Rabu, 27 Mei 2009

Dragon Fruit Goodness.....

Salam..

Terpanggil plak aku nak bercerita pasal buah naga @ dragon fr
uit @ pitaya @ ‘Paw Wang Fa Kor’ (sebenarnya lebih tertarik lepas adik Ika kita bercerita dalam blognya)..apa2 je la nak panggil buah ni...aku gile membeli buah naga sejak minggu lepas lagi...beli kat pasar pagi Sg Penchala....murah tu 4 biji dengan harga RM5 (warna merah)..besar2 plak tu...semalam lak aku beli kat giant...dragon fruit dari vietnam..harganya 69 sen jek..tapi tu warna putih..tak berapa sedap macam yang merah...hari ni aku beli lagi 4 biji tapi harga dah lain la..hampeh...

Cari punya cari maklumat dragon fruit ni, aku terjumpa maklumat yang aku rasa menarik telah diolah oleh penulis ni..kredit to Bro Shukri..memang benar2 menarik...cuba baca h
asil pencariannya di bawah;

* Nama Scientific : Nama saintifik Buah Naga ialah ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ termasuk dalam keluarga ‘cactacea’ (spesies kaktus). Nama dalam Bahasa Cina nya ialah ‘Paw Wang Fa Kor’.

* Asal Buah Naga : Buah Naga berasal dari Amerika Selatan.

* Bentuk : Buah Naga berbentuk ganjil dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga. Sebab itu ia dinamakan sebagai Buah Naga (dragon fruit).

* Cara Makan : Cara makan Buah Naga dengan betul ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.

* Kandungan mineral & zat : Buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

* Khasiat Buah Naga :

  • Sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
  • berdasarkan pada pengalaman aku la sejak makan buah naga ni sejak ahad lepas..mmg superb la buah ni...aku yang jarang membuang pun jadi kerap membuang..hehehehe...satu pencapaian yang baik untuk aku sepanjang tahun ni.."buang air besar hari-hari....."
  • Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi
  • yang ni tak pasti...tapi aku rasa tenang jek sambil mengunyahnya....yummmmiiii...
  • Meneutralkan toksik dalam darah.
  • Mencegah kanser usus.
  • Mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah.
  • Menurunkan kadar lemak dalam badan.
  • Ni satu advantage untuk orang berdiet macam aku ni..tapi aku noticed la..kalau makan buah ni sebijik..full sgt2 rasanya...macam makan nasi 2 pinggan la rasanya...besh...besh..besh..
  • Mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung.
  • part mengurang metabolisme ni..aje pelik..sepengetahuan aku, bile metabolisme kurang..maka susah la nak kurus....huhuhuhu....tapi ada yang aku baca artikel, katanya meningkat metabolisme..macam kat blog nagamadu...cuba tengok sini
  • Mengandungi Serat untuk mengawal kanser usus, kencing manis dan diet.
  • iye ke????...bravoooo...
  • Mengandungi Karotin untuk kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit.
  • bagus untuk mata sebab mata aku pun rabunnya dah makin teruk skrg ni...nak kuatkan otak aku agar sentiasa cerdas dan juga mendapatkan ketahanan badan dari jangkitan penyakit
  • Mengandungi Kalsium untuk menguatkan tulang.
  • Aku selalu sakit lutut...jadi aku harap agar buah naga ni bagi kelegaan pada aku yang selalu sakit lutut bile nak naik tangga or mendaki...rasa sangat tulang ni bergesel..atau aku terlalu gemokkksss...
  • Mengandungi Fosferos untuk pertumbuhan tisu badan.
  • Mengandungi Zat Besi untuk menambah darah.
  • Mengandungi Vitamin B1 untuk mengawal kepanasan badan.
  • Mengandungi Vitamin B2 untuk menambah selera.
  • TTTTTTTiiiiiddddddaaaaakkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
  • Mengandungi Vitamin B3 untuk menurunkan kadar kolesterol.
  • Mengandungi Vitamin C untuk menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat.
Sebenarnya khasiat Buah Naga tidak terdapat hanya pada buahnya. Berdasarkan kajian terkini, khasiatnya juga wujud pada keseluruhan pokok Buah Naga.
  • Buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang.
  • Bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran dan dijadikan ulam.
  • Bunganya apabila dikeringkan, boleh juga dijadikan teh bunga.
  • Debunga bunga buah naga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia.
  • Dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad dan digoreng.
  • Dahan pokok Buah Naga boleh dibuat ulam dimakan dengan sambal belacan dan boleh juga dimasak bersama sup. Dahan Buah Naga terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.
  • Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan.

Pokok Buah Naga adalah termasuk dalam spesis Kaktus yang sangat tahan lasak dan tahan daripada ancaman serangan serangga.

p/s : makan buah naga untuk kesihatan anda....


Tiada ulasan: