Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Khamis, 18 Februari 2010

Esok saya cuti....!!!!!

Salam....

Best kan bunyinyer...tapi yang tak bestnyer esok saya kena buat test air gula kat klinik Tangling...huhuhu...inilah nasib mak buyung yang lebih berat badan..bukan kata dah jadi mak buyung baru obes..sebelum membuyung memang dah obes pun...lom sempat nak capai target, dah membuyung...huhuhu....nak buat macam mana dah rezeki...


Ni nak cerita bab yang best,,apa lagi bab masak-masak la..bukan bab makan2 hokeyyy... sebab saya tak makan sangat apa yang saya masak...saya rasa biasa2 jek..tapi kalau orang lain masak..laju jek masuk mulut..kalau orang puji saya masak sedap pun..saya tetap hanya menjamah saje...ari tu kan ada janji nak buat kek Choco Mousse Brownies...saya telah berjaya membuatnya...dengan bangganya bawak balik kg then tayang kat kak Ngah dan mak...hehehehe...biasalah orang baru nak belajar buat kek pelik2 sikit..mesti lah hati berbunga2 bile dah jadi...thanks untuk penyumbang resepi iaitu kak yani dari MYR..tabik sprriinnngggg!!!!


Malam tu kami anak beranak kendurikan kek tu..hahaha..malam tu, saya yang dah lama mengidam nasi ayam kat Muo tu belanjalah depa semua makan nasi ayam..saya beli 10 bungkus semuanya..dan habis langsai..mak yung boleh makan habis sebungkus yang banyak tu..cayalah...En papa macam tak percaya jek saya makan begitu banyak...so dah terubat mengidam saya tu...


Dan malam tadi saya teringin pulak nak makan vade..ala kuih yang buat dari kacang dhal tu...buat kuih sambil dibantu oleh si tecit..rajin betul dia tolong kat dapur..tolong amikkan besen, amikkan bawang...dah boleh disuruh si kakak ni...sejuk perut mama mengandung..bukan berbakat memasak lagi, berbakat mengemas, menyepah..semua bagi kat dia...hahahaha...


Dan hujung minggu ni banyak gak projek memasak..tapi yang lebih penting kena kemaskan rumah baru untuk masukkan barang2..walaupun lom boleh pindah..tapi kami nak kemas sikit2...nanti bila dah ada elektrik ngan air, terus jek terjah n tak payah kemas2 lagi...

Berjumpa lagi minggu depan...insyaAllah....daaaa...

Isnin, 18 Januari 2010

Bermain Bersama Anak..Pentingkah???



Saya terpanggil untuk memanjangkan entry yang di buat oleh kawan saya "SitiSifir10" yang saya kenal sekian lama di alam blog..saya suka membaca entry2nya yang sangat santai dan juga bernas..saya juga telah mendapatkan buku hasil tulisannya...semuanya memberikan manfaat buat saya yang baru setahun jagung di alam rumah tangga dan alam kekeluargaan. Tajuk entrynya "Pentingnya Bermain Bersama Anak"mengusik jiwa keibuan saya...secara terus terang saya katakan yang saya agak kurang bermain dengan Jannah...memang masa yang saya luangkan untuk dia seperti ibu2 lain yang bekerja, tetapi saya tak pernah terfikir menggunakannya sebaik mungkin selain daripada memastikan dia cukup makan, cukup pakai, cukup tido dan cukup alat mainannya...ibu apakah saya???

Melihat kepentingan bermain dengan anak, membuatkan saya segera membuat jadual waktu baru supaya saya mengisi sedikit masa untuk bermain dengan si kecil saya..saya sebenarnya agak kurang berminat untuk bermain dengan si kecil saya secara serius sebab dari mata kasar saya menilai yang Jannah tidak berminat untuk tumpukan perhatian untuk bermain bersama-sama..paling saya tahan bermain masak-masak dengannya adalah 15 minit..selebihnya saya akan biarkan dia bermain seorang diri...tetapi saya tidak pernah terfikir mungkin dia bosan dengan cara saya bermain dengannya atau dia memerlukan sesuatu yang baru untuk dipelajari dan menarik minatnya..

Melihatkan kesungguhan en papa bermain dengan Jannah, saya terasa ruginya saya sebagai ibu dan saya juga rasa tercabar...en papa boleh melayan Jannah dengan penuh kesabaran dan saya tidak...sambil dia bermain, Papa mengajar bagaimana untuk memasukkan objek ke dalam rumah mainan yang terdapat banyak bentuk yang boleh menstimulasikan mindanya...dan saya tersentuh apabila membaca entry Siti yang berbunyi,


"Dengan bermain dengan mereka juga, mereka akan rasa gembira kerana disayangi. Bagi mereka, jika kita menggembirakan mereka, mereka akan rasa kita menyayangi mereka. Bila mereka menyayangi, mereka juga akan menghargai kita. Semakin kerap kita mengecewakan mereka, semakin jauhlah kita dengan mereka. Sehingga akhirnya, kita tiada di dalam memori mereka."

Saya cukup takut sekiranya saya tiada di dalam memori anak-anak saya...dan saya berazam untuk menggembirakan mereka dengan bermain bersama2..walaupun adakalanya saya lebih suka mengajarnya berzikir atau mengalunkan lagu kanak2..tapi ada cara lain yang boleh membuatkannya gembira iaitu bermain dengannya bersama2..saya tidak mahu mereka berasa bosan dengan saya..maka ini adalah azam baru saya untuk menjadi ibu yang baik kepada jannah dan juga anak2 saya yang akan datang...

"Dunia anak adalah dunia permainan. Dengan bermain dan berhubung dengan mereka secara tidak langsung kita juga mendidiknya. Justeru itu Rasulullah s.a.w menekankan pentingnya bermain bersama anak. Sabda baginda yang bermaksud: ”Siapa yang mengembirakan hati anaknya, maka ia bagaikan memerdekakan hambanya. Siapa yang bergurau untuk menyenangkan hatinya, maka ia bagaikan menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.”

~dipetik dari : ummatanwasatan.net~





Khamis, 24 Disember 2009

Esok..hari yang indah,,,,

gambar : asmawati.com


bukan kerana krismas tau!!!
tapi sebab saya nak balik kg..
teramat rindu dengan mak n abah...
nak baring2 n golek2 kat riba mak....
nak gak golek2 kacau abah tido...
macam aku ni anak dara lagi gamaknya buat camtu...
padahal saya dah jadi mak orang...
tapi mak ngan abah tetap layan saya sama sahaja...
takde beza dari sebelum kawin sampai la dah kawin...
masa pantang pun saya masih tido ngan mak dan abah....
bile Jannah menangis, depa pun sama gak bangun...
tinggal masa en papa ada jek takleh nak tido ngan depa...
saya suke tido kat sebelah mak...
suke tengok dia berdengkor ala-ala ikan paus..pus...pussss....
hikhikhik....pastu main tarik2 bantal dia....
bile dia terperanjat,kusut masai rambut dia...
tapi tu dulu....sekarang jarang dapat tido menyelit bawah ketiak mak lagi...

Malam ni macam-macam saya nak buat...
pagi tadi saya dah siapkan karipap pusing frozen...sesambil wat jual...
sambil2 jugak wat buah tangan kat kg....
malam ni saya nak buat murtabak singapore....(frozen jugak)...
dan yang terakhir saya nak buat kek marble kesukaan mak...
mak kalau dapat makan kek ni..saya pun dia tak pandang....
sebenarnya banyak lagi yang saya nak buat...
tapi, nanti orang kata saya macam nak pegi berperang plak..
padahal nak balik kg jek...

Saya tak sabar nak balik..
nak makan masakan mak....
saya rindu masakan mak saya..
dan sebagai balasan, saya dah mintak dia buatkan sambal sotong kering...
dan adalah saya amat teringin...
nak makan bihun atau mee goreng mak....
alahai sedapnya..walaupun takde letak banyak rencah pun...
dan saya teringin nak makan nasik minyak...
so nasib baik saya balik time orang sibuk kawin...
bulan ni kan bulan mengawan...ekekekekek...
saya nak ikut mak saya pergi "panggil"
saya nak makan puas2..sebab saya mengidam nak makan nasi minyak...
jadi sesiapa yang kawin esok atau lusa kat area muo...
tolonglah jemput saya sekali...
area lain takpelah..sebab saya teringin nasik minyak kat muo jek..
kat tempat lain, maaflah, tak kena ngan selera mak buyung nih....
saya akan serang rumah2 yang ada keje kawin (yang jemput la)
haram pegi yang tak jemput...huhuhuhu..

Esok pagi saya nak bertolak awal...
en papa dah janji nak gerak lepas subuh...
kalau dia mungkir janji esok...
tahulah macam mana gayanya saya mogok...(ugutan nihhhh)...

Selamat Bercuti Semua.....


Isnin, 7 Disember 2009

Hari Yang Bahagia...


Ermm...

Memang seronok...jumaat lepas kita pergi makan kat kedai tom yam pak hassan...(KOG sila jeles hokeyy)...sedapnya makan-makan kat situ..dan di situlah tempat dating saya dan En Papa masa lepas bertunang dulu...Sebab sebelum jumpa kedai pak hassan ni kitorang memang suke makan tom yam kat Rosdet, Kg Baru...lepas dapat email yang katanya paste tom yam jenama Pranom adalah haram dimakan, maka sejak itu kami cari tom yam putih saje...so pilihan yang tepat adalah di Tom Yam Pak Hassan..Jangan terkejut tau kalau saya bagitau, ikan kerapu masak pedas saiz L (sekilo lebih kot), nasi putih 2, tomyam, kailan ikan masin, laici kang, jus tembikai adalah RM31...berbaloi memang berbaloi...




Dan, hari semalam merupakan hari lahir saya...buat pertama kalinya kita sambut anak beranak..tak meriah mana pun.tapi best la jugak bile En Papa belanja makan kan Secret Recipes (KLSOGO)...best tau makan expresso cheese cake, chocolate indulgence cake, iced chocolate with cream, banana chocolate shake n grilled black pepper chicken...memang puas hati sangat makan malam tadi...sampai hilang loya-laya saya...hehehehe.....

Rabu ni pula, ulang tahun perkahwinan kami yang kedua..sekejap jek rasanyer....dan saya mengharapkan rumah tangga saya senantiasa bahagia dan mempunyai anak yang soleh. Dalam kehidupan ini saya mengharapkan kebahagiaan di dunia dan akhirat...Amin....




Khamis, 12 November 2009

Di saat ini...


Setelah beberapa hari kebelakangan ni...dan setelah mendapat keputusan dari SPA yang menyatakan saya gagal dalam temuduga..maka tiba-tiba terlintas rasa di hati untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Bukanlah saya bermaksud saya sudah bosan bekerja makan gaji..tapi saya rasakan, saya takkan ke mana-mana kalau masih bekerja di sini...walaupun ia sangat membantu kewangan saya..tapi tidak membantu dalam kepuasan bekerja saya...saya sedar profession perancang bandar adalah sangat tidak bernasib baik berbanding dengan profession lain buat masa ini, tapi saya redha...ini yang saya pilih...dan dengan keadaan sekarang yang tidak menentu...(adakah ini ujian buat saya??)

Dalam pada itu saya juga berfikir, jika sekiranya saya berhenti kerja, bagaimana dengan kewangan keluarga saya...memang terfikir untuk berniaga sahaja dari rumah..macam-macam strategi yang ada dalam kotak fikiran saya. Tapi, berjayakah saya melakukannya? Persoalan itu yang sering mematahkan setiap idea bernas saya itu...tapi, kata orang belum cuba belum tahu...seperti juga yang pernah saya terbaca hasil nukilan HM Tuah dalam bukunya Nak Tak Nak....dan sekarang ini saya perlukan kekuatan..kekuatan dari segi mental dan fizikal...keinginan saya ini tidaklah saya realitikan secara drastik. Mungkin mulai dari sekarang saya perlu memikirkan strategi, kos lepas, home school, peluang dan macam-macam lagi...selain daripada memerlukan persetujuan daripada suami saya, saya juga perlukan keizinan dari kedua orang tua saya..adakah mereka redha dengan tindakan saya yang memilikki segulung sarjana hanya sekadar duduk di rumah sahaja..dan saya amat faham dan mengerti keinginan kedua ibu bapa saya..bukan wang ringgit yang mereka nanti-nantikan, cuma mahu melihat anaknya berjaya dalam hidup itu sahaja.

Setelah saya membaca artikel "Mengapa yahudi bijak"(sumber dari HPA) - terasa kelemahan kita sebagai umat islam. Mereka mempraktikkan amalan kehidupan islam dan sunnah Rasullah SAW sebagai asas pembentukkan umat yahudi yang amat bijak(bukan saya mahu mengagungkan kelebihan mereka cuma terkilan dengan kebodohan kita), dan dari sini, saya fikirkan jika saya berjaya mendidik anak saya dengan cara didikan Rasullah SAW...inilah kejayaan hakiki dalam hidup saya...tidak perlu saya bekerja sebagai penjawat awam atau pekerja di firma swasta untuk mencapai kesenangan dan kejayaan dalam hidup ...kekecewaan saya kerana gagal menempatkan diri terubat seketika..dan ini cita-cita saya untuk menjadi seorang suri rumah yang berjaya dalam kerjayanya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa...dan mungkin ada yang berfikir saya sudah putus asa, tapi tidak bagi saya dan saya mempunya alasan tersendiri...saya cuba mencari cabang lain yang terbaik buat diri saya dan keluarga. Kesedihan saya setiap pagi adalah meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain...walaupun nampak wajah saya tersenyum sambil melambaikan tangan tanda selamat tinggal ke arah anak saya dan pengasuh, tetapi hati saya luluh melihatkan wajah anak saya yang menggambarkan seribu kehampaan terhadap ibunya...ketika artikel ini ditulis, saya menitiskan air mata kekesalan........

Dan sehingga saat ini, saya masih memikirkan adakah ini permulaan bagi saya?? Mungkin ya dan mungkin tidak. Dan jika ya, saya adalah orang yang paling gembira dalam hidup...




Jumaat, 23 Oktober 2009

Hasil Baking Semalam.....



Inilah hasilnyernye..projek malam tadi..tapi deconyer pagi tadi...thanks papa, tolong mama belikan bahan2 buat kek....

Tetapikan ada cerita disebalik semua nih...papa, makin hari
makin pandai membeli bahan kek kat kedai Yen, PJ....kek ni siap semuanyer atas pertolongan papa...malam tadi mama bz memarut carrot, papa dengan rela hati ambik tempat mama tidokan Jannah, kemas tempat tido, tunggu mama habis buat kek...pagi tadi papa bangun awal..tak pernah2 dia bangun awal semata2 nak tolong mama men'deco' kek...pastu bangunkan jannah n kemas bilik..ye la bini bz jerk..anyway thanks to papa..semakin lama papa makin memahami kerjaya merapu mama nih...dan yang lebih menggembirakan papa dah banyak berubah (daripada banyak bergantung kepada mama)....kepada yang lebih baik...i luv u la papa....thanks a lot..again and again....



Kek ini adalah untuk anak nieza (kali kedua..yang pertama tu tak sampai hati ku nak tengok)...sori la nieza kalau kek ni deconyer kurang menarik...maklumler, dapur kita kecik pastu berkongsi lak..hehehe..faham2 jek ye...kek carrot tu plak khas untuk En Fathil yang menjadi pelanggan tetap kek mama ni..harga spesial punyer...minggu depan pun ada acara baking lagi..kali ni untuk anakandaku yang tersayang..Nur Hijanah Fitri...ye la nak masuk setahun sudah,...mama doakan agar anak mama menjadi seorang anak yang solehah, bijaksana dan taat kepada perintah Allah n mama&papa..

Kita tunggu n lihat macam mana plak rupe kek bestday Jannah lak....


tunggu....


.
.
.


Khamis, 26 Februari 2009

Selamat Hari Lahir Along


Selamat hari lahir buat abangku..BALONG...aku harap agar dia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak...dan satu lagi yang aku harapkan pada Balong..yang dok marah-marah selalu nanti cepat tua..Balong ni sebenarnya seorang yang penyayang tapi dia susah nak tunjukkan..Dia selalu bagi Angah duit...maklumlah Angah suri rumah sepenuh masa.

Tahun ini umur balong genap 35 tahun..dah tua dia rupanya...hikhikhik...kalau dia dah tua..aku pun menyusul tua la..apa yang aku harapkan kami sekeluarga bahagia sentiasa...Amin..

Rabu, 25 Februari 2009

Nur Hijanah Fitri Herman


Inilah gambar puteri sulung saya...nama manjanya Jannah..kalau ikutkan anak kita ni kena panggil nama penuhnya..tapi kalau nama singkatannya bermakna, boleh kan....???..gambar ni masa umurnya baru nak masuk 3 bulan...sekarang dia dah botak dan tak ambil lagi gambarnya.

28 March ni genap umurnya 4 bulan...bulan ni dia takyah la gi cucuk..tapi anak aku ni kalau cucuk sekalipun takkan menangis...kebal kata papanya...Anak mama ni memang tak banyak ragam, baik belaka perangainye..dia akan menangis bila lapar or buang air jek...Aku berazam akan mendidiknya sebaik mungkin...aku ada jugak merujuk beberapa buah buku yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak menurut sunnah Rasulullah s.a.w. Banyak juga perkara yang kalau kita terlepas pandang akan membawa kepada kerosakan ahlak anak-anak. Aku akan kongsikan sedikit demi sedikit tentang pendidikan anak-anak menurut sunnah nabi Muhammad s.a.w.

Selasa, 24 Februari 2009

Kasih Seorang "ABAH".....



Hari-hari yang aku lalui semenjak aku dewasa...aku rasakan ramai kurang meletakan kasih sayang insan yang bergelar "ABAH" di hati mereka (berdasarkan banyak pengalaman yang aku lalui). Sememangnya jarang-jarang sekali orang membincangkan kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan oleh ABAH...yang banyak aku lihat tertumpu pada "EMAK". Pengorbanan EMAK memanglah tak dinafikan lebih signifikan bagi semua insan...tapi aku juga tak rela pengorbanan ABAH dibelakangi...

Bagi aku, tanpa ABAH, hidup aku tak bisa sempurna..ABAH la segala-galanya bagi aku selepas mak meninggal dunia..tapi aku masih punya mak tiri yang setanding dengan arwah mak aku cuma bezanya mak tiri aku tak melahirkan aku...Pengorbanan abah cukup besar dan aku takkan tega mengguris hatinya....Walaupun kadangkala pendapat
ABAH seringkali bercanggah dengan kami adik beradik...aku tetap berterima kasih atas didikan ABAH yang menjadikan aku seorang yang berguna...pada hakikatnya ABAH aku memang garang...tapi dengan ketegasan itu lah yang menyebabkan aku berjaya (setakat ini)...

ABAH pernah menangis dengan perangai anak-anak..tapi aku tak sanggup nak tengok kalau dia menangis..hati aku macam diracik-racik dengan pisau...abah jugak pernah menangis bile untung dari jualan cendolnya cuma RM3 saja semata-mata untuk mencari duit lebih masa aku belajar di U...walaupun dia ada pencen yang cukup untuk tampung perbelanjaan kami sekeluarga...Saat ini aku terlalu rindukan
ABAH.....

Aku mengharapkan agar semua orang macam aku...kasih sayang aku pada abah dan mak sama rata...sebab banyak dah yang aku tengok ramai abah-abah seperti tidak dipedulikan di rumah sendiri (yang ni aku tak boleh terima langsung)...yang pastinya aku akan didik anak-anak aku sama macam abah didik aku...penuh kasih sayang, ketegasan dan keseimbangan....Sampai aku dah kawin ni pun aku tetap cium pipi dan dahi abah...Aku berdoa pada ALLAH S.W.T agar memberikan abah nikmat kesihatan yang berterusan (kerana saat ini ada mengidap sakit lutut yang menyukarkannya untuk berjalan) dan memakbulkan hasrat abah untuk ke tanah suci....AMIN...