Selasa, 3 November 2009

Permintaan IS...a.k.a Ibu Singa


Puan Doktor...

Ini entry khas untuk Puan Doktor...harap2 leh ler cuba n tunjukkan kehebatanmu pada AS..hahahaha...resepi ni pun kita dapat dari Myresepi...tuan punye resepi ni Lilydvalley (mintak izin tempek resepi k)...silalah bersilambam di dapur Puan Doktor ye...jgn ada yang sampai terpeleot lak...

Bahan-bahan ( 17 biji bun )

  • Filling
  • 200 gm mentega
  • 1/2 teaspoon vanilla essence
  • 70 gm brown sugar
  • Topping
  • 200 gm mentega
  • 160 gm gula icing
  • 3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • 1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • 200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • 2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur- dipukul
  • 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • 60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan
  3. Doh Roti
  4. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.





5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ahaks...
tersedak...
apakebende bread improver tu...
ekekekeke....
boleh try...
masyaAllah!!!

Beattey berkata...

bread improver tu ada jual kat pasaraya..carik jek...

sekali tgk resepi ni mmg masyaAllah..

sekali rasa..alhamdulillah...hahahah..sedap ya amat

kucingorengemok berkata...

haaaa? ibu singa nak buat roti?? larrrriiiiiiiiiii...!!

Beattey berkata...

KOG..mai la try sekali...

- Madam Jihan - berkata...

wahh..terliur tgk papa roti ni...sedappp nyeee..nak try jugak la nnt:)