Khamis, 6 Ogos 2009

Cheese Cake....

Salam...

Saje nak update aktiviti cuti mc semalam...dalam sakit2 perut aku ..memang tak pernah nak dok diam..ada jek projek...sebenarnya projeknyer nak wat homemade icecream blueberry jek...tapi dah alang2 ku buat cheese cake sudahnya (mira...jangan marah k..kak dah wat dulu)...

Guna bahan yang sama untuk wat aiskrim n cheese cake ..cuma ada kurangkan n tambah 1-2 bahan saje...gambar aiskrim tak sempat nak tempek pasal lupe da....balik ni sure habis..tapi aku dah rasa malam tadi..memang best...resepinyer dari Kak Ros yang dok kat tokyo tu...

Layan gambar cheese cake aku ni k....



Simple Blueberry Cheese Cake

Filling :
500 g Philidephia Cream Cheese
125 g Gula Castor
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
150g yogurt perisa blueberry

Base:
2 keping biskut Weetabix
5 sudu besar oat
4 sudu besar mentega
1/2 cawan gula castor or gula perang
50g kacang gajus (dicincang)
50g walnut
(dicincang)
120g sos blueberry (filling pie bluberry)

1. Campurkan semua bahan untuk base sehingga sebati dan masukkan kedalam loyang yang telah dialaskan dengan aluminium foil. Tekan2 sehingga bahan padat dan rata
2. bakar base dalam ketuhar selama 15 min pada suhu 180 darjah
3. Pukul cream cheese n gula sehingga kembang. Selepas itu masukkan telur dan tepung jagung dan akhir sekali masuk yogurt.
3. Angkat base dari ketuhar dan masukkan filling ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah dengan kaedah bain marie.
4. Bila dah masak, keluarkan kek dan letakkan sos blueberry dan masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit dan sedia untuk dihidang.

Ada beranniiiii......
.
.
.
Cuba k....
.
.
.




4 ulasan:

MiRa^^ berkata...

jelessssssss!!!!!!

Beattey berkata...

hahahahaha....nanti la akak bikin khas untuk opis k...

Zulaikha berkata...

nie yg wat ika nak terjah sungai penchala ni..haha...

beattey berkata...

terjah..jangan tak terjah...tak kisah la ika setakat nak jamu2 makan ni...cakap jek nk makan pe....