Assalamualaikum...
lama tak bersua ye....
rasanya sebulan jugak tak blogging...
bukan sibuk ngan urusan harian...
tapi byk perkara yg berlaku langsung tak terduga..
bersyukur atas ujian yg Allah berikan pada mama...
Alhamdulillah, segalanya dah berakhir...
Hari ni nak kongsikan resepi Red Velvet Cupcakes...
resepi red velvet mama ni lain sikit....
mmg banyak versi resepi ni..
tapi mama lebih suke guna resepi yang ringkas tapi sedap..
sebenarnya, red velvet cupcake ni adalah order dari Ika..
sempena pembukaan butiknya di First Subang Mall...
Terima kasih buat ika yang sudi order 100 biji ngan mama...
katanya habis licin semuanya...
TERBAAAEEEKKKK!!!!
Tapi mama nak ingatkan..resepi ni ada cerewetnya sikit...
tak boleh isi banyak dalam cup..nanti melimpah ruah kejadiannya...
boleh isi cuma setengah cup or lebih sedikit dari setengah...
sebab resepi ni sgt sesuai utk kek...
nnt ada yg kata resepi mama ni tak betul plak...
dan kejadian kek ni adalah gebu dan lembut...
4 biji telur
2 3/4 cwn tepung (keluarkan 2sb)
3/4 sb baking powder
1/4 sb soda bikarbonat
1 1/2 cwn gula castor
1 cwn butter
2 sk vanilla
1 3/4 cwn whipping cream
2sb serbuk koko
1 oz pwarna merah
Cream Cheese Frosting
250gm cream cheese
2 sb gula aising
2 sb butter
1 cwn whipping cream
cara2 :
pukul butter + gula hingga gebu. Masukkan esen vanilla dan isb whipping cream. Putar lagi dan masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan tepung (ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat) berselang seli ngan whipping cream tadi. Akir sekali masukkan pewarna yang telah dicampur dengan serbuk koko dan kacau sebati. Bolehlah masukkan adunan di dalam cup atau loyang. Bagi versi cupcake, bakar selama 25 min pada suhu 150 darjah dan bagi kek plak, 170 darjah selama 40-50 min.
Untuk frosting, campurkan semua bahan n pukul sehingga lembut n gebu. Kemudian boleh la hiaskan pada cake or cupcake.
Selamat mencuba!!!!!!!!!!!!