Isnin, 23 November 2009

Aktiviti Hujung Minggu Saya!!!


Setakat ini, saya masih belajar dan belajar lagi bagaimana untuk menghasilkan roti dengan baik. Semestinya saya mahukan hasil yang sama dengan yang dijual di kedai-kedai roti dan juga sedap ditekak saya dan disukai oleh keluarga saya. Saya masih lagi mencuba pelbagai resepi yang sesuai dengan selera kami sekeluarga selain untuk dijadikan sumber pendapatan kelak andai saya tidak betah untuk bekerja lagi. Walaupun nampak membosankan, tapi saya tetap dengan minat saya. Jika anda semua berminat jugak, boleh join saya!!!!!


Hari sabtu lepas adalah sangat menyeronokkan sebab En papa mengikut sahaja kemahuan saya yang pada saya akan memenatkan beliau..Tapi, demi kasih sayangnya buat isterinya ini, selepas penat bersesak-sesak di jualan gudang pureen (sibuk membeli belah barangan keperluan anakanda), saya singgah ke kedai bake with yen untuk membeli bahan keperluan bagi membuat roti pita. Dan hasilnya tidaklah menghampakan, dan kali ini saya belajar sesuatu...jika mahukan roti pita yang gebu dan lembut, perlulah dicanai tebal sedikit...dan semua orang di rumah itu memuji saya kerana berjaya membuat roti pita yang sedap setelah dimasukkan intinya..



Dan hari ahad pula, saya cuba untuk membuat donut yang resepinya saya dapat dari MYR, respi milik
HaSue (terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi resepi). Donut ini saya cuba jadikan makanan sejuk beku untuk sarapan pagi tadi. Hasilnya memanglah teramat memuaskan hati tukang buat donut ini kerana ia sunggh gebu dan lembut. Separuh dari doh tersebut saya buat base untuk pizza pula...lepas ni tak payah la saya bersusah payah untuk menguli tepung untuk membuat base pizza, sebab saya dah menyejuk bekukannya untuk kemudahan saya nanti...









9 ulasan:

bintangku berkata...

sudilah kiranya tuan hamba memberi resepi sejuk beku yg tuan hamba buat itu...

Beattey berkata...

huhuhu...

sejuk beku yang hamba agak2 jek...

masa donut tu dah naik..goreng sekejap sje...agak2 kuning sikit..angkat pastu sejukkan..bile dah sejuk, masukkan dalam bekas or plastik n masukkan kat tempat sejuk beku...

untuk doh pizza lak..bakar dalam oven 200 darjah selama 5 minit..pastu kuarkan dan sejukkan. Ulangi langkah seperti di atas...

itu sahaja yang hamba lakukan tuan hamba...

nadnye berkata...

salam ..pss kene bertuan hamba juga lah yea..

terima kasih tuan hamba untuk maklumat yang berguna buat hamba pratikkan sebab blum mahir dalam membuat donut dan doh pizza itu

Beattey berkata...

walaaikumussalam..

donut dan pizza tu adalah dari doh yang sama yer tuan hamba nadnye..

berkongsi adalah mengambil berat...

betul ke ayat hamba ni...

noradzlina.kamdani berkata...

eee..bestnye cik beattey...untung sungguh suami cik beattey beristerikan u mesti dia montel kan asyik disumbat oleh cik beattey dgn mskn yg best2..

Beattey berkata...

heheheh...

untung tak untung tu tak tau la lin...

husband saya mmg dah montel..bayangkan dah naik 20kg dalam masa 2 tahun usia perkahwinan...

PUTUBAMBU berkata...

uish..sodapnya..!
tak tahan tgk gambor2 makanan dlm ni..rasa cam nak jilat skrin jek..huhu

Unknown berkata...

mmg untung suami akak dpt merasa selalu air tgn isterinya...yg bestnya fast food pun akak buat sendiri...tu psl boleh bg 5 stars ni

Beattey berkata...

Putu...

Sedap..nanti bila rumah saya dah siap..jemput la datang ye...

pasal resepi donut tu...jap lagi saya link kan...

Mia...
heheheh...tapi hubby akak jarang request nak makan apa..tu yang tak syok..selalunyer dia kata suka hati mama la nak masak ape...
boring...lepas ni banyak lagi fast food yang akak nak try..tunggu..