Sebenarnya, azam aku ni dah lama. Azam aku sejak aku dibangku sekolah lagi...azam yang lain dah tercapai...cuma azam yang ini jek satu lom lagi...Azam aku ialah nak mengurangkan berat badan. Sekarang ni dalam prosesnya setelah aku bersalin anak pertama....masa sebelum aku kahwin, berat yang pernah aku capai ialah 60kg....itu setelah berhempas pulas selama beberapa tahun. Aku mula serius berdiet sejak habis aku amik master. Lepas aku belajar berat aku yang paling berat adalah 120kg...Cuba korang bayangkan betapa payahnya aku nak capai berat 60kg.
Setelah berkahwin berat aku mula naik ke 70kg dan last kali sebelum bersalin, my weight reach to 110kg's. Masa tu aku dah mula murung..selepas bersalin berat aku 102kg dan lepas habis berpantang berat aku 95kg....sekarang......
Jeng..Jeng..Jeng...setelah aku minum HERBALIFE..aku takut nak timbang berat aku..bukan apa..takut kecewa..so aku akan updatekan berat aku setiap bulan..aku baru jek mula secara seriusnya 1hb Feb yang lalu...tapi yang aku noticed seluar aku semua dah longgar..baju aku semua dah antar tailor nak kecikkan..maklumlah aku tak nak beli baju baru lagi selagi berat impian aku belum tercapai...aku target 70kg dulu..pastu baru 55kg...memang nak kena bersemangat waja..tapi aku akan cuba sedaya upaya...
Kenapa aku concious sangat bab kegemukan?
Sebab memang sejak azali aku ni gemuk...bukan tak bersyukur dengan anugerah Allah, cuma aku nak lebih berkeyakinan and onething yang lebih penting, aku nak hilangkan sakit lutut dan semput aku..tu jek...Memang aku noticed bila berat berkurangan rasa sakit lutut, tumit, semput aku dah takde....kalau tidak...masyaAllah..nak solat pun sakit....jadi aku perlu berubah untuk kesihatan aku..dan aku rasa HERBALIFE ni buat aku sihat walaupun tengah berdiet gila-gila. Satu benda yang perlu korang tau sebelum berdiet...perlu clear apa matlamat anda agar tidak kecundang.....
Aku sebenarnya dah lali dengan diet ni...dari dulu lagi....apa jek produk yang aku tak pernah cuba..termasuk yang "min-min" pun aku pernah makan..dahsyat penangan nak kurus ni...tapi kali ni aku memang nak buat betul-betul pasal panas telinga bila orang sekeliling dok perli..termasuk hubby...
And Last but not least,
Dalam blog ni aku bukan saja nak berkongsi cara aku berdiet...aku juga akan menulis bab parenting yang aku rasa perlu dikongsikan bersama....Maklumlah, menjadi ibu-bapa di zaman sekarang sungguh mencabar mental dan fizikal sehinggakan ada ibu bapa yang surrender dengan perangai anak-anak....aku akan cuba kongsikan daripada pengalaman dan pembacaan aku tentang institusi kekeluargaan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan