Salam...
Sebenarnya MoNdaY BlUeSSSS aku bukanlah malas nak buat keje...aku berkobar-kobar nak buat keje sebab aku dah set in mind dari rumah nak keje rajin2...tapi masalahnye aku takde keje setelah projek RFZPPN telah ditamatkan...boring jugak sementara nak tunggu projek baru...pecah kepala gak bile takde keje....
Aku bercadang nak cari keje lain atau bekerja dari rumah saje...sebenarnya banyak benda yang berlaku sejak dua menjak ni sehinggakan aku hilang arah jugak..mana taknye..bila projek takde susah jugak...bos pun fikir dua kali nak teruskan aku keje kat company ni lagi ke tak....(tak keruan aku dibuatnye)...tapi life must go on..setakat ni hidup aku masih ceria sebab Papa, mak n abah, adik beradik (terutamanya angah) dan kawan-kawan sekeliling yang masih memahami dan bersimpati dengan keadaan aku...banyak perkara yang aku kena fikir kalau nak tukar keje ni...erm, aku akan fikirkan slow2...
So hari ni kawan-kawan semua..janganlah anda bosan2..bersyukurlah kerana anda semua masih mempunyai kerjaya yang sempurna dan kehidupan yang bahagia..Alhamdulillah...
Diet???aku masih meneruskan walaupun tanpa herbalife...aku dah jadi immune dengan makan dalam jumlah yang sedikit sahaja..mungkin kerana sudah terbiasa dengan habit control makan...setiap kali nak makan mesti aku fikir dua tiga kali..perlukah aku makan???? ataupun hanya sekadar nak berkudapan...sekarang ni aku jadikan cara makan aku seperti mana cara berbelanja jugak...makan ikut keperluan dan bukan kehendak (beli barang ikut keperluan dulu ye tak???) ...dan apabila ada dua benda yang aku teringin nak makan....aku jadikan ia sebagai kos lepas...berguna jugak apa yang aku belajar masa tingkatan 4 dulu...ekonomi asaslah weiiii....setakat ni aku tak rasa la berat badan aku makin naik..pasal kadang2 bila baring dah terasa tulang pinggul aku....bila mandi dah terasa tulang selangka aku...tapi aku takler mengharap sangat turun banyak...asal menten sudah la...baju yang aku idam-damkan pun dah boleh pakai...hoyeeeeehhhhh....
Jannah dah mula bawak bekal bubur nasinya ke rumah Wan bedod...untuk makan tengahari...dia cukup suka bubur ikan merah...cepat jek habis....sekarang keje mama dah bertambah pagi2...so mama kena awalkan lagi bangun pagi..kalau biasa bangun kul 5.30..sekarang ni mama dah kena bangun pukul 5 pasal mama nak masak yang fresh untuk jannah selain daripada sediakan bekal tengahari untuk papa...setakat performance pagi tadi...mama on the right track...kena kekalkan la..sebab mama pun dah mula tambah lagi 1 keje, iaitu basuh baju (mesin yang buat, mama picit2 butang jek) pukul 3 pagi dan akan sidai lepas bagi Jannah breakfast....papa pun sekarang ni nak breakfast roti bakar lak ari2....pagi2 memang mama tak sempat nak terkentut sekalipun...bz sampai lah pukul 7.15..waktu hantar Jannah dan terus g keje ngan papa....waktu mama melepaskan lelah adalah semasa di dalam tren yang terpaksa mama lalui tahap kebuhsanan selama 45 min kerana dihimpit2 oleh orang dan kadang kala mama terpaksa menghidu aroma yang kadangkala mama terpaksa simpan muntah mama dalam mulut...wakawakawakakakak....
Balik nanti nak kena buat checklist sebagaimana Puan Sitisifir kita buat,,,,aku bukan tak nak buat selalunya..tapi sempat karang dalam kepala jek,,,tak sempat nak turunkan kat kertas...so kena mulakan pelajaran baru ari ni...untuk lebih berdisiplin dan keje2 semua beres sebelum aku menutup mata untuk memulakan hari esok yang tak tahu lagi apa yang terjadi antara aku dan keje ku....mungkin akan mengucapkan selamat tinggal atau ada solution lain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan