Aku terbaca pesanan ini di dalam blog Siti Sifir..aku memang meminati hasil penulisanya....dan masih menjadikan buku hasil buah mindanya sebagai rujukan...bagi yang dah berumah tangga dapatkanlah buku "Manual Kerja Super Isteri" dan untuk para somi mithali plak bagilah mereka baca buku "Manual Kerja Super Suami"...buku tu banyak membantu aku dalam melalui alam rumahtangga yang bahagia dan indah...
Em, pesanan tu walaupun bukan asli dari Siti Sifir, tapi sebab aku copy dari blog dia..so kredit to her too and penulis sebenar...aku sebenarnya kagum ngan SitiSifir sebenarnya...dalam usia yang sebaya dengan aku dia sudah punya anak 4 dan dah banyak benda yang telah dia lalui...dan pengalamannya yang telah dicatat pula menjadi rujukan bagi aku untuk mendidik jannah supaya menjadi seorang anak yang solehah....
Cuba renung2kan pesanan ini...
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..
Satu pesanan yang ringkas dan amat mendalam maksudnya....dan aku akan selalu berpegang kepada nasihat ini..InsyaAllah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan