Khamis, 22 April 2010

Resepi Snickers Cheese Cake


Resepi cake ni adalah resepi campak2 saya sendiri...
Idea untuk buat cake ni plak adalah lepas saya tengok cake ni kat blog nih...
kak rani buat jual kek nih..so takkan lah plak saya nak mintak resepinyer...
tapi sebab teringin nak makan, saya bikin seperti resepi asas cheesecake yang biasa saya buat
sebenarnya kek ni lebih cantik kalau bakar guna cara marie-bain (betul ke eja nih)
tapi yang ni saya bakar terus..senang keje...
so bagi yang dah mintak resepi tu...
sekarang saya tunaikan...

Snickers Cheese Cake

Cake Base
1 bungkus biskut oreo
sedikit biskut digestive
50 kacang walnut (dicincang)
4 sudu gula castor
mentega lembut secukupnya secukupnya

Filling
500g cream cheese Philadelphia (lembutkan)
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 sudu tepung jagung
150g yogurt perisa asli (kalau korang dah buh perasa apa pun bleh)

Topping
1 bar chocolate snickers
kacang panggang secukupnya
ganache (125g coklat masakan + 80ml susu cair + 1 sudu kecil mentega, double boiling)

Cara2

1. hancurkan biskut oreo dan digestive. Kemudian gaulkan dengan gula, kacang walnut dan mentega sehingga adunan tidak terlalu berderai. masukkan adunan ke dalam loyang dan tekan sehingga padat. bakar pada suhu 195 darjah selama 10 minit. Sesudah itu keluar dan sejukkan.
2. Putarkan cream cheese hingga betul2 kembang. Kemudian masukkan gula dan telur. Putar lagi dalam 5 minit pada kelajuan sederhana kemudian bolehlah masukkan tepung jagung dan yogurt dan putar sehingga sebati. Masukkan adunan kedalam loyang tadi. bakar pada suhu 180 darjah selama 50 minit atau sehingga masak.
3. Setelah kek masak, biarkan sejuk dan hiasakan dengan ganache dan snickers yang telah dipotong serta kacang.

Nota : kek ni kira budget cake la..tak perlu banyak bahan, tapi kalau yang ada budget tu bolehlah tambahkan 100ml whipping creame.

Selamat mencuba!!!!!


5 ulasan:

PUTUBAMBU berkata...

mekacih beatteyy..!
boleh ah try...

Beattey berkata...

boleh2...

LiAnA berkata...

macih... boleh try lepas ni...

noradzlina.kamdani berkata...

biskut digestive tu camne

Beattey berkata...

liana : try jgn tak try..hehhehe

lin : ada jual kat kedai...kalau takde ganti biskut oatmeal jacob jek..