Selasa, 14 Julai 2009

Sape nak Spectra Breastpump Freeee!!!!!

Aku nak...aku nak..aku nak....tapi takde maknanya senang2 nak bagi kat korang ..so korang kena masuk contest la yang telah dianjurkan oleh Ratuhati.com dan Srisuri.com....hmmm....aku sekarang ni nak tolong war2kan kat korang la..mana tau berminat...dan haku adalah terlalu berminat...tapi ada ke idea (apakah???..apakah??..apakah??)

Pertandingan ini dalah untuk menggalakkan penyusuan ibu...aku pun menyusukan jugak tapi tak eksklusif la...pasif orang kata macam suam2 kuku jerk..bukan alasan, tapi banyak usaha yang telah aku lakukan..nampaknya belum berhasil..yang nyatanya aku perlukan Spectra Breastpump itewwww.....mesti berjayakan usahaku untuk full BF jannah ngan bantuan alat ni....Now, aku iklankan pertandingan ini untuk tindakan selanjutnya dari korang..aku pinjam entri SitiSifir10..jangan mareee yeee....so Haz (tuan punya kedai yang sponsor spectra nih)..ku dah langsaikan hutangmu..sekarang ni ku doakan juga agar ramai yang masuk pertandingan ni...



Peraduan Kempen Penyusuan Susu Ibu
Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu 1-7 Ogos 2009, Ratuhati.com dan SriSuri.com ingin menjemput anda semua menyertai peraduan penyusuan susu ibu di Ratuhati.com... Hadiah antaranya breastpump spectra bernilai hampir RM400!!

BAGAIMANA MAHU MENYERTAINYA?
  • Lakukan kempen menggalakkan ibu-ibu memberi susu badan kepada anak-anak mereka. Supaya bapa-bapa dan lain-lain anggota keluarga serta masyarakat untuk turut menyokong seorang ibu menyusukan anak mereka.

  • Media kempen adalah bebas. Anda boleh kempen dengan menggunakan video, gambar, cerita, tutorial, cerpen, esei, puisi dan sebagainya. Ikut kreativiti anda.

  • Ibu sedang hamil sangat-sangat digalakkan menyertai pertandingan ini. Ada markah bonus untuk anda.

  • Kempen yang paling menarik dan popular akan menang.

TERMA dan SYARATCARA MENGHANTAR PENYERTAAN
  • Hantarkan penyertaan anda di forum peraduan ini.

  • 1 ahli = 1 penyertaan = 1 thread

  • Anda boleh buat lebih 1 post dalam topik anda tersebut.

  • Video boleh milik anda sendiri atau diambil dari mana-mana sumber awam seperti youtube, vimeo dan sebagainya.

  • Gambar boleh milik anda, milik orang lain (dengan izin tuan punya) atau diambil dari mana-mana sumber awam seperti wikimedia atau dari sumber creative commons.

  • Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Ogos 2009

  • Ratuhati.com berhak untuk menukar terma dan syarat di atas tanpa notis / persetujuan selagi ia tak menzalimi kedua-dua pihak..

Tiada ulasan: