Selasa, 12 Mei 2009

8C - Cuba tilik diri anda.......

Ku petik tulisan ni daripada Dr Fadhilah Kamsah...sungguh berguna walaupun ringkas...selidik punya selidik..kadang2 ada jugak yang aku pernah buat dan ia betul2 membuatkan papa kadang2 merajuk dengan aku...so mulai dari hari ni aku berazam tidak akan melakukannya....dan bagi para isteri diluar sana banyak2lah bermuhasabah diri untuk kebahagiaan keluarga kita....

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

-kadang2 mama ada gak mencabar papa, bile mana dia selalu nak g mancing....memang dia hangin bila mama kata papa mmg tak pandai baling mata pancing..tapi takde la sampai mencabar pasal pompuan...dia mmg tau mama mmg tak boleh dengar pasal pompuan ..mula la mama mogok....


C2. CABUL


Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

- Tang bergaul ngan bukan muhrim tu...mama takde jumpa lelaki bukan muhrim di rumah....kawan2 papa lagi la takut ngan mama....takut kena marah...ajak g mancing or kuar...


C3. CELUPAR


Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

- Setakat ni, mama kalau dah hangin tahap gaban..terlepas cakap gak ngan papa tapi dlm bilik jek la..tapi mintak maaf balik lepas tu....papa memang kuat merajuk kalau mama tersilap cakap sikit...memang halus jiwa papa....mama kena hati2...bile terlepas cakap..papa akan cakap.."mama, jaga mulut tu...."..tu yang menyebabkan mama takut nak terlepas cakap...betullah statement tu...papa akan berjauh hati..tapi papa memang penyabar dengan mama, dia kata sebelum mama mintak maaf dia dah maafkan dulu..sebab dia tahu mama ni ada angin sikit...dah faham daaahhhhh....walaupun begitu...mama still kena amik serius n jaga setiap tutur kata...(layakkah aku menjadi isteri mithali?????...berjuta kali fikir kalau ada juri untuk mengadili mama)


C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah b aru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

- bab ni plak, papa yang tak suke mama daring sangat....dia suke mama biasa2 jek...walaupun kat rumah..mama kalau hari cuti pun pakai eye-liner sentiasa..lipstik sikit..bedak sikit lepas mandi...tu pun papa bising..tapi mama buat derk jek...iyelah..mama bukan kuar mana pun..dok umah...papa kata "mama, takde siapa yang nak tgk mama cantik2 ni....papa jek,,,buang bedak jek..."huhuhuhu..sampai hati papa..mungkin papa lebih suke mama biasa2 jek....tapi taklah comot....


C5. CEMBURU


Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami b aru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

- Yang ni mama tak boleh nak ubah..mama mmg kuat sangat cemburu..kalau bibik (kakak ipar punya bibik) kat umah tu berbual ngan papa jek..mama dah cemburu gile n cakap papa sengaja nak goda dia...or bibik tu gatal..kadang2 mama fikir teruk jugak perangai mama ni...so mama kena belajar bersabar n kurangkan cemburu nampaknya kalau tak nak papa meluat ngan mama....


C6. CEREWET


Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

- mama memang tak cerewet..yang mama tau papa yang cerewet,...cerewet bab anak....papa memang particular person...cayalah pa..!!!


C7. CINCAI


Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

- Cincai ikut time la..tapi papa memang faham nape mama cincai kemas rumah..pasal dah malam n penat di siang hari..selalu mama akan all-out kemas bile time cuti..bab masak lak...papa memang tau mama masak campak2 n mmg kena ngan selera dia bukan la cincai sangat....kalau papa order apa2 jek..insyaAllah mama sediakan...banyangkan papa nak bawak bekal nasi beriani, nasi arab, nasi ayam, nasi tomato untuk bekal tengahari...so mama akan campak2 la dalam periuk pagi2 buta....


C8 CUAI


Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

- kalau bab lambat papa la..papa memang lambat bersiap..mama ni dah terbiasa cepat pasal dah terbiasa sebab abah memang tak suke orang lambat..jadi dah tertarbiah begitu...so ingatan pada pama..jangan lambat selalu tau..nanti mama lambat g keje...

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
Renung2kanlah dan selamat beramal..

Tiada ulasan: