Rabu, 25 Februari 2009

Adab Menyusukan Anak

“Pahala bagi ibu yang menyusukan anaknya ialah seakan-akan menghidupkan orang, Sabda Rasullah s.a.w”

Sekarang ini aku masih tercari-cari cara terbaik untuk penyusuan eksklusif. Manakan tidak, susu badan aku memang sedikit sejak aku melahirkannya. Ditambah pula dengan aku yang bekerja, menyukarkan aku untuk menyusukannya. Nak pam susu pun payah jugak, sebab kat ofis aku ni takde tempat yang terserok untuk aku pam susu. Masa awal-awal dulu, aku selalu jugak mengepam susu pada waktu rehat, tapi disebabkan waktu itu juga ada yang nak gunakan pantry untuk makan tengahari dan bersembahyang, jadi bile ada yang mengetuk pintu, proses pengepaman terbantut dan kadang-kadang sampai aku hilang mood.bila aku tak dapat lagi nak mengepam susu, jadi susu badan aku ni cukup untuk waktu malam sahaja buat Jannah. Aku kagum bile terbaca seorang doctor yang dapat mengumpulkan susu badannya sebanyak 260 botol dalam masa 3 bulan…Masyaallah, alangkah beruntungnya anaknya…aku pula yang rasa bersalah kerna tidak dapat menyusukan jannah sepenuhnya. Tapi, aku juga berusaha untuk menyusukannya sehingga umurnya mencecah satu tahun 10 bulan.

Berdasarkan pembacaan aku, terdapat beberapa adab serta saranan semasa menyusui. Aku juga cuba mempraktikkannya. Antara yang dapat aku catatkan di sini ialah:

1. Sebelum memberikan air susu ibu, hendaknya terlebih dahulu membaca bismillah, dan diberikan susu pada sebelah kanan;

Ini bagi aku wajib dilakukan sebab apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan perlulah dimulai dengan Bismillah. Lebih afdhal kalau kita dahulukan yang sebelah kanan. Tapi mak aku pesan, kalau menyusukan baby perlulah bagi kedua-dua belah, jangan asyik sebelah jek..nanti yang sebelah tu merajuk tak nak kuar susu. Secara logiknya, penyusuan kedua-dua belah payudara ni akan menggalakkan pengeluaran susu.


2. Hendaknya anak tidak dibiarkan berbaring pada satu sisi sahaja kerana dikhuatiri dapat meyebabkan kepalanya rata pada satu sisi

Yang ini, aku no komen la..sebab anak aku menyusu macam-macam style yang dia buat…tapi mungkin kita kena ambilkira jugak..


3. Kalau boleh janganlah menyusukan anak sambil berbaring supaya tidak masuk air susu ke telinganya.

Kalau bab ni, semua orang kat rumah pesan kat aku, kalau menyusukan anak, jangan sampai air susu masuk ke telinga. Abah mertua aku kata nanti telinganya “torek”…korang tau ke apa makna torek tu…ala kiranya macam telinga berair la tu..



4. Ibu seharusnya menjaga kebersihan tubuh serta pakaian

Kalau badan mak tak bersih…kadang-kadang dengan asbab bau tu anak boleh muntah susu. Lagipun kebersihan tu penting. Sebab pernah ditanya mengapa Imam Syafie menjadi seorang ulama yang bijak pandai, dan beliau berkata bahawa ibunya tidak pernah menyusuinya tanpa berwudhu’ terlebih dahulu. Ini adalah tips untuk mendapatkan anak yang bijak dan pandai..aku cuba praktikkannya selengkap yang mungkin sebab aku rasakan bila kita berada di dalam keadaan suci maka susu kita pun akan menjadi makan yang terbaik buat baby.


5. Jangan menyusukan anak terlalu cepat atau terlalu lambat

Selalunya kita akan panik bila anak menangis nak haus dan kita cepat-cepat menyusukan agar anak berhenti menangis. Tapi kalau boleh kita dinasihatkan agar tidak terlalu cepat menyusukan anak, kerana takut anak akan gemuk. Hendaklah bermain-main dengannya terlebih dahulu….pada aku cara ni bagus untuk kita memupuk sifat sabar pada diri anak. Tapi jangan pula kita terlalu melambat-lambatkan untuk menyusukannya.


6. Ibu disarankan agar jangan menyusui bayi ketika rambut basah kerana bayi mungkin akan dapat selsema

Fakta yang ni aku tak tau la kebenarannya…tapi setakat ni anak aku belum lagi selsema. Tapi, mak aku pesan jugak benda ni…


7. Ibu perlulah mendapatkan diet yang seimbang

Ibu yang menyusukan memang disarankan untuk mengambil diet yang seimbang.. Ini adalah untuk generate air susu. Kalau kurang makan, tentulah susu yang terhasil jugak sikit..tapi memang betul, kalau aku makan nasi dan sayur banyak-banyak sampai bengkak susulah aku…sakit plak tu..so ambillah makanan yang baik dari sember yang baik untuk membentuk darah daging anak kita.


Begitulah saja yang dapat aku tuliskan daripada pembacaan aku. Mungkin ada lagi yang tertinggal, aku akan cuba tambahkan dari semasa ke semasa.

Wassalam


Tiada ulasan: