Khamis, 25 Februari 2010

Resepi Patty Roll...........Ada Mari!!!!!!


Salam...

Ramai jugak yang request resepi "Patty Roll" ni....jadi saya akan kongsikan kat sini yer..sempoi jek..tu sebab saya tak letak kat post sebelum ni..takut digelakkan otai2...hehehehe...Resepi ini sesuai untu sarapan pagi dan minum petang.

Patty Roll

Bahan2 (hidangan untuk 4 orang)

1 keping roti pratha instant (brand kawan)
2 keping burger daging (dihancurkan menggunakan garfu)
1 sudu rempah kurma
1 biji bawang besar (diced)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
sedikit halia (dicincang halus)
1 biji lada merah (dicincang halus)
1 pokok daun bawang (dihiris)
serbuk perasa ayam
garam secukup rasa
3 biji telur (dikocok)
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara2 :
1. Panaskan 1 sudu kecil minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Bila dah layu, masukkan daging burger dan rempah kurma. Gaul sehingga sebati dan daging burger tadi masak. masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa. akhir sekali masukkan daun bawang dan lada merah. gaul sebentar dalam 1 minit dan angkat.

2. Panaskan kuali leper dan oleskan dengan sedikit minyak. Canai sedikit roti pratha tersebut supaya lebih besar (diameter 10cm). letakkan roti yang telah dicanai di atas kuali yang telah dipanaskan tadi dengan api yang perlahan. letakkan inti daging tadi dan ratakan. Kemudian tuangkan telur perlahan2 dan jangan sampai tumpah. Biarkan seketika, sehingga telur separuh masak dan tutup api.

3. Gulungkan roti yang telah diletakkan inti tadi perlahan2 dan alihkan ke atas aluminium foil. Gulung roti dengan aluminium foil secara kemas dan kejap bagi mendapatkan gulungan yang cantik. gulungkan kedua2 hujung alumium tadi dan bakar selama 15 minit pada suhu 175 darjah. Setelah masak, buka aluminium fiol dan keluarkan patty roll tadi dan letakkan diatas redai. Setelah sejuk bolehlah dipotong2 dan dihidangkan dengan sos cili.

Selamat mencuba.....



2 ulasan:

kucingorengemok berkata...

yahu yahu yahuuu, yang kutunggu² tapi malu nak mintak sebab yang mintak dulu pun lom buat lagi! haha. jazakallah khairan kathira ya ustazah!

Beattey berkata...

hehehehe...

saje kongsi2..malu sebenarnya nak kongsi sebab kita pun bukan pandai sangat masak...