Semalam punyalah penat...sebab apa, hari kelmarinnya kan aku tak cukup tido..projek membuat kek adalah bermula pada pukul 10 malam...gile..bertukang kat dapur time semua orang dah masuk sarang ...nasib baik jannah dah tido...so dapatlah mama masak-masak ngan aman...
Banyak gak rintangan nak buat kek ni..dah la timbang dah rosak..so aku main agak2 jek guna cawan..aku mmg suka sukat guna cawan..sebab selalunya agakkan tu adalah sungguh tepat sekali (sukatan yang tepat penting yer puan-puan bagi memastikan resepi anda menjadi!!!)....so menjadi la kek tu....papa plak semalam pi Sg Buluh ngan abah nak menjemput sedara datang kenduri sabtu ni...so takdelah pembantu aku untuk jaga jannah....aku biarkan jannah tido sorang2...rintangan yang kedua, mixer punya mangkuk takde..so aku gunalah mangkuk plastik untuk pukul telur. Pastu, berkecah-kecah la jadinya kat dapur...bengang2...kalau chef wan tgk aku buat kek ni dengan keadaan yang semak samun mesti dia menangis punyer...Rasa macam wat program masak "Ketuk-Ketuk Syaaban"....
Akhirnya...kek berjaya aku siapkan....sangat2 la sedap...sangat2 la lembut...sangat2 la gebu..papa balik terus makan kek tu...dia kata kalau letak coklat cair sebagai hiasan lagi sedap...dah la pa...dah pukul 12 tengah malam, apa kejadahnya mama nak hias2 kek tu..makan jek la..tapi papa tetap bagi 5 bintang kat mama (yeppiiiii!!!!!)....tapi ...tapi..tapi kan...teksturnya taklah sama macam SSC kak ros dari pandangan mata kasar aku la....tapi takpelah..percubaan pertama ni kira berjaya jugak...layanzzzzz gambar2 kat bawah nu....
Korang kalau nak cuba aku sertakan sekali resepinya;
SLICE CHEESE CAKE
Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
- 4-5 keping slice cheese
- 200 ml susu segar
- 70 gram butter atau marjerin
- 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
- 70 gram gula
- 4 biji telur saiz M
- beberapa titik esen vanila
Cara-cara
- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
- masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
- akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
- hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan