Isnin, 6 Julai 2009

Masak-masak lagi......

Salam....

Hujung minggu lepas, mama asyik masak2 jek..yelah tetiba papa teringin macam2 lak..so mama masakkan apa yang papa request..selalunya hujung minggu mama jarang masak sebab kakak ipar ku dah masak...so mama takde peluang nak masak..sebab hujung minggu adalah hari merempit kami sekeluarga...so, masak2 ni jarang sikit la...kalau orang lain, hujung minggu la hari memasak depa...

So hari sabtu hari tu, mama masakkan papa daging goreng kunyit..alahai...masakan ni, budak darjah 3 pun tau masak..senang dan sempoi jek...di samping tu mama buatkan papa goreng petai ikan bilis...erm..papa makan dengan berseleranya tengahari tu...mama, macam biasa menten diet sebab malam tu kitaorang rancang nak makan2 kat key ell...

Hari Ahad lak, mama masakkan ikan siakap 3 rasa...uishhh..yang ni papa bagi 10 bintang kat mama..sedap seyyyy...ikan tu papa dapat masa memancing kat kolam bayar (mama tak tahu kat mana lokasi sebab papa pegi time mama dah tido bongkang ngan jannah)...erm, beratnya adalah 3kg...huhuhu....tapi mama tak sempat nak amik gambar ikan tiga rasa tu sebabnya turun2 dari kuali jek, dah disebat oleh papa n ahli rumah sekalian...so nanti mama tempekkan gambar n resepi k....layanzzzzz...


papa dengan hasil pancingannya...masa ni dia dah keletihan maklumlah kuar pukul 12 malam balik pukul 7 pagi..ingatkan berbakul ikan siakap yang dia dapat.....tapi...yang ADDDDOOOOOOO.....(aduh, papa dah tembam...kasik cover perut tu pa....)


Daging Goreng Kunyit


Bahan-bahan:

Daging batang pinang (dihiris nipis2 dan direbus sehingga empuk)
1 biji bawang holand (dihiris besar2)
3 ulas bawang putih (diketuk)
2 hiris halia

cili api (suka hati, kalau nak peda letak banyak la)
3 batang kacang panjang (dipotong serong)
sebiji lada merah (hiasan semata2)
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit asam gelugor (asam keping)

garam dan aji
minyak zaitun untuk menumis

Cara menyediakannya:
Sediakan bahan-bahan...panaskan minyak pastu goreng daging yang telah direbus..bila dah agak garing, angkat dan ketepikan. Tumis bawang, bawang putih, halia. Bila dah naik bau, masukkan daging, serbuk kunyit, garam dan aji. Pastu masukkan asam keping dan cili api..dah agak masak masukkan kacang panjang dan gaul selama seminit. Angkat dan sedia dihidang.


Ikan Siakap 3 Rasa
(gambar ihsan Afham Azizflickr.com)

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan diperap dengan sedikit kunyit n garam)
1 biji bawang holang dipotong kiub
4 ulas bawang putih, 10 biji cili api, 2 biji lada merah (dimesin kering)
1 inci hali (dihiris halus)
1 batang serai (dihiris)
2 keping daun limau purut (dimayang halus2)
1/2 biji lemon (dihiris nipis2)
sos cili
sos tiram
sos tomato
1/2 kiub ayam
1 sudu gula
1 biji tomato dipotong kiub
1/4 tin nanas
sedikit garam n aji
minyak zaitun untuk menumis
1/2 cawan air


cara-caranya:
Goreng ikan siakap yang telah diperap secara deepfry..pastu ketepikan, letakkan atas pinggan yang sesuai. panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang serta bahan2 yang dimesin kering. Kemudian masukkan halia dan serai. Setelah naik bau masukkan sos cili, tomato n tiram. Letakkan sedikit air jikan terlalu pekat. Masukkan bahan2 perasa dan masukkan nanas, tomato, daun limau purut dan lemon...biarkan ala2 pekat dan siramkan atas ikan yang telah digoreng...fuhhhh, melelehhhhh.....

SELAMAT MENCUBA



Tiada ulasan: