Isnin, 21 Jun 2010

Resepi Velvet Marble Cake...!!!!!!!!!


Salam....

Ramai gak yang menanyakan resepi kek marble ni ....
Kononnya nak buat entry pada hari khamis ari tu...
pastu kita plak mc pada hari khamis pastu mmg apply cuti ari Jumaat...
so, mintak maaf ler buat sesiapa yang request resepi ni yer....
jangan marah ye....

So, kita nak kongsikan resepi Velvet Marble Cake kat sini....
Try jangan tak torai....
Layan k...



Velvet Marble Cake

230g tepung naik sendiri
190g marjerin (mentega pun boleh)
125g gula aising
3 biji telur (dipukul sedikit)
120ml susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan coklat emulco
pewarna (ikut suka)

cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenserkan tin pembakar dengan marjerin dan sedikit tepung untuk mengelakkan kek melekat.
2. Putarkan marjerin dan gula aising sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit dan terus putar sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan putar sehingga sebati.
3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung dan susu cair secara selang seli sehingga habis.
4. Bahagikan kepada 4 bahagian, dan 1 bahagian dicampurkan dengan coklat emulco dan yang selebihnya masukkan warna kesukaan anda.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang satu persatu adunan yang telah diwarnakan. Lorekkan menggunakan lidi dan bakar selama 40 minit sehingga masak. Siap dihidang.



SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!!



2 ulasan:

kucingorengemok berkata...

tak nak cuba, nak free satu, hahaa (hidup kena over)

Beattey berkata...

nak free..datang arr umah...kita nak shabsyuka ke apa entah tu...boleh???