Jumaat, 6 November 2009

Tempahan....


Salam...

Pagi tadi bangun pukul 5..lewat sikit la pasal hari ni hari jumaat...papa tak bawak bekal...dia balik umah makan masakan ibu mertuaku...jadi sempatlah nak wat sarapan ngan menyiapkan tempahan....hari ni buat tempahan Murtabak Raja Singaporetm ..ada satu jek dalam dunia nih..hahaha...ni regular customer yang tempah....



Nak tau saiznyer..amat la besar berbanding murtabak biasa...23cmx23cmx2.5cm..ada berani...bolehlah untuk satu family makan....ada 3 lapis roti dan 3 lapis daging....harga adalah berpatutan...

Hari ni brekfast untuk papa cuma sandwich telur sahaja...papa n mama bawak bekal gi ofis..jannah pun makan gak....esok kalau rajin nak buat roti manes lak untuk sarapan jannah n papa....

jap lagi aku update 99HTN.....








8 ulasan:

Sitisifir10 berkata...

Sll dengar pasal murtabak raja...tapi tak pernah rasa lagi...sob sob

Beattey berkata...

hahaha...

nak rasa mai datang sg penchala....

ibusinga berkata...

wait seminit...wait seminit...
betulkah mataku ini!!!???
ada yang aku terbang ke sungai pencala ni kang!!!!!
best tu!!!!
boleh tempah??
(sambil mengesat elior ni...)

adianiez AIDA berkata...

aida pernah sekali jer beli & rasa murtabak s'pore. beli kat muar. sedap. besar. kenyang. puas hati.

Beattey berkata...

IS...

mai la datang umah.nak tempah ye...boleh2 apasalahnyer...harga calling2 la..kasik rege special kengkawan...

Beattey berkata...

Aida...

Murtabak ni lain sikit daripada murtabak singapore, rasa dia sama ..cam murtabak singapore tu 1 layer jek..ni 3 layer...setakat ni dah ramai yang tempah...

geraugebang berkata...

wah, kalau nak tempah cam mana? berape herganyeer?

Beattey berkata...

ooo...

gerau nak tempah yer....

harga kita bagi sama la ngan IS,

RM20 (harga promosi bulan Nov)

selalunyer kita jual RM24...

boleh makan 6-8 org..

tapi kita tak pakai khidmat pos..

kalau rajin datang amik kat setiawangsa or sg penchala..