Jumaat, 12 Jun 2009

Menu Berbuka....

Ada lagi 4 minit sebelum balik ni...dari semalam hajat aku nak berbuka puasa ngan resepi aku yang aku jumpa kat blog kak zuraida...aku suke review resepi2 dia...semuanya enak2 belaka...tak lupa jugak blog abang mat gebu yang masakannya mengancam sehhhhh....

So menu berbuka aku untuk hari ni:

Suhun Stir Fry

Jika anda jemu makan mihun why not cuba tukar selera dengan suhun. Sebenarnya jika dibandingkan dengan mihun, suhun adalah lebih baik jika anda ingin menurunkan berat badan. Goreng seperti anda menggoreng mihun. Resepi saya untuk suhun amat mudah dan sedap;

Tumbuk bawang putih (banyak) sedikit bawang merah, udang kering, dan cili padi. Suhun direndam terlebih dahulu (terpulang kepada anda kuantiti suhun yang ingin goreng). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk (blender hingga wangi), masukkan bahan perisa seperti kiub ikan bilis. Kemudian masukkan suhun dan kacau rata. Masukkan beberapa biji telur, dan kucai yang dipotong pendek. Akhir sekali masukkan taugeh (banyak), cili merah potong, daun sup dan bawang. Tambahkan sedikit garam dan gula (terpulang bagaimana rasa yang anda suka). Jika suka anda juga boleh masukkan kicap, sos tiram atau sos lada hitam.

Walau bagaimanapun saya suka yang paling simple dan berwarna putih (seperti gambar diatas). Cubalah....

Sumber : 101 Resepi

p/s : selamat mencuba bagi mereka yang berminat dan seswailah sangat2 bagi peserta TBL kita tu....


2 ulasan:

Becky berkata...

uuu sedapnya..sy dh la gila suhun ni... esok jugak sy buat..hihi...apa2 sj yg berbetuk sayur ni..kalau kena gayanya mmg sedap..nk lak campur dgn suhun..hihi

Beattey berkata...

itu ler....sedap suhun nie...leh dipelbagaikan sebagai makanan rendah lemak dan baik untuk diet...