Isnin, 18 Januari 2010

Bermain Bersama Anak..Pentingkah???



Saya terpanggil untuk memanjangkan entry yang di buat oleh kawan saya "SitiSifir10" yang saya kenal sekian lama di alam blog..saya suka membaca entry2nya yang sangat santai dan juga bernas..saya juga telah mendapatkan buku hasil tulisannya...semuanya memberikan manfaat buat saya yang baru setahun jagung di alam rumah tangga dan alam kekeluargaan. Tajuk entrynya "Pentingnya Bermain Bersama Anak"mengusik jiwa keibuan saya...secara terus terang saya katakan yang saya agak kurang bermain dengan Jannah...memang masa yang saya luangkan untuk dia seperti ibu2 lain yang bekerja, tetapi saya tak pernah terfikir menggunakannya sebaik mungkin selain daripada memastikan dia cukup makan, cukup pakai, cukup tido dan cukup alat mainannya...ibu apakah saya???

Melihat kepentingan bermain dengan anak, membuatkan saya segera membuat jadual waktu baru supaya saya mengisi sedikit masa untuk bermain dengan si kecil saya..saya sebenarnya agak kurang berminat untuk bermain dengan si kecil saya secara serius sebab dari mata kasar saya menilai yang Jannah tidak berminat untuk tumpukan perhatian untuk bermain bersama-sama..paling saya tahan bermain masak-masak dengannya adalah 15 minit..selebihnya saya akan biarkan dia bermain seorang diri...tetapi saya tidak pernah terfikir mungkin dia bosan dengan cara saya bermain dengannya atau dia memerlukan sesuatu yang baru untuk dipelajari dan menarik minatnya..

Melihatkan kesungguhan en papa bermain dengan Jannah, saya terasa ruginya saya sebagai ibu dan saya juga rasa tercabar...en papa boleh melayan Jannah dengan penuh kesabaran dan saya tidak...sambil dia bermain, Papa mengajar bagaimana untuk memasukkan objek ke dalam rumah mainan yang terdapat banyak bentuk yang boleh menstimulasikan mindanya...dan saya tersentuh apabila membaca entry Siti yang berbunyi,


"Dengan bermain dengan mereka juga, mereka akan rasa gembira kerana disayangi. Bagi mereka, jika kita menggembirakan mereka, mereka akan rasa kita menyayangi mereka. Bila mereka menyayangi, mereka juga akan menghargai kita. Semakin kerap kita mengecewakan mereka, semakin jauhlah kita dengan mereka. Sehingga akhirnya, kita tiada di dalam memori mereka."

Saya cukup takut sekiranya saya tiada di dalam memori anak-anak saya...dan saya berazam untuk menggembirakan mereka dengan bermain bersama2..walaupun adakalanya saya lebih suka mengajarnya berzikir atau mengalunkan lagu kanak2..tapi ada cara lain yang boleh membuatkannya gembira iaitu bermain dengannya bersama2..saya tidak mahu mereka berasa bosan dengan saya..maka ini adalah azam baru saya untuk menjadi ibu yang baik kepada jannah dan juga anak2 saya yang akan datang...

"Dunia anak adalah dunia permainan. Dengan bermain dan berhubung dengan mereka secara tidak langsung kita juga mendidiknya. Justeru itu Rasulullah s.a.w menekankan pentingnya bermain bersama anak. Sabda baginda yang bermaksud: ”Siapa yang mengembirakan hati anaknya, maka ia bagaikan memerdekakan hambanya. Siapa yang bergurau untuk menyenangkan hatinya, maka ia bagaikan menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.”

~dipetik dari : ummatanwasatan.net~





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul tue...bile bersama anak dlm tiap ruang & masa, kte akan rs dia dekat bersama..ibarat sepasang kekasih...ble selalu bertemu, byk kenangan....ia pasti mengusik jiwa ble 1 hari nanti si kecil manis anak kte berkata "saya sayang ibu...,"..alangkah bermakna jika anak selalu & rindu dgn kte..kan..kan??ewah, mcm org dh kawin lak mia kata..hehe..good luck kak

mummyseri berkata...

ye betol tu baettey..kite pon stuju dengan n3 dr sitisifir tu..bermain bersama anak2 mmg sgt pntg n memberi impak yg besar sekiranya dipandang ringan..i/allah smoga kite menjadi ibu yang terbaik buat anak2 kite..so pasni kena pndai membahagikan masa nak bermnain ngan dorangkan..smoga azam beattey sukses hendaknya ye..

Beattey berkata...

Mia : memang ina, sebenarnya bermain dengan anak juga dapat meningkatkan IQ dan daya pembelajaran diorang...Ina kena jadikan ini sebagai panduan untuk melayari alam rumah tangga nanti yer...akak memang menanti saat2 anak akak cakap "saya sayang mama..."

Mummy : terima kasih atas sokongan mummy..kita memang nak jadi yang terbaik...semoga semua ibu2 kat dunia ni mempunyai kesedaran yang sma...