Is it true that you need to balance the carbs you eat with some protein and fat? Absolutely! Pairing protein and fat with carbs makes a lot of sense, whether you’re watching your blood sugar or trying to combat post-meal fatigue. Each carbohydrate food produces its own unique blood sugar reaction in the body (known as its glycemic index) when eaten alone. Many carbohydrates will cause blood sugars to spike and then crash, leaving you tired after your meal.
Watermelon is a great example of a food that will cause such a reaction due to its high sugar content. But what if you paired that watermelon with a turkey burger and black beans? The protein and fat in the burger and beans helps balance out the watermelon’s effect on your blood sugar, bringing the glycemic index of the whole meal down to an acceptable level.
As a basic rule of thumb, you should always try to balance out your high-carb meals with some amount of protein and/or fat. This will help you sustain your energy all day long without allowing a blood sugar low. That means eating peanut butter with your bananas, cream cheese on your bagels, beans with your rice, cheese with your crackers, meat sauce with your pasta, and the countless other ways you can pair up your foods for balanced meals.
kredit to : Jennifer Gruenemay, ACE-Certified Pelajaran baru, kenapa anda perlu seimbangkan makana yang anda ambil..ada sebabnya mengapa kita perlu makan karbohidrat + protein bersama.Ini adalah untuk mengelakkan kadar gula dalam darah tinggi...so bagi mereka yang ambil nasi tu eloklah makan bersama2 ayam, ikan or daging....kalau makan roti lak..makan la ngan peanut butter or something else untuk 'balance'kan hidangan kita. Erm..esok adalah hari menimbang...nanti aku update hari isnin k.....
Paling memalukan bile tertido dalam tren pastu terlepas tempat yang dituju...aku tertido gamaknya tadi..kununnyer tutup2 mata la...sambil berzikir...baru 3 kali zikir aku dah hanyut.....entah mana ke lautnya....bukak jek mata aku dah sampai wangsa maju...dah terpaksa patah balik ke setiawangsa...malu wehhhh dengan diri sendiri....sudahnya aku lambat masuk ofis...dah la pagi tadi terbangun lambat...kelam kabut aku...mana nak masak bekal jannah, gosok baju, kemas bilik, solat...huhuhu...tapi sempat jugaklah pegi keje macam biasa (macam lipas kudung aku)...nasib baik hari ni hari jumaat..takyah masak untuk papa..sebab papa balik umah solat jumaat, mak dah siap masak...
Papa call tadi tanya lambat ke mama sampai ofis...mama pun jawab dengan jujurnya yang mama lambat sebab tertido dalam tren..ya ammppppuuunnnn...papa kata kenapa la mama ni hari ni ..dah la bangun lambat...pastu boleh tertido lagi dalam tren...mama loloi (panggilan manja papa untuk mama)....lain kali jangan tengok citer hantu lagi fahammm..kan dah tido lambat pastu bangun pun lambat la....p:s/ lagipun jam loceng aku (si tecit tu ler)..tak plak bangun..selalu dia bangun kul 5...hari ni dia bangun pukul 7 daaaa...macam mana la mama tak lambat sayang oiiii...
Semalam aku berbuka puasa ngan buah naga n sekeping roti + scremble egg..tu jek la...tak larat nak makan pasal takde mood bile balik umah masuk bilik tgk 2 bakul baju lom lipat...cehhhhh...malam tadi bekerja keras aku...tidokan jannah n lipat baju sekali...sambil tengok citer hantu (slot keliwon)
Esok, mama kena g keje la..pasal tender tak siap lagi...nak bantu2 ecah mana yang patut...aku ni mana la tau buat keje2 macam ni...kalau bab planning2 ni aku tau la..takpe la..kalau tak tahu, kita belajar la..kalau tak sampai bile tak pandai...betul tak??????
Walaupun aku dah menghadap komputer ni pun..mata aku masih tak segar2..maklumlah terlampau penat semalam..dan penat tu akan dibawa ke hari ini...semalam memang betul2 memenatkan aku...mana taknya, tunggu papa betulkan kunci motor sampai pukul 7.45 malam...aku sampai kat tren taman bahagia plak pukul 6.30..berjanggutla mama tunggu papa kat situ...mulanya papa kata nak hantar motor tu kat kedai kunci..last2 papa kata uncle tu tak boleh buat..so papa bawa motor dia naik lori pi bengkel motor jek..last choice tukar starter motor tu saje...lepas hantar motor g bengkel plak, papa kata jalan jem teruk selepas OU...aduhai nak buat macam mana kan????...so tunggu jek la papa amik mama naik lori..hehehehe..first time naik lori ngan papa gi ofis dia...dah hantar lori tu satu hal lak...satu hal lagi nak isi minyak lori tu pulak..kena balik ofis dulu..amik kad minyak dan isi kat BP...masa tu perut mama dah lapar gile pasal mama cuma makan buah jek tengahari...paginya tu mama sarapan sikit jek...so mama pun apa lagi..amik la air kotak milo, 4 tin air soya(nak bagi ofismate papa), dan keropok udang (mama kongsi ngan papa)...Dalam pada tu aku risau sangat pasal Jannah...dia ok ke kat rumah..Jannah plak papa dah pesan ngan mak lang suruh amik dia...sian la sayang mama tu,..mesti dia merajuk..sampai jek rumah dalam pukul 8.45, nenek cerita yang Jannah meragam jek...ni yang mama tak suka kalau mama balik lambat..Jannah akan buat perangai...emmmmm..nak buat macam mana... Lepas rileks jap, orang bengkel tu call papa suruh amik motor..dah siap..kena RM60..nasib baik tak mahal..sebab aku pernah kena RM120 untuk ganti starter tu...ama pi berdua ngan papa amik motor tu...bila dah balik kitaorang pun mandi dan bersiap2...mama ajak papa g kfc..mama belanja sempena mama dapat gaji...bwa jugak si kecik tu...mama kejutkan dia pasal masa mama balik tadi dia dah tido...sukenye dia bukan kepalang mama bawak g kfc..mama bagi Jannah makan mash potato tanpa gravynya....papa plak makan snack plate dan zingger burger..mama plak dok cuit2 jek apa yang papa makan..perut mama sekarang ni dah tak boleh isi banyak2...perut ni akan bagi sign dengan cepat bile dah full..selalunya dalam 3-4 suap dah full (macam orang buat gastric bypass jek)..dan memang dah tak boleh makan lebih sekarang ni...alhamdullillah..dah immune..tak macam dulu2...susah nak kawal makan...sekarang nak makan bile betul2 lapar jek... Balik jek rumah..jannah dah nak tido..mama pun kasik la jannah nenen..mata mama ngan papa pun dah layu..tapi satu jek tak sanggup nak tengok dalam bilik tu...ada 2 bakul baju yang belum lipat...aaarrrrggghhhh..mama tak suke la tangguh2..tapi terpaksalah ku tangguh sebab mata dah tak larat nak bukak...papa pun cepat-cepat bentang tilam kat luar n susun bantal..sekarang ni kitaorang tido kat hall jek..sebab jannah tak nyenyak tido kat dalam bilik..panas...berpeluh2 dia kalau tido malam..lagipun jannah dah pandai merangkak sikit2..takut jatuh katil lak nanti.. malam ni...target nak siapkan lipat baju tu...sakit mata la..walaupun dah tangguh sehari...papa dah sound dah pagi tadi jangan lupa lipat baju ma......ye..ye..mama ingat...mama pun nak kemas bilik tu yang dah lama kita tak tido n lepak2 n golek2 tengok ASTRO pa....aduhai...rugi jek...
p/s : tak tau lagi nak berbuke puasa apa hari nik...hari ni hari ke-5 puasa...harap dapat bertahan sampai petang...rasanya nak buat cabonara pasta jek ari ni..
Alkisah semalam, Papa dah hilangkan kunci motor..??????...erm, bab-bab hilang ni memang la mama tak suke papa..nape la papa cuai..dah hilang tu, papa plak sound mama nape tak buat kunci pendua untuk motor tu...papa..papa...nak jugak kaitkan mama dalam hal ni....so hari ni papa kena la gi anta motor tu ke kedai kunci kat TTDI... Lepas ni papa jangan cuai lagi yer..n kalau boleh buat lah kunci spare barang 3-4 buah..lagi satu yang hilang bukan saje kunci..roadtax pun terlibat sekali...sebab kunci tu letak sekali ngan roadtax, jadi terpaksalah mama teman papa g balai polis malam tadi..bawa jannah sekali...huhuhu..sian si tecit tu....tengah2 tido, mama kejutkan dia... So, untuk teladan kita bersama...jangan cuai-cuai..mama pun akan cuba kurangkan kecuaian mama..mama pun cuai gak kenkadang....so papa..jangan marah2 lagi k....luv u...
Terpanggil plak aku nak bercerita pasal buah naga @ dragon fruit @ pitaya @ ‘Paw Wang Fa Kor’ (sebenarnya lebih tertarik lepas adik Ika kita bercerita dalam blognya)..apa2 je la nak panggil buah ni...aku gile membeli buah naga sejak minggu lepas lagi...beli kat pasar pagi Sg Penchala....murah tu 4 biji dengan harga RM5 (warna merah)..besar2 plak tu...semalam lak aku beli kat giant...dragon fruit dari vietnam..harganya 69 sen jek..tapi tu warna putih..tak berapa sedap macam yang merah...hari ni aku beli lagi 4 biji tapi harga dah lain la..hampeh...
Cari punya cari maklumat dragon fruit ni, aku terjumpa maklumat yang aku rasa menarik telah diolah oleh penulis ni..kredit to Bro Shukri..memang benar2 menarik...cuba baca hasil pencariannya di bawah;
* Nama Scientific : Nama saintifik Buah Naga ialah ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ termasuk dalam keluarga ‘cactacea’ (spesies kaktus). Nama dalam Bahasa Cina nya ialah ‘Paw Wang Fa Kor’.
* Asal Buah Naga : Buah Naga berasal dari Amerika Selatan.
* Bentuk : Buah Naga berbentuk ganjil dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga. Sebab itu ia dinamakan sebagai Buah Naga (dragon fruit).
* Cara Makan : Cara makan Buah Naga dengan betul ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.
* Kandungan mineral & zat : Buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.
* Khasiat Buah Naga :
Sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
berdasarkan pada pengalaman aku la sejak makan buah naga ni sejak ahad lepas..mmg superb la buah ni...aku yang jarang membuang pun jadi kerap membuang..hehehehe...satu pencapaian yang baik untuk aku sepanjang tahun ni.."buang air besar hari-hari....."
Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi
yang ni tak pasti...tapi aku rasa tenang jek sambil mengunyahnya....yummmmiiii...
Meneutralkan toksik dalam darah.
Mencegah kanser usus.
Mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah.
Menurunkan kadar lemak dalam badan.
Ni satu advantage untuk orang berdiet macam aku ni..tapi aku noticed la..kalau makan buah ni sebijik..full sgt2 rasanya...macam makan nasi 2 pinggan la rasanya...besh...besh..besh..
Mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung.
part mengurang metabolisme ni..aje pelik..sepengetahuan aku, bile metabolisme kurang..maka susah la nak kurus....huhuhuhu....tapi ada yang aku baca artikel, katanya meningkat metabolisme..macam kat blog nagamadu...cuba tengok sini
Mengandungi Serat untuk mengawal kanser usus, kencing manis dan diet.
iye ke????...bravoooo...
Mengandungi Karotin untuk kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit.
bagus untuk mata sebab mata aku pun rabunnya dah makin teruk skrg ni...nak kuatkan otak aku agar sentiasa cerdas dan juga mendapatkan ketahanan badan dari jangkitan penyakit
Mengandungi Kalsium untuk menguatkan tulang.
Aku selalu sakit lutut...jadi aku harap agar buah naga ni bagi kelegaan pada aku yang selalu sakit lutut bile nak naik tangga or mendaki...rasa sangat tulang ni bergesel..atau aku terlalu gemokkksss...
Mengandungi Fosferos untuk pertumbuhan tisu badan.
Mengandungi Zat Besi untuk menambah darah.
Mengandungi Vitamin B1 untuk mengawal kepanasan badan.
Mengandungi Vitamin B3 untuk menurunkan kadar kolesterol.
Mengandungi Vitamin C untuk menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat.
Sebenarnya khasiat Buah Naga tidak terdapat hanya pada buahnya. Berdasarkan kajian terkini, khasiatnya juga wujud pada keseluruhan pokok Buah Naga.
Buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang.
Bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran dan dijadikan ulam.
Bunganya apabila dikeringkan, boleh juga dijadikan teh bunga.
Debunga bunga buah naga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia.
Dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad dan digoreng.
Dahan pokok Buah Naga boleh dibuat ulam dimakan dengan sambal belacan dan boleh juga dimasak bersama sup. Dahan Buah Naga terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.
Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan.
Pokok Buah Naga adalah termasuk dalam spesis Kaktus yang sangat tahan lasak dan tahan daripada ancaman serangan serangga.
Semalam...betul2 menguji kesabaran aku...rasanya entah dapat pahala puasa semalam ke tak, hanya Allah yang lebih mengetahui..memang aku sakit hati tul...dalam keadaan memerlukan duit ni ada jek benda nak jadik...semalam aku ngan mas pegi la RHB bank kat Ampang Point...tujuan yang utama sekali ialah nak membayar loan ASB aku...erm, duit gaji lak masuk dalam akaun Bank Islam..jadi dah ada MEPS tu, aku gunalah kad atm Bank Isalam nak kuarkan kat ATM RHB...kononnya nak kuarkan RM1,000.00..sekali mesin tu kata "transection is rejected"..masa tu aku dah bengang ..lagi mem"bengang"kan dan mem"bengong"kan aku, setelah aku check balik balance..rupanya mesin hangpeh tuh dah deduct duit aku..aiiisssyyyeeeeehhhh men...nape la ko wahai mesin, tak kesian ke kat aku yang tengah "sengkek" nih....
Dengan berwajah murungnya, aku pun naik la atas jumpa kerani bank dan tanya apa ke he' nya mesin ATM lu ni beb...pastu dia kata nak bank statement plak..sudah..nampak gayanya aku kena g la Bank Islam UIA..memang dah takde rezeki...aku ngan mas bergegaslah naik kete kelisa yang comei tu g UIA...sampai kat bank, dah mintak statement baru la dia bukak citer yang boleh wat report kat situ jek...satu lagi kejadian hangpeh...bengang tak bengang la aku kat situ..dah la charge aku RM 5...terbang lagi duit...aduhai..memang Allah nak menguji aku yang sedang berpuasa...semalam memang aku bersabar je la...dalam kereta aku cuba tenangkan diri aku..Alhamdulillah aku dapat menenangkan hati aku...
Menurut peon kat bank tu aku akan dapat balik duit aku dalam 14 hari bekerja...suke hati ko le labu...aku malas nak fikir..so buat haz..ku tak dapat bayar duit kutu CD (cloth diapers) dengan jayanya pasal duit ku sangkut...nasib baik ku suke amik last kalau main kutu...kalau tak mesti depa bising kan?..tapi haz ni memang la peniaga yang baik..so kawan-kawan kalau nak beli CD ku cadangkan beli ngan puan haza dan puan nieza..sebab depa sungguh baek hati sekali...semoga Allah memberikan sesuatu yang baik buat 2 orang ibu itu....
Hari ni plak aku belajar bagaimana untuk memulakan hari dengan ceria;
" Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit la hidup, bertambah datanglah celaka" - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
Ye ke ayat nih!!!..atau ari ni aku mengigau...ari ni aku rasa tak sempat2 nak update blog...waima nak terkentut sekalipun tak sempat...sebabnya..aku banyak keje ari ni..sampai2 ofis jek aku dah dapat keje atas meja...so..aku nak cuba senaraikan keje yang aku buat tadi...
fax surat pada CHEMLAB
buat slide
email slide kat iiumconsultant
check email bos
isi borang bos nak g course (Eimas punya ni, bestnye kalau aku dapat g course ni)
burn CD untuk project2 yang lepas
buat peraduan mudah menang metro
bungkus parcel untuk Angah
buat surat sokongan mintak keje
cari lat-long untuk platform RESAK (takbley buat pasal map info aku dah expired - sowi la fisss..)
binding resume n certificate (nak cari keje gomen kata ko)
betulkan mesin photostat
Banyak jugak keje aku..ada yang berkenaan dan ada yang takde dalam fail meja aku..wakakakakawaka...ada ke buat keje personal kat ofis..tak patut..tak patut..tapi aku rasa patutla, untuk menampakkan diri aku bz yang sebenarnya memang dah takde keje nih...so korang nak tau tak apa kesudahan keje aku....
Ari Jumaat lepas aku cuti ..sebab my lil angel -Jannah..not so well la..dia asik demam jek...so bos mintak aku datang jugak ofis (padahal aku EL ari tu) nak bincangkan kedudukan aku dalam syarikat..aku diberi peluang untuk terus bertahan di sini selagi aku tak dapat keje yang sesuai..thanks alot Dr Zaki (sebab terlalu memahami staff mu ini)...anyway..skop keje aku dah lain dah..kena belajar la selok belok keje yang di luar bidang keje aku..aku tak menolaknya sebab aku ni suka belajar benda yang baru tapi ada yang tak beshnya laaaaaa (yang ni biarlah aku simpan di dalam hati...very personal)...so untuk mengelakkan kegawatan ekonomi aku, buat sementara ni...biarlah aku keje kat sini...uuuwwwwaaaaaa....kenapa la aku amik course ni dulu kat U...dah la susah nak carik keje....donia..donia...gomen pun tak pernah dapat..HANGPEH>>>
So aku akan terus SURVIVE di sini...walaupun jauh di sudut hati aku ni...sedihnya bukan kepalang....aku tetap tak putus berdoa agar aku dikurniakan rezeki oleh Allah s.w.t...tapi hari2 aku tetap gembira..kerana aku tak nak masalah ni mengganggu kesihatan mental aku...aku yakin Allah maha pemurah lagi maha penyayang..so apa yang aku perlu buat..usaha dan terus berdoa.....Amin...
Pening kepala jugak aku memikirkan pasal keje....nak keje apa la aku ni kalau quit....erm, banyak perancangan dalam kepala ni..tapi mampukah aku buat semuanya....semoga Allah memberikan kekuatan dan hidayah pada aku...jugak murahkan rezeki agar dapat kerje baru....dah tak sanggup makan gaji buta...wakakakaka.....
Anyway, takde apa yang aku nak update...cuma semalam sukenya tak terkata...gatal2 dok timbang, heheheh...kurang lagi +- 2kg...aku tak nak lah suke sangat sebab tarikh official untuk aku update selalunya 30 or 31hb setiap hujung bulan...so tunggulah nanti yer....berdiet tanpa bantuan makanan tambahan atau ubat pelansingan...so..layaannnnnnzzzz...zzzaaaaazzzzzz.......
Pelajaran baru yang aku dapat hari ni yelah....tingkatkan kekerapan makan dalam kuantiti yang sedikit...aku selalu dengar pasal meningkatkan frekuensi makan ni..tapi aku tak tahu sebab di sebaliknya...so hari ni sesambil takde keje ni...aku dah dapat jawapannya....Bagi mereka yang mempunyai kepercayaan mengurangkan makan dengan mengelakkan waktu makan...atau meninggalkan terus waktu makan yang sepatutnya pun harus fikirkan semula tindakan tersebut...kerana ia bukanlah satu tindakan yang bijak malah akan membuatkan anda berasa lapar dan "mentekedarah" segala jenis makanan ketika anda makan untuk waktu yang seterusnya setelah anda meninggalkan waktu makan yang sebelumnya...ingat, ia bukanlah satu langkah yang BIJAK untuk diamalkan oleh para dieters semua... So, ika..akak pun dah amik iktibar dari apa yang berlaku kat ika yang telah mengskipkan (apa punya bahasa daaaaaa...) makan tengaharinya dan menghentam 3 ketul ayam KFC pada waktu makan malamnya....huhuhu..takut...akak paling banyak makan ayam KFC pun 1 ketul..paling kurang pun...secubit jek wakakakaka....yang penting, makan pada waktunya dan kuantiti makanan perlu berpatutan la...so kali ni aku nak tukar kekerapan makan aku daripada 3x kepada 5x sehari....sebab2nya korang boleh baca kat bawah nu...aku akan mulakan makan pukul 7.00pg, 10.00pg, 1.00tghr, 3 ptg dan 6 or 7 mlm...ok ler tu kan...so let's try together my friends and get the result....!!!!!
Apa yang penting (apa yang peting, kerjasama!!!!! wakakakak) amalkanlah CAMP system... The goal of the CAMP system is to "bring sense and dignity back to eating." This system is named for its components which spell out the diet's foundation:
You may have heard that eating smaller, frequent meals is better than consuming larger, infrequent ones, but do you really understand all the benefits? And more importantly, do you actually follow this diet advice? First, with respect to metabolism, frequent feedings allow your body to use calories for energy, instead of storing them. You could consume 2,000 calories split over two meals, or those same 2000 calories split over five meals. The difference is that the calories in the two-meal situation would be more readily stored as fat while the calories in the five-meal scenario would be more readily burned as energy. Another way frequent feedings help to increase energy expenditure is through something known as the thermic effect of feeding, or TEF. With frequent feedings, your body’s digestive engine is fired up numerous times each day, and that constant stimulation helps keep your metabolic furnace ablaze. Frequent feedings also help with craving control: When you allow yourself to get very hungry between meals, it’s much more likely that you’ll overeat during your next meal. And finally, frequent feedings help maintain calorie-burning muscle by providing a steady flow of nutrients to muscle tissue throughout the day. So are you eating smaller, frequent meals every 2-3 hours? If not, start today! To your body transformation success, Joel Marion
Counting calories may be an accurate way to track daily energy intake, but doing so day in and day out can be a cumbersome task! Fortunately, there’s an alternative to the calorie-counting method that I often recommend: Keep a close eye on daily fiber intake instead. The truth is, increasing and monitoring fiber intake works almost as well as calorie counting – and it’s easier to manage. Why? As you strive to get more fiber, you’ll automatically begin choosing healthier foods and consuming fewer calories, as foods high in fiber (such as fruits, vegetables and whole grains) are typically lower in calories as well. Increasing fiber intake will also help you move toward your fat-loss goals by slowing the digestion process and keeping blood sugar and insulin at bay throughout the day. Bottom line: If you want to effectively manage your calorie intake but hate the idea of counting every calorie you eat, shoot for 35 grams of fiber each day!
Antara tips yang paling aku suka..sebab kadang2 aku rasa tertekan gak bile mengira kalori jek,,,so alternatif lain selain daripada mengira kalori adalah dengan mengira kandungan serat yang kita ambil..sebab serat kebanyakkan mempunyai kalori yang rendah....so yang penting adalah portion size...."bersederhanalah ketika makan"....
Sebenarnya MoNdaY BlUeSSSS aku bukanlah malas nak buat keje...aku berkobar-kobar nak buat keje sebab aku dah set in mind dari rumah nak keje rajin2...tapi masalahnye aku takde keje setelah projek RFZPPN telah ditamatkan...boring jugak sementara nak tunggu projek baru...pecah kepala gak bile takde keje....
Aku bercadang nak cari keje lain atau bekerja dari rumah saje...sebenarnya banyak benda yang berlaku sejak dua menjak ni sehinggakan aku hilang arah jugak..mana taknye..bila projek takde susah jugak...bos pun fikir dua kali nak teruskan aku keje kat company ni lagi ke tak....(tak keruan aku dibuatnye)...tapi life must go on..setakat ni hidup aku masih ceria sebab Papa, mak n abah, adik beradik (terutamanya angah) dan kawan-kawan sekeliling yang masih memahami dan bersimpati dengan keadaan aku...banyak perkara yang aku kena fikir kalau nak tukar keje ni...erm, aku akan fikirkan slow2...
So hari ni kawan-kawan semua..janganlah anda bosan2..bersyukurlah kerana anda semua masih mempunyai kerjaya yang sempurna dan kehidupan yang bahagia..Alhamdulillah...
Diet???aku masih meneruskan walaupun tanpa herbalife...aku dah jadi immune dengan makan dalam jumlah yang sedikit sahaja..mungkin kerana sudah terbiasa dengan habit control makan...setiap kali nak makan mesti aku fikir dua tiga kali..perlukah aku makan???? ataupun hanya sekadar nak berkudapan...sekarang ni aku jadikan cara makan aku seperti mana cara berbelanja jugak...makan ikut keperluan dan bukan kehendak (beli barang ikut keperluan dulu ye tak???) ...dan apabila ada dua benda yang aku teringin nak makan....aku jadikan ia sebagai kos lepas...berguna jugak apa yang aku belajar masa tingkatan 4 dulu...ekonomi asaslah weiiii....setakat ni aku tak rasa la berat badan aku makin naik..pasal kadang2 bila baring dah terasa tulang pinggul aku....bila mandi dah terasa tulang selangka aku...tapi aku takler mengharap sangat turun banyak...asal menten sudah la...baju yang aku idam-damkan pun dah boleh pakai...hoyeeeeehhhhh....
Jannah dah mula bawak bekal bubur nasinya ke rumah Wan bedod...untuk makan tengahari...dia cukup suka bubur ikan merah...cepat jek habis....sekarang keje mama dah bertambah pagi2...so mama kena awalkan lagi bangun pagi..kalau biasa bangun kul 5.30..sekarang ni mama dah kena bangun pukul 5 pasal mama nak masak yang fresh untuk jannah selain daripada sediakan bekal tengahari untuk papa...setakat performance pagi tadi...mama on the right track...kena kekalkan la..sebab mama pun dah mula tambah lagi 1 keje, iaitu basuh baju (mesin yang buat, mama picit2 butang jek) pukul 3 pagi dan akan sidai lepas bagi Jannah breakfast....papa pun sekarang ni nak breakfast roti bakar lak ari2....pagi2 memang mama tak sempat nak terkentut sekalipun...bz sampai lah pukul 7.15..waktu hantar Jannah dan terus g keje ngan papa....waktu mama melepaskan lelah adalah semasa di dalam tren yang terpaksa mama lalui tahap kebuhsanan selama 45 min kerana dihimpit2 oleh orang dan kadang kala mama terpaksa menghidu aroma yang kadangkala mama terpaksa simpan muntah mama dalam mulut...wakawakawakakakak....
Balik nanti nak kena buat checklist sebagaimana Puan Sitisifir kita buat,,,,aku bukan tak nak buat selalunya..tapi sempat karang dalam kepala jek,,,tak sempat nak turunkan kat kertas...so kena mulakan pelajaran baru ari ni...untuk lebih berdisiplin dan keje2 semua beres sebelum aku menutup mata untuk memulakan hari esok yang tak tahu lagi apa yang terjadi antara aku dan keje ku....mungkin akan mengucapkan selamat tinggal atau ada solution lain...
Erm, ni antara gambar terbaru Jannah..dia baru belajar nak merangkak...patutlah beberapa hari lepas macam nak demam jek dia...sian jannah....takpelah nak, demam sikit..kata tok mak demam upah nak merangkak...
Si tecit yang nak belajar merangkak..cian jannah...
Jatuh-jatuh jugak dia..bagi aku yang baru ada sorang anak memang excited tgk perkembangan anak. Adakala kesian plak tengok dia asyik jatuh jek..tu lom jalan lagi...dia pun dah pandai bebel2 dah..sebut.."papapapa..papapap"...mana aci, asyik papa jek..mama takde ke?
hhehehe...tgk mama snap gambar dia...marah nampak...
pastu dah penat-penat, cukup la setakat itu, mama pun kasik jannah makan bubur ikan...sukenye dia..letak carrot dan daun sup sikit...dah puas dia golek2..mama pun apa lagi bukakkan baju mandikan dia...Jannah ni memang suka main air..tak pernah nangis kena air dari lahir lagi...kuat anak mama nih...
Aku terbaca pesanan ini di dalam blog Siti Sifir..aku memang meminati hasil penulisanya....dan masih menjadikan buku hasil buah mindanya sebagai rujukan...bagi yang dah berumah tangga dapatkanlah buku "Manual Kerja Super Isteri" dan untuk para somi mithali plak bagilah mereka baca buku "Manual Kerja Super Suami"...buku tu banyak membantu aku dalam melalui alam rumahtangga yang bahagia dan indah...
Em, pesanan tu walaupun bukan asli dari Siti Sifir, tapi sebab aku copy dari blog dia..so kredit to her too and penulis sebenar...aku sebenarnya kagum ngan SitiSifir sebenarnya...dalam usia yang sebaya dengan aku dia sudah punya anak 4 dan dah banyak benda yang telah dia lalui...dan pengalamannya yang telah dicatat pula menjadi rujukan bagi aku untuk mendidik jannah supaya menjadi seorang anak yang solehah....
Cuba renung2kan pesanan ini...
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantukserpih, dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakaptinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundanglawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badanbinasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya disitu, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukumselamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahupada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di manadan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahupada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripadaiman..
Satu pesanan yang ringkas dan amat mendalam maksudnya....dan aku akan selalu berpegang kepada nasihat ini..InsyaAllah.....
Korunk tau tak sume...nape aku dah memperlahankan aktiviti blog aku ....sebabnya aku takde mood...mood diet aku hilang bagai angin lalu...main reasonnyer....aku tak dapat nak consume HERBALIFE....entahla..rasanya janggal takde herbalife...rasa macam tak sedap jek badan ni..lembik2 jek....meltdown rasa...macam nak jatuh jek....alahaiii..macam-macam la rasa.....
Tapi, aku dah nekad nak mulakan balik bulan depan...tak kira!!!tak kira!!!tak kira!!!1..apa nak jadi-jadila...nak beli jugak...nak kecek duit ngan papa....moga papa memahami situasi mama yang nak sihat..sebab aku rasa badan aku lain bila sebelum n selepas...aku rasa condition aku sekarang ni macam sebelum amik herbalife.....lemah jekkkkk...rasa nak melepek kat atas meja ni pun ada...yang pastinya (aku bukan lah macam mat gian)...
Sape2 yang bersimpati ngan aku...bagilah semangat kat den...den dah tak larat lagi ni......
Salam..aku rasa article ni berguna bagi mereka yang mengambil ubat pelansingan untuk pengurusan berat badan...so, sila semak senarai kandungannya yer..supaya lebih berhati2 dengan keperluan dan juga keadaan tubuh badan kita agar tiada kesan sampingan dikemudian hari....
What is Hoodia Gordonii? Hoodia is a stem succulent, somewhat like a cactus, grown in South African desert regions. It wasn’t until the turn of the century that anthropologists noted hoodia being eaten by the San, or African bushmen. The San use hoodia for a variety of medicinal purposes, but most often, they chew it to avoid getting hungry and thirsty during extended hunting trips. There are twenty different species of hoodia, but only hoodia gordonii appears to have the active ingredient p57, which provides the effects of an appetite suppressant. The South African government gained a patent for p57 and licensed it to a pharmaceutical company, Phytopharm. Later, it was determined that hoodia was not economically feasible for mass production, particularly due to the inability to effectively grow it anywhere except the African desert.
Case Studies In 2004, there were several case studies that examined the use of hoodia for weight loss and also noted possible negative side affects. Dr. David McLean of Brown University conducted one of the studies. He noted that hoodia use seems to have an effect on the part of the brain that controls appetite. However, he only experimented on animals and noted that human results may be different due to different metabolisms. Two small human studies, one with seven participants and one with eighteen, appeared to demonstrate that the volunteers taking hoodia supplements dramatically decreased their caloric intake by as much as half. Tthe volunteers demonstrated no negative side effects in either study. Other than these minimal studies, there is little U.S. documentation of hoodia medical trials. Considering the African bushmen, they have using hoodia for centuries to prevent hunger pangs without obvious negative side affects. Definitely not a medical case study, it could be considered an informal anthropological case study.
Negative Side Effects The only actual documented negative side effect of hoodia is thirst suppression that occurs along with the appetite suppression. The danger of thirst suppression is dehydration which is easily remedied by drinking 64 ounces of water each day. Other appetite suppressants often note increased heart rate and higher blood pressure. However, hoodia does not seem to cause these problems in the average user. The American Botanical Council, a non-profit research organization, notes that they have not received any negative reports from consumers concerning hoodia. Medical doctors express concern for the unknown possible effects of hoodia on a person who takes prescription medication, has a serious illness or is pregnant or nursing. It is recommended that children not use hoodia, as well.Without case studies, the possible effects may be overlooked or not evident in the short term.
How Dangerous is Hoodia Gordonii? It seems that for the average adult, hoodia gordonii does not have serious side effects. However, the lack of research should be seriously considered. Most certainly, people with serious illnesses, pregnant and breastfeeding women, and children should avoid the use of hoodia products until further testing has been completed. If you plan on trying the product, consult a medical professional first and use common sense when purchasing the item.
Kupetik tulisan ni daripada Dr Fadhilah Kamsah...sungguh berguna walaupun ringkas...selidik punya selidik..kadang2 ada jugak yang aku pernah buat dan ia betul2 membuatkan papa kadang2 merajuk dengan aku...so mulai dari hari ni aku berazam tidak akan melakukannya....dan bagi para isteri diluar sana banyak2lah bermuhasabah diri untuk kebahagiaan keluarga kita....
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
-kadang2 mama ada gak mencabar papa, bile mana dia selalu nak g mancing....memang dia hangin bila mama kata papa mmg tak pandai baling mata pancing..tapi takde la sampai mencabar pasal pompuan...dia mmg tau mama mmg tak boleh dengar pasal pompuan ..mula la mama mogok....
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
- Tang bergaul ngan bukan muhrim tu...mama takde jumpa lelaki bukan muhrim di rumah....kawan2 papa lagi la takut ngan mama....takut kena marah...ajak g mancing or kuar...
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
- Setakat ni, mama kalau dah hangin tahap gaban..terlepas cakap gak ngan papa tapi dlm bilik jek la..tapi mintak maaf balik lepas tu....papa memang kuat merajuk kalau mama tersilap cakap sikit...memang halus jiwa papa....mama kena hati2...bile terlepas cakap..papa akan cakap.."mama, jaga mulut tu...."..tu yang menyebabkan mama takut nak terlepas cakap...betullah statement tu...papa akan berjauh hati..tapi papa memang penyabar dengan mama, dia kata sebelum mama mintak maaf dia dah maafkan dulu..sebab dia tahu mama ni ada angin sikit...dah faham daaahhhhh....walaupun begitu...mama still kena amik serius n jaga setiap tutur kata...(layakkah aku menjadi isteri mithali?????...berjuta kali fikir kalau ada juri untuk mengadili mama)
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah b aru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
- bab ni plak, papa yang tak suke mama daring sangat....dia suke mama biasa2 jek...walaupun kat rumah..mama kalau hari cuti pun pakai eye-liner sentiasa..lipstik sikit..bedak sikit lepas mandi...tu pun papa bising..tapi mama buat derk jek...iyelah..mama bukan kuar mana pun..dok umah...papa kata "mama, takde siapa yang nak tgk mama cantik2 ni....papa jek,,,buang bedak jek..."huhuhuhu..sampai hati papa..mungkin papa lebih suke mama biasa2 jek....tapi taklah comot....
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami b aru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
- Yang ni mama tak boleh nak ubah..mama mmg kuat sangat cemburu..kalau bibik (kakak ipar punya bibik) kat umah tu berbual ngan papa jek..mama dah cemburu gile n cakap papa sengaja nak goda dia...or bibik tu gatal..kadang2 mama fikir teruk jugak perangai mama ni...so mama kena belajar bersabar n kurangkan cemburu nampaknya kalau tak nak papa meluat ngan mama....
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
- mama memang tak cerewet..yang mama tau papa yang cerewet,...cerewet bab anak....papa memang particular person...cayalah pa..!!!
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
- Cincai ikut time la..tapi papa memang faham nape mama cincai kemas rumah..pasal dah malam n penat di siang hari..selalu mama akan all-out kemas bile time cuti..bab masak lak...papa memang tau mama masak campak2 n mmg kena ngan selera dia bukan la cincai sangat....kalau papa order apa2 jek..insyaAllah mama sediakan...banyangkan papa nak bawak bekal nasi beriani, nasi arab, nasi ayam, nasi tomato untuk bekal tengahari...so mama akan campak2 la dalam periuk pagi2 buta....
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
- kalau bab lambat papa la..papa memang lambat bersiap..mama ni dah terbiasa cepat pasal dah terbiasa sebab abah memang tak suke orang lambat..jadi dah tertarbiah begitu...so ingatan pada pama..jangan lambat selalu tau..nanti mama lambat g keje...
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
Renung2kanlah dan selamat beramal..
Sebenarnya banyak yang aku nak tulis...tapi entah bile la kerajinan aku nak datang....monday blues la katakan....lagipun hujung minggu lepas aku takde apa2 event yang menarik nak kongsikan dengan korang pasal hubby kena balik serangan chikungunya (ni kira sakit yang saki-baki tu la)...yang aku tahu kesan chikungunya ni lama..kata doc, ada yang sampai setahun....takpe la..redha jek..nak buat macam mana..sakit yang Allah bagi ni adalah satu ujian...semoga papa cepat sembuh k.....
Sape-sape yang baru nak berjinak2 dengan Herbalife..ataupun yang dah lama consume herbalife...ku saje jek nak bagi tips untuk korang dan juga aku untuk masa hadapan la..kalau ada rezeki la....sharing is caring maaa...
Aku pun dulu masa mula-mula consume herbalife pun dok keliru..ada yang kata shakes dengan susu la, yogurt la..ada plak ngan air lebih baik..apapun pilihan terletak ditangan anda...renung2kan dan selamat beramal :)
Q&A - What's Best for Shakes - Milk or Water?
By Joel Marion, Weight-Loss Expert Q: I recently started to incorporate meal-replacement shakes into my regular diet, but am not sure whether to mix them with milk or water. Is one better than the other?
-Heather M.
A: Hi Heather,
The answer is, it depends. Before deciding which to use, there are a few things you should consider:
1. Your goals. Are you attempting to lose or maintain your weight? If you’re looking to lose it, it’s probably best to go with water to save calories. While milk may make the shake taste a little better, the extra calories in it won’t do much to fill your belly and are better spent on a more filling alternative.
2. Your diet type. What type of diet are you on? If you are utilizing a lower-carbohydrate approach, it’s better to go with water as each cup of milk contains 12 grams of sugar. If you’re counting calories, you could choose milk or water so long as you are factoring in the calories that the milk adds to the shake. That said, as I mentioned in No. 1, I would personally rather get those calories by adding something more satiating, such as a piece of fruit, alongside the shake.
4. Time of day. Because of the insulin release caused by milk, it is best drunk in the morning and avoided in the evening. In fact, you should be choosing a low-carb (protein only) shake in the evening hours.
5. Your preference. Ultimately, you are the one who is drinking the shake, so if you enjoy the taste when mixed with milk much more than mixed with water, there’s nothing wrong with choosing low-fat milk (at least some of the time). Just be sure to factor in the calories.
1. Adik-beradik ikang sardin 2. Carrot susu 3. Buah kurma 4. Buah pisang 5. Air madu 6. Air longan @ mata kucing 7. Rasberry cheese kek 8. Air Soya 9. Tauhu goreng & tempe goreng 10. Roti celet planta 11. Air milo + oat 12. Air 100 plus 13. Lobak putih 14. Tuna sandwish 15. Bayam tumis air 16. Ikan tenggiri masak tauchu 17. Daun kucai 18. Sayur Sawi 19. Kentang rebus 20. Kuah kacang ( makan dgn satay) 21. Sayuran kekacang yang dikukus atau masak 22. Ulam pegaga 23. Tempoyak & durian ( pekatkan susu) 24. Minuman tambahan Al-Syaffi (kurma + kismiss) 25. Sambal kering ikan bilis + tempe 26. Sup petola
Kredit to : Kak Nieza
Sebenarnya ni semua list makanan yang boleh membanyakkan susu badan...cuma ada yang sesuai untuk sesetengah orang ada yang tak..contohnya aku la..kalau setakat lobak putih tu..masa berpantang dulu berbakul2 mak aku masak buat sup...namun tak jugak membantu aku untuk banyakkan susu...tapi yang lain-lain dalam senarai tu aku baru nak try..moga-moga dapat membanyakkan susu aku...tengah excited sangat nak EBF..so aku kena berusaha bersungguh-sungguh ni...
Salam...kalau korang baca tajuk tu..mesti tersengeh-sengeh..iyelah...bagi korang berat aku tu masih dalam angka yang besar..tapi aku suke bagai nak gile...sebab apa aku suke..sebab bulan lepas aku keputusan stok HL dan aku ingat berat aku takkan turun bulan ni disebabkan banyak aktiviti makan-makan2 dan berlibur2...tapi tak sangka plak turun jugak berat aku sebanyak 1.8 kg giteewwww....bagi aku satu pencapaian yang baik la...lagipun aku still makan apa yang aku teringin nak makan tapi dalam kuantiti yang sedikit...takde la rasa pressure sangat...ditambah dengan aku berjalan kaki setiap hari ke tempat keje....
Lagipun sekarang ni aku dah mula nak EBF jannah....banyak yang aku baca dan aku dengar pengalaman dari kawan-kawan aku yang kalau kita BF baby sepenuhnya..ia akan membantu kita mengurangkan berat badan...so aku akan cuba cara ini..dan jika ia berkesan..alhamdulillah....
Bulan ni aku akan cuba hadkan makan makanan yang bergoreng dan manis-manis...aku ada la buat plan diet aku..tapi tak sempat nak post..nantila k kalau aku ada masa...selalunya plan aku dalam otak jek..aku plan masa aku jalan kaki dari tren ke ofis or dari ofis ke tren...macam2 yang aku angan2kan...
Semalam aku beli breast pump (battery operated) jenama Tollyjoy..besh giler..semalam total hasil tenusu yang dapat aku kumpulkan adalah sebanyak 4 oz, memanglah tak banyak tapi aku bersyukur sangat2...so hari ni aku nak tengok berapa banyak hasil perahan yang aku dapat (macam lembu plak...hehehehehe)...semuanya untuk anakku yang tersayang...mama sanggup buat apa saja untuk jannah dapat minum susu mama sepenuhnya..walaupun satu ketika aku pernah giveup..tapi ramai yang sudi membantu dan memberikan aku semangat...sepanjang aku berjuang untuk mengumpulkan stok..dalam peti ais dah ada 4 botol stok..walaupun sikit..tapi aku percaya..aku dapat menjayakan EBF..doakan ye....