semuanya kena perah otak....haremmmm!!!!...jadi...amik masa relaks n jumpa la artikel ni...bagus gak untuk mengenali kelebihan diri untuk dimanfaatkan..anda adalah golongan darah ape????mai check rahsia personaliti anda disebalik jenis darah yang anda milikki..(dah tentu saya berdarah 'o' yang comellllllll).....

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut
di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi
rahsia mengenainya?


DARAH ‘O ‘
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH ‘A ‘
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ‘ B’
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH ‘AB ‘
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.