Isnin, 21 Februari 2011

Tiramisu....khas untukmu..!!!!!!!!!!!!!!!


Assalam....

Semalam projek mama adalah menyediakan macam2 inti untuk difrozenkan..
maklumlah, bila dok umah ni..
minum petang memang wajib...
semalam jugak buat keropok lekor n mee kuning...
so settle menu minum petang untuk isnin hingga jumaat...
sekarang semua menu mesti ikut jadual..
kalau tak..kena kuar duit belanja lagi..
heheheheheh,,,,



semalam jugak mama bikin tiramisu untuk papa...
sebabnya ada kek coklat lembap yang tak habis..
en papa bukanlah peminat kek...
penat jek mama susah payah mengukusnya...
bila teringatkan yang papa sangat berminat ngan cheesecake...
so untuk tidak membazirkan kek coklat tu...
mama buatlah tiramisu...
tiramisu ni adalah versi mama....
sangat2 simple..klau korang nak try boleh jugak...



Simple Tiramisu

Bahan2
250g cream cheese
4 sudu besar butter
1/2 cawan gula castor
200ml whipping cream
sedikit air nescafe
kek coklat secukupnya
serbuk koko untuk hiasan

cara2
pukul cream cheese, butter n gula hingga lembut. Kemudian masukkan whipping cream n pukul lagi hingga kental.
Sediakan cawan dan masukkan 1 sudu adunan ke dalam cawan dan lapiskan dengan kek coklat yang telah diletakkan/ disapukan sedikit air nescafe. Lapis2kan ikut suka. Kemudian hiaskan dengan serbuk koko. Sejukkan di dalam petia ais selama 30min n sedia dihidang.

Mudah bukan...



Selamat mencuba!!!!!............







5 ulasan:

Kaseh berkata...

nyummmmmmmmmmm......

PUTUBAMBU berkata...

uishh...temptingnya..!

nak buat..nak buat..
tq for the recipe

Beattey berkata...

kak kaseh : kalau tengah berdiet tak leh makan ni..kalori tinggi...

kak putu : try le..mmg mudah n yang penting sedap!!!!

noradzlina.kamdani berkata...

pergh..sgt menggoda...

Beattey berkata...

lin...ko try le buat...