Hari ni sebenarnya nak cerita pasal pengukus baru saya kan...
Dulu, masa takde pengukus..
asyik merungut jek...
tapi bila dah dapat tak reti nak jaga...
Alkisahnya, sebelum balik kampung awal muharram hari tu,
mama buatkan emak kek coklat kukus...
dok sibuk mengemas barang2 nak bawak balik kg,
mama terlupa yang air pada pengukus sudah kering...
sudahnya, pengukus baru mama bocor weeehhhh.....
sedihnya..tak sampai sebulan beli sudah jahanam...
rasa bersalah yang amat2...
tapi untuk menghilangkan rasa bersalah....
pengukus yang bocor tu mama jadikan bende lain....
so...jadilah dia tempat untuk mama tanam daun bawang....
papa kata, idea mama mmg hebat...wakakakakaka....
Projek tanam menanam ni sudah lama kami buat...
sejak masuk rumah baru, kami dah mulakannya...
papa lebih suka tanam pokok2 buah dan pokok2 hiasan...
sekarang keliling rumah kami dah ada pokok longan, durian (musang king, XO), nangka madu, cempedak, betik, pisang tanduk, limau (kasturi, purut, kasturi), kelapa pandan dan rambutan.
Projek perintis adalah pokok cili..dah banyak kali makan n sedekah kat kawan2....
bila dah terlampau banyak..mama bikin sambal kicap tahun....
Pokok hiasan pun ada..kebanyakkan papa semai yang jenis palma...
kitaorang pun ada corner untuk tanaman herba seperti misai kucing dan secotek mas...
selain tu pokok-pokok tanaman yang asas dalam masakan seperti cili api, kacang panjang, serai, pandan, kesum, ubi, kunyit, kucai, daun salam, halia, lengkuas, daun kari pun ada..gambar tak sempat nak snap la...
Daun kucaikacang panjangini pokok daun salamSekarang ni papa tengah nak semai pokok bendi dan terung plak...
harap2 menjadila yer...
mama cuma pandai tanam daun bawang saje...
Jadi, kami dapatlah berjimat sedikit...
tak payah nak kuar duit beli sebahagian keperluan memasak...
yang penting banyak tanaman makanan di keliling rumah...
agak2 dah takde duit nak beli sayur, petik jek la pucuk ubi kat tepi rumah...
kan jimat hehehehe...
inilah orang kata berbudi kepada tanah....lepas tu tanah plak berbudi pada kita..tak gitu?????