Memaparkan catatan dengan label menu sahur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menu sahur. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Ogos 2009

Makanan Yang Tidak Sihat...!!!!!

Salam...

Menu bersahur pagi tadi adalah sangat tidak sihat hokey dan sungguh heavy sahur...banyak lemak n kalori....tapi ku hentam jugak 4 potong...huhuhu...nasib baik aku potong
kecik-kecik..nak tahu apakah bendenya....
.
.
.
.


Murtabak Raja Singapore
..hikhikhik...macam mana tu..Singapore mana ada raja daaaaaa.....heheheheh...nama ni aku cantumkan sempena nama murtabak raja dan murtabak singapore..intinyer murtabak singapore style...cara penyediaan plak, murtabak raja style...korang tau kan murtabak raja tu popular kat mana...kat klate la weiii....tapi rasanya mmg sungguh sedap, sampai tak perasan Jannah dah bangun n merangkak kuar dari bilik...tak dapat nak lupa sampai sekarang...masak dia mudah jek..takyah nak uli2 tepung..aku beli jek roti pratha cap kawan...pastu aku canai la balik...letak inti...lapis 3 kali..pastu dah siap untuk dingap.....gambar kat atas tu adalah masih di atas kuali...

Adakah aku dah melupakan diet...oh..tidak..sebab semalam aku cuma berbuka ngan kurma n air soya..tapi cukup takut sekali ngan kalori murtabak tu....sebab daging untuk inti tu sungguh la banyak kerana menggunakan 500g daging cincang pakcik Ramly..ditambah dengan telur sebanyak 7 biji...roti pratha yang digunakan 5 keping....roti pratha tu dah ler dah sedia ada banyak lemak..almaklum frozen food...sesekali takpe la kan...lagipun cuma makan 4 potong yang kecik2 jek...kalau nak tahu size murtabak raja itu adalah 10'x10' dan berketebalan 2 inch....huhuhuhu...bayangkan...bayangkan...bayangkan...betapa mewahnyer murtabak ku itewww......wwwwaaaaaahhhhhhhhh......

Dah la esok papa mintak mama buat pizza thin crust..barang2 semua dah beli....adoyai..tergugat lagi diet mama....dan mama akui kita semua dah melakukan kesilapan pa...sepatutnya bulan puasa ni kita melawan nafsu daripada makan...makan kalau menurut yang sepatutnya adalah ala kadar sahaja...ini tidak, sampai jek ramadhan..masakan yang mama jarang buat masa bulan tak puasa semuanya timbul di bulan ramadhan ni....erm..balik ni nak kena tazkirah kat papa ni...cuci sikit fikiran mama n papa...so, minggu depan ku cuba berala-kadar dan yang seadanya k....pulang ke pangkal jalan gamaknya...tapi buleh ka?????



p/s : bertaubat sebelum terlambat......






Khamis, 27 Ogos 2009

Sahur...sahur...sahur.....

Salam...

Semalam tak sempat nak update pasal bz la yang teramatnya...edit report The Virtual Hajj..erm..nanti kalau berjaya project ni...korang kl
au nak pergi haji...kursus pakai Vhajj ni la..senang...kira belajar secara interaktif...macam dah berada kat sana jek....ini semua kemajuan teknologi sekarang....semuanya mudah..takyah susah2 macam mana nak bayangkan macam mana tawaf, saie, wukuf dan sebagainya....kesan visual adalah sama seperti keadaan sebenar....so, benda ni masih dalam pembikinan lagi...ada projek yang lagi satu buat aku pening kepala nak fikir ialah nak design Bandar Tuanku Mizan....erm, ni projek baru..nak kena masukkan element equine, Islamic, education, township n residential...hahahaha...dah lama tak pegang projek macam ni...poning den...



Tinggalkan cerita pasal projek..cerita lak bab sahur..orang sibuk cerita pasal juadah berbuka, aku lak sibuk cerita apa nak makan masa sahur...terbalik kong....huahuahua...menu aku berbuka semalam ialah 2 biji kurma +air soya+1 bijik kuih koci...tak amik shake pun...pagi tadi ku bersahur mee hailam...main campak2 jek...pasal tak larat nak bukak mata..aku bangun pukul 4.15 pagi..nasib baik mee spagethi aku dah celur malam tadi...so, bangun pagi just buat kuah jek...buat kuah 30 minit...pukul 4.45 dah kejut papa sahur...nak kejut papa taklah susah macam mula2 kawin dulu...

Korang nak try wat jugak ke??? aku bagi resepi
yang mudah ni..korang campak jek...huhuhu....asalkan hasilnya sukses, sukses, cukup puas hati (dialog aziz satar masa rasa kuah kurmak yang terjatuh garam dalam kuah dlm cerita bujang lapok). Aku bagi sekali resepi kuey teow ladna hari tu k....

Resepi Hari Ini


Mee Hailam

250g mee spagethi (rebus n toskan)
10 ekor udang (saiz sederhana)
2 ekor sotong (dipotong2)
3 batang sawi
1 batang carot
1 batang cili merah (dihiris2)
2 sudu besar sos tir
am
2 sudu besar kicap pekat
kicap masin
kicap manis (agak2 la)
4 biji telur
2 sudu besar tepung ubi (bancuh dgn sedikit air)

bahan2 menumis
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah sup
1 biji bawang besar (dimayang)
3 ulas bawang putih (diketuk)
4 hiris halia
perasa tumix
400ml air

cara2 : panaskan 2 sudu minyak zaitun, tumis bawang merah, bawang putih. Lepas tu masukkan cili kisar n rempah sup. Bila rempah dah garing, masukkan air, sos tiram, kicap pekat, manis n masin & carrot. Biarkan mendidih, masukka
n halia n perasa tumix. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan tunggu telur masak. Selepas itu barulah masukkan sotong n udang dan bila bahan2 ni dah masak masukkan bancuhan tepung ubi, sawi dan lada merah dan kacau selama 2 minit. Angkat dan sedia dihidang...


Kuey Teow Ladn
a

bahan-bahan
1 paket kuey teow (basuh n toskan)
10 ekor udang (saiz sederhana)
2 ekor sotong (dipotong2)
3 batang sawi
1 batang carot
1 batang cili merah (dihiris2)
kicap masin
kicap manis (agak2 la)
2 biji telur
3 sudu besar tepung ubi (bancuh dgn sedikit air)

bahan2 menumis
1 biji bawang besar (dimayang)
3 ulas bawang putih (diketuk)
6 hiris halia
perasa tumix (opional, klau takde boleh guna garam n gula jek)
400ml air

cara2 : panaskan 1 sudu besar minyak zaitun, goreng kuey teow dan masukkan kicap manis n masin secukup rasa dan angkat. Tambahkan 1 sudu lagi minyak dan goreng sotong n udang selama 2 minit dan angkat. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Bila bahan tumisan dah naik bau, masukkan air, perisa tumix dan carrot. Biarkan mendidih, masukkan udang n sotong dan bancuhan tepung ubi. Selepas itu barulah masukkan telur dan kacau perlahan. Akhir sekali, masukkan sawi dan lada merah dan kacau selama 2 minit. Angkat dan sedia dihidang bersama kuey teow yang telah digoreng...


Selamat mencuba....