Sabtu, 28 Februari 2009

Pelupa

Sejak dua menjak ni aku selalu sangat lupa..banyak benda yang aku nak bawak ke ofis tertinggal..aku ingatkan nak transfer gambar yang aku ambik pagi tadi...tup..tup..masa dalam tren tadi baru aku teringat yang aku tak bawa wayer usb..macam mana la aku nak transfer..budak2 ofis ni lak takde yang tinggalkan card reader diorang...ermmm...tak dapat la aku nak tempek gambar masa aku timbang berat tadi....takpela..hari isnin nanti...

Agaknya aku banyak makan semut kot..kat umah aku tu...kat bekas air suam pun ada semut..pelik...pelik....kenapa semut zaman sekarang macam tu..masa aku kecik-kecik dulu...kalau kat bekas air suam mana dia nak lalu..mungkin semut-semut jaman ni dah pandai jaga kesihatan macam kita gak ..takut kena kencing manis tahap 3...ekkekek..pandai-pandai jek aku buat assumption....ataupun mungkin sebab wayer kat otak aku ni banyak dah putus..ataupun aku ni dah tua dari usia..ataupun banyak dosa...semua yang terjadi kita perlu tengok balik apa penyebab dan hikmahnya..mungkin Allah nak tunjukkan yang aku ni banyak sangat ingatkan perkara-perkara duniawi dan terlalu sedikit untuk ukhrawi...so ingatlah...ajal tidak terlepas walau sesaat pun jika ia telah ditentukan...

Jadi banyak-banyak lah kita berzikir..membasahi lidah kita..kerana perbuatan ini adalah yang paling disukai oleh Allah...sebab dengan berzikir kita banyak mengingati Allah dan menghapuskan dosa-dosa kecil...aku akan cuba mempertingkatkan ilmu dan amalan untuk bekalan akhirat..bukan saja untuk aku sorang tapi untuk suami dan juga anak-anak serta keluarga...


"Hidup ini bagai lampu dinding, yang dinyalakan dimalam hari, apabila minyak sudah kering, terpadamlah ia dengan sendiri......"

Measure

Hari ni genap sebulan aku minum herbalife. Tapi dengan penuh taat setianya 3 minggu jek..pasal hari lain bukan tak taat tapi bz menjaga orang sakit (hubby aku kena chikungunya) last 2 weeks.....ececececehhhhh..alasan...apa taknya, seminggu dok makan ketam pasal orang yang sakit malas nak kopek ketam. Jadi tukang hidang makan ni tolong kopekkan isi ketam sambil perabih makanan orang sakit...dengan aku-aku sekali yang makan...

Dugaan bila hubby aku kena chikungunya
memang hebat...aku ni tak pandai drive..jadi mmg masalah..aku kena bawak dia gi klinik naik motor..hangpa bayangkanlah..kasih seorang isteri, sanggup redah apa jek...dengan baby lagi...nak jaga nyamuk supaya tak gigit depa...emmm...sekarang dah sihat sibuk lak memancing tinggalkan aku ngan baby..isk..isk...kejam betul....:)

Melalut lak aku ni..so pagi-pagi lagi aku dah bangun dan menimbangkan diriku ini...masa 1 feb lepas aku timbang 91.7 dan hari ni 28 feb berat aku 89.6 kg turun 2.1kg..kecewa gak aku..pasal sikit sangat..tapi aku kuatkan jugak semangat dan pujuk diri aku..jangan putus asa..pastu aku amik plak tali tape...dok ukur-ukur badan aku so ni result dia berbanding 1 hb....banyak gak perubaha
n..banyak dah baju yang boleh pakai...

measure pd 1/2/09
bahu - 15 1/2 in
pinggang - 35 in
punggung - 48 in


measure pd 28/2/09
bahu - 15 in
pinggang - 33 in
punggung - 46 in


banyak gak aku loose on inch...jadinya aku ni banyak turun inci dari kilo...ini yang buat aku lagi gembira...Semalam aku dok pakai baju kurung moden yang lama aku simpan, eee..eehhh...dah muat..tapi sendat sikit la..hubby aku dok gelak gile2..dia habaq kalau la aku boleh pakai baju tu masa birthday dia nanti, dia nak bagi hadiah baju kat aku...(oooo
...mencabar ye!!!)....so aku setuju..ada sebulan setengah lagi yang aku ada untuk menyahut cabaran dia...aku akan buktikan kat dia aku boleh....

Pagi tadi dia gatal dok ajak aku makan tosei..tapi aku terima jugak la...bukan pasal tak tahan godaan..tapi dah lama betul aku tak sarapan sekali ngan dia...so bagi chance la..so tengahari dan petang ni aku minum shake aje la...doakan aku berjaya ye....


(Ni gambarnya yang aku update ari tu)

Khamis, 26 Februari 2009

Selamat Hari Lahir Along


Selamat hari lahir buat abangku..BALONG...aku harap agar dia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak...dan satu lagi yang aku harapkan pada Balong..yang dok marah-marah selalu nanti cepat tua..Balong ni sebenarnya seorang yang penyayang tapi dia susah nak tunjukkan..Dia selalu bagi Angah duit...maklumlah Angah suri rumah sepenuh masa.

Tahun ini umur balong genap 35 tahun..dah tua dia rupanya...hikhikhik...kalau dia dah tua..aku pun menyusul tua la..apa yang aku harapkan kami sekeluarga bahagia sentiasa...Amin..

Tips Of The Day


Kecantikan adalah milik setiap insan. Terpulanglah pada kita bagaimana untuk menjaga dan memeliharanya. Bagi setiap wanita, kecantikan menjadi satu kemestian untuk dibincangkan lebih-lebih lagi yang telah bergelar isteri dan ibu. Segala-galanya perlu dijaga dengan sempurna baik dari segi luaran mahupun dalaman. Kalau yang baru lepas bersalin, macam-macam part yang nak direpair....

So, tips yang aku dapat daripada sumber bacaan iaitu untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran bagi wanita demi untuk kebahagiaan rumah tangga. Selepas Isyak, ambil segelas air dan bacakan Ummul Kitab sekali, Ayat Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah (Ayat 35-38) sebanyak 7 kali dan tiupkan ke air tersebut. Semasa minum, niatkan di dalam hati untuk kecantikan diri kita dan juga untuk kebahagiaan rumah tangga.

Aku pun tak terlepas daripada mengamalkannya....tapi kadang-kadang tu tak sempat nak buat sebab dah tertidur dengan baby sekali...so, bagi korang yang nak amalkan bolehlah amalkan. InsyaAllah, berhasil...bagi anak-anak dara pun boleh amalkan untuk persediaan menghadapi alam rumah tangga. Sama-samalah kita ambil panduan yang baik untuk membina keluarga bahagia :)


Hari makan-makan



Actually ingatkan ari ni nak berdetox sambung semalam..tapi tak larat la plak sebab teringat tom yam kung kat Carrefour Wangsa Maju....Fuhhhh...lega perut ni dapat diisi..iyalah nak dekat a week jugak tak makan apa-apa so, ajaklah member2 gi makan kat sana...Alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi...

Sempat pergi F.O.S beli t-shirt, saje nak buat basahan (basan kata orang kampung aku) kat umah. Murah la jugak harga dia. Sekarang tengah SALE plak tu..takleh nak survey lama-lama..rembat saja la labu coz dah tak sempat...aku beli warna pink..(isk...isk...ayunya).

Ada tips yang aku nak bagi sat gi...TUNGGGUUUUU!!!!!!!!

Rabu, 25 Februari 2009

Adab Menyusukan Anak

“Pahala bagi ibu yang menyusukan anaknya ialah seakan-akan menghidupkan orang, Sabda Rasullah s.a.w”

Sekarang ini aku masih tercari-cari cara terbaik untuk penyusuan eksklusif. Manakan tidak, susu badan aku memang sedikit sejak aku melahirkannya. Ditambah pula dengan aku yang bekerja, menyukarkan aku untuk menyusukannya. Nak pam susu pun payah jugak, sebab kat ofis aku ni takde tempat yang terserok untuk aku pam susu. Masa awal-awal dulu, aku selalu jugak mengepam susu pada waktu rehat, tapi disebabkan waktu itu juga ada yang nak gunakan pantry untuk makan tengahari dan bersembahyang, jadi bile ada yang mengetuk pintu, proses pengepaman terbantut dan kadang-kadang sampai aku hilang mood.bila aku tak dapat lagi nak mengepam susu, jadi susu badan aku ni cukup untuk waktu malam sahaja buat Jannah. Aku kagum bile terbaca seorang doctor yang dapat mengumpulkan susu badannya sebanyak 260 botol dalam masa 3 bulan…Masyaallah, alangkah beruntungnya anaknya…aku pula yang rasa bersalah kerna tidak dapat menyusukan jannah sepenuhnya. Tapi, aku juga berusaha untuk menyusukannya sehingga umurnya mencecah satu tahun 10 bulan.

Berdasarkan pembacaan aku, terdapat beberapa adab serta saranan semasa menyusui. Aku juga cuba mempraktikkannya. Antara yang dapat aku catatkan di sini ialah:

1. Sebelum memberikan air susu ibu, hendaknya terlebih dahulu membaca bismillah, dan diberikan susu pada sebelah kanan;

Ini bagi aku wajib dilakukan sebab apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan perlulah dimulai dengan Bismillah. Lebih afdhal kalau kita dahulukan yang sebelah kanan. Tapi mak aku pesan, kalau menyusukan baby perlulah bagi kedua-dua belah, jangan asyik sebelah jek..nanti yang sebelah tu merajuk tak nak kuar susu. Secara logiknya, penyusuan kedua-dua belah payudara ni akan menggalakkan pengeluaran susu.


2. Hendaknya anak tidak dibiarkan berbaring pada satu sisi sahaja kerana dikhuatiri dapat meyebabkan kepalanya rata pada satu sisi

Yang ini, aku no komen la..sebab anak aku menyusu macam-macam style yang dia buat…tapi mungkin kita kena ambilkira jugak..


3. Kalau boleh janganlah menyusukan anak sambil berbaring supaya tidak masuk air susu ke telinganya.

Kalau bab ni, semua orang kat rumah pesan kat aku, kalau menyusukan anak, jangan sampai air susu masuk ke telinga. Abah mertua aku kata nanti telinganya “torek”…korang tau ke apa makna torek tu…ala kiranya macam telinga berair la tu..



4. Ibu seharusnya menjaga kebersihan tubuh serta pakaian

Kalau badan mak tak bersih…kadang-kadang dengan asbab bau tu anak boleh muntah susu. Lagipun kebersihan tu penting. Sebab pernah ditanya mengapa Imam Syafie menjadi seorang ulama yang bijak pandai, dan beliau berkata bahawa ibunya tidak pernah menyusuinya tanpa berwudhu’ terlebih dahulu. Ini adalah tips untuk mendapatkan anak yang bijak dan pandai..aku cuba praktikkannya selengkap yang mungkin sebab aku rasakan bila kita berada di dalam keadaan suci maka susu kita pun akan menjadi makan yang terbaik buat baby.


5. Jangan menyusukan anak terlalu cepat atau terlalu lambat

Selalunya kita akan panik bila anak menangis nak haus dan kita cepat-cepat menyusukan agar anak berhenti menangis. Tapi kalau boleh kita dinasihatkan agar tidak terlalu cepat menyusukan anak, kerana takut anak akan gemuk. Hendaklah bermain-main dengannya terlebih dahulu….pada aku cara ni bagus untuk kita memupuk sifat sabar pada diri anak. Tapi jangan pula kita terlalu melambat-lambatkan untuk menyusukannya.


6. Ibu disarankan agar jangan menyusui bayi ketika rambut basah kerana bayi mungkin akan dapat selsema

Fakta yang ni aku tak tau la kebenarannya…tapi setakat ni anak aku belum lagi selsema. Tapi, mak aku pesan jugak benda ni…


7. Ibu perlulah mendapatkan diet yang seimbang

Ibu yang menyusukan memang disarankan untuk mengambil diet yang seimbang.. Ini adalah untuk generate air susu. Kalau kurang makan, tentulah susu yang terhasil jugak sikit..tapi memang betul, kalau aku makan nasi dan sayur banyak-banyak sampai bengkak susulah aku…sakit plak tu..so ambillah makanan yang baik dari sember yang baik untuk membentuk darah daging anak kita.


Begitulah saja yang dapat aku tuliskan daripada pembacaan aku. Mungkin ada lagi yang tertinggal, aku akan cuba tambahkan dari semasa ke semasa.

Wassalam