Bagi aku, tanpa ABAH, hidup aku tak bisa sempurna..ABAH la segala-galanya bagi aku selepas mak meninggal dunia..tapi aku masih punya mak tiri yang setanding dengan arwah mak aku cuma bezanya mak tiri aku tak melahirkan aku...Pengorbanan abah cukup besar dan aku takkan tega mengguris hatinya....Walaupun kadangkala pendapat ABAH seringkali bercanggah dengan kami adik beradik...aku tetap berterima kasih atas didikan ABAH yang menjadikan aku seorang yang berguna...pada hakikatnya ABAH aku memang garang...tapi dengan ketegasan itu lah yang menyebabkan aku berjaya (setakat ini)...
ABAH pernah menangis dengan perangai anak-anak..tapi aku tak sanggup nak tengok kalau dia menangis..hati aku macam diracik-racik dengan pisau...abah jugak pernah menangis bile untung dari jualan cendolnya cuma RM3 saja semata-mata untuk mencari duit lebih masa aku belajar di U...walaupun dia ada pencen yang cukup untuk tampung perbelanjaan kami sekeluarga...Saat ini aku terlalu rindukan ABAH.....
Aku mengharapkan agar semua orang macam aku...kasih sayang aku pada abah dan mak sama rata...sebab banyak dah yang aku tengok ramai abah-abah seperti tidak dipedulikan di rumah sendiri (yang ni aku tak boleh terima langsung)...yang pastinya aku akan didik anak-anak aku sama macam abah didik aku...penuh kasih sayang, ketegasan dan keseimbangan....Sampai aku dah kawin ni pun aku tetap cium pipi dan dahi abah...Aku berdoa pada ALLAH S.W.T agar memberikan abah nikmat kesihatan yang berterusan (kerana saat ini ada mengidap sakit lutut yang menyukarkannya untuk berjalan) dan memakbulkan hasrat abah untuk ke tanah suci....AMIN...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan