Rabu, 28 Oktober 2009

Dah Jadi....




Salam...

Projek semalam bikin roti dah menjadi..tapikan aku masih tak puas hati ngan tahap ke'gebu'an bun yang aku buat tu....semalam adalah acara test power aje...penat jugak nak menguli, nak tunggu dia kembang, pastu dah uli lagi..tunggu kombang lagi..lelama aku yang kembang sementara menunggu roti kembang..mana taknye sementara tunggu roti aku berkudapan ...mengudap kuih raya org yang tak habis...huhuhu.....


Dalam pada tu bangga la jugak..sebab first time buat...dah kira jadik la tu..papa bagi thumbs up kat mama...kombang kempis hidung mama....hahahaha....mana taknyer papa terkujat gak pepagi dah siap bun sausage atas meja bersama nes tarik panas....memang heaven kan laki i bersarapan....tinggal yang tak heavennyer mama tak sempat nak brekfast ngan papa...pasal mama dah lambat untuk bersiap-siap...hari ni plak papa bawak bekal lunch asam pedas ikan bawal, telur dadar dan ulam kacang botol...simple jek pa ari ni sebab semalam dah makan siakap tiga rasa n kangkung belacan....


Terima kasih jugak buat kak Noreen..sebab berkongsi resepi di dalam blognyer..so kat sini mama tempek resepi kepada sesiapa yang nak mencuba n nak asah skill buat roti ni....mama tak guna BM cuma guna kudrat tulang 4 kerat..

bahan2:

250gm tepung roti
50gm tepung gandum - boleh juga digantikan dengan tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur
1/2 camt garam
1 camt susu tepung
1 camt yis
1/4 camt bread improver - optional
160ml air
25gm shortening - boleh juga digantikan dengan butter

10 biji hot dog
bijan secukupnya
egg wash - untuk sapuan

cara :

  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam dan ini bergantung pada jenis BM masing2
  • keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm/60gm
  • bentukkan setiap doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk rectangular (seperti di dalam gambar)
  • letakkan satu biji hot dog dan potongkan bahagian kiri dan kanan kepada 5 bahagian (lihat gambar)
  • kemudian cantumkan bahagian2 yang dipotong tadi (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis dan susunkan ke dalam loyang/dulang yang telah digris
  • sapukan dengan egg wash dan taburkan dengan bijan
  • kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 30-45 min
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan ke dalam oven tanpa perlu 'ON' kan oven
  • apitkan kiri/kanan atau atas bawah loyang tadi dengan dua cawan air panas supaya proses penaikan doh akan menjadi cepat
  • selepas itu bakarlah pada suhu 200C selama 5 min
  • kemudian turunkan suhu oven pada 180C dan bakar lagi selama 10-12 min atau sehingga keperangan







Tiada ulasan: