Jumaat, 24 Disember 2010

Blueberry mousse cheesecake...ada bran????!!!!!!!!!!



Salam Jumaat.....

Entah apa mimpi mama....
buat cheesecake pepagi buta...
walaupun tahu mata dah tak mampu nak bukak...
pasal malam tadi tido lambat dalam pukul 2.30 pagi gitu...
dok sibuk mengepam susu, mengemas rumah n menyediakan bahan2 untuk masak bekal dan nasi lemak....
gigih jugak buat kek yang ada 2 layer...
huhuhuhu....

Ini kes pasal EBM mama habis la...
dah macam2 cara mama buat nak tambahkan susu...
last sekali baru teringat yang makan cheesecake pun leh tambahkan susu...
kelmarin mama makan yogurt cheesecake dari SR....
amatlah berkesan dan esoknya mama dapat 16oz..
syukur alhamdulillah....
nak buat cheesecake ni malam tadi tapi dah tak larat...
so buatlah pagi tadi...hasilnya...
walllah.....vogie the vast gitu....hahahahahah
sempat la makan sepotong sebelum g keje....



Papa pun tumpang ngap sekali...
thumbs up untuk kek ni....
kek ni resepi mama campak2 saje...
ikut pengalaman buat cheesecake n mousse yang simple...
dah tak main sukat2 dah....
terjah semua...
kat sini mama kongsikan resepi yang mudah n simple bagi sesapa yang berminat nak cuba....
thanks untuk en papa jugak yang bersusah payah mencari bahan2 kat kedai Bake With Yen PJ....




Blueberry mousse cheesecake

bahan2;

250g cream cheese
50ml whipping cream
150ml yogurt blueberry
1 biji telur
1/2 cawan gula icing
1 sudu besar tepung jagung

untuk mousse

100ml air panas
10g halal gelatin (2 tbs)
200ml whipping cream
1 sk vanilla essence
70g gula icing

cara2 :

Putar cream cheese dan gula sehingga kembang. Masukkan whipping cream dan putar. Kemudian masukkan telur dan yogurt. Last sekali baru masukkan tepung jagung dan putar selama 4 minit lagi. Masukkan adunan ke dalam loyang 9" yang telah dialas dengan kertas minyak. Bakar selama 45 minit api bawah saja dengan suhu 175 darjah dengan kaedah bain-marie dan 10 minit terakhir tukar mode api atas bawah. Bila dah masak, kuarkan dari oven n sejukkan. Bila dah sejuk, keluarkan kek dan buangkan kertas minyak tadi dan masukkan semula kek ke dalam loyang untuk proses seterusnya.

Campurkan gelatin dengan air panas, kacau dan biarkan selama 5 min. Dalam mangkuk lain putar whipping cream n gula sehingga berkrim kemudian masukkan vanilla essence dan putar lagi lebih kurang 3 minit. Kemudian masukkan gelatin ke dalam krim tadi dengan kaedah kaup balik. Tuangkan adunan tadi ke atas cheesecake yang telah masak dan bekukan dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam dan setelah itu bolehlah dihiaskan dengan blueberry filling. Siap untuk dimakan....


Selamat mencuba ye kawan2.....




saya dah makan...anda bile lagi.....???





hehehehehe.....






9 ulasan:

bintangku berkata...

skrg nie tgh usaha nak nguruskan bdn tp slalunya bila org jamu mknn yg best, asik tangguh jer diet. Dah berjoget2 lemak dlm badan. hu hu hu

Beattey berkata...

shaniah....

kita pun nak berdiet gak..tapi tak boleh la..nanti susu langsung tak kuar...

awak makan ler sikit2 bile org jamu tu...tapi sikit2 jadi bukit kan???

PUTUBAMBU berkata...

walawehh beattey...sedapnya..!

rajin betul awak ni..

yg ni pun rasanya boleh jual bila awak berhenti nanti... mesti ada peminatnya nih..

Beattey berkata...

saya memang amik tempahan kek kak...selalunyer kek bufday la...

akak..mai la datang umah...

noradzlina.kamdani berkata...

sgt menarik...mesti sedap kn

Beattey berkata...

sedap...petang tu dah ada org order...hehehehehe..

DrSinga berkata...

laagi menciiiiiiii........
:P

Beattey berkata...

IS...

hahahahaha....

Tanpa Nama berkata...

Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

- David