Khamis, 27 Ogos 2009

Sahur...sahur...sahur.....

Salam...

Semalam tak sempat nak update pasal bz la yang teramatnya...edit report The Virtual Hajj..erm..nanti kalau berjaya project ni...korang kl
au nak pergi haji...kursus pakai Vhajj ni la..senang...kira belajar secara interaktif...macam dah berada kat sana jek....ini semua kemajuan teknologi sekarang....semuanya mudah..takyah susah2 macam mana nak bayangkan macam mana tawaf, saie, wukuf dan sebagainya....kesan visual adalah sama seperti keadaan sebenar....so, benda ni masih dalam pembikinan lagi...ada projek yang lagi satu buat aku pening kepala nak fikir ialah nak design Bandar Tuanku Mizan....erm, ni projek baru..nak kena masukkan element equine, Islamic, education, township n residential...hahahaha...dah lama tak pegang projek macam ni...poning den...



Tinggalkan cerita pasal projek..cerita lak bab sahur..orang sibuk cerita pasal juadah berbuka, aku lak sibuk cerita apa nak makan masa sahur...terbalik kong....huahuahua...menu aku berbuka semalam ialah 2 biji kurma +air soya+1 bijik kuih koci...tak amik shake pun...pagi tadi ku bersahur mee hailam...main campak2 jek...pasal tak larat nak bukak mata..aku bangun pukul 4.15 pagi..nasib baik mee spagethi aku dah celur malam tadi...so, bangun pagi just buat kuah jek...buat kuah 30 minit...pukul 4.45 dah kejut papa sahur...nak kejut papa taklah susah macam mula2 kawin dulu...

Korang nak try wat jugak ke??? aku bagi resepi
yang mudah ni..korang campak jek...huhuhu....asalkan hasilnya sukses, sukses, cukup puas hati (dialog aziz satar masa rasa kuah kurmak yang terjatuh garam dalam kuah dlm cerita bujang lapok). Aku bagi sekali resepi kuey teow ladna hari tu k....

Resepi Hari Ini


Mee Hailam

250g mee spagethi (rebus n toskan)
10 ekor udang (saiz sederhana)
2 ekor sotong (dipotong2)
3 batang sawi
1 batang carot
1 batang cili merah (dihiris2)
2 sudu besar sos tir
am
2 sudu besar kicap pekat
kicap masin
kicap manis (agak2 la)
4 biji telur
2 sudu besar tepung ubi (bancuh dgn sedikit air)

bahan2 menumis
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah sup
1 biji bawang besar (dimayang)
3 ulas bawang putih (diketuk)
4 hiris halia
perasa tumix
400ml air

cara2 : panaskan 2 sudu minyak zaitun, tumis bawang merah, bawang putih. Lepas tu masukkan cili kisar n rempah sup. Bila rempah dah garing, masukkan air, sos tiram, kicap pekat, manis n masin & carrot. Biarkan mendidih, masukka
n halia n perasa tumix. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan tunggu telur masak. Selepas itu barulah masukkan sotong n udang dan bila bahan2 ni dah masak masukkan bancuhan tepung ubi, sawi dan lada merah dan kacau selama 2 minit. Angkat dan sedia dihidang...


Kuey Teow Ladn
a

bahan-bahan
1 paket kuey teow (basuh n toskan)
10 ekor udang (saiz sederhana)
2 ekor sotong (dipotong2)
3 batang sawi
1 batang carot
1 batang cili merah (dihiris2)
kicap masin
kicap manis (agak2 la)
2 biji telur
3 sudu besar tepung ubi (bancuh dgn sedikit air)

bahan2 menumis
1 biji bawang besar (dimayang)
3 ulas bawang putih (diketuk)
6 hiris halia
perasa tumix (opional, klau takde boleh guna garam n gula jek)
400ml air

cara2 : panaskan 1 sudu besar minyak zaitun, goreng kuey teow dan masukkan kicap manis n masin secukup rasa dan angkat. Tambahkan 1 sudu lagi minyak dan goreng sotong n udang selama 2 minit dan angkat. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Bila bahan tumisan dah naik bau, masukkan air, perisa tumix dan carrot. Biarkan mendidih, masukkan udang n sotong dan bancuhan tepung ubi. Selepas itu barulah masukkan telur dan kacau perlahan. Akhir sekali, masukkan sawi dan lada merah dan kacau selama 2 minit. Angkat dan sedia dihidang bersama kuey teow yang telah digoreng...


Selamat mencuba....







Tiada ulasan: