Khamis, 26 November 2009

Habis sudah!!!!


Berakhirnya aktiviti mengayam ketupat...
nak amik gambar..betri habis..
semua sekali ada 52 biji kelonsong ketupat....
disiapkan tepat waktunyer..
nak balik dah ni...

Tengahari tadi mak yung lunch dengan nasi ayam ipoh...
pepagi buta dok pulun wat nasik ayam ni sebab tak cukup masa nak buat 2 biji kek pisang lagi...
nasib baik ari ni leh masuk keje lambat...
layan gambo lama jek la k...
nak balik ni, nak singgah kedai bahan kek...
nak beli blue berry paste,
nak wat blueberry cupcake malam nie...
datang ler umah...

Ada berani???


SALAM AIDILADHA...

Tade Keje Lain eekkkk?????


Memang tade keje...semua dah settle semalam...
So, aktiviti saya hari ini adalah....
Percaya atau tidak...
Saya telah mengayam ketupat di dalam opis...
sebab hari ini adalah aktiviti bebas...

Saya beli kat pasar tani setiawangsa...
Betul2 kat bawah opis...
Meriah sakan..macam nak menyambut aidilfitri...
saya pun turut menyertai mereka-mereka yang sakan untuk membuat persiapan aidiladha..
Disebabkan saya bekerja hari ini...
Saya juga sempat membuat persiapan aidiladha dengan menganyam ketupat (50 biji ye..setakat sekarang ni baru siap 5 biji)...
balik nanti dah senang keje saya..
Tinggal nak masukkan beras dan rebus...
Raya ni saya tak pulang ke kampung (muo)...
Jadi raya syok sendiri kat KL....
Tadi saya call mak, mak kata dia tengah menjerang ketupat...
Sedih tau saya..sebab selalunye itu mmg keje saya selain daripada memasak lauk pauk...

Untuk esok, menu hari raya saya ialah ayam masak merah, kari daging dan rendang daging...(saya tak suke lodeh, tapi kuah kacang pun ok gak)
Itu jek la..lagipun orang kat rumah tu tak makan sangat ketupat...
nanti ketupat yang banyak tu, saya sedekah la kat jiran2..
tak dapat la nak sedekah lauk sekali...
nak rasa lauk..mai datang umah...

Aktiviti bebas saya kat opis..
selain daripada kemas meja saya yang berselerak, check fax, angkat fon...
Mak Yung ini hanya makan biskut n shake herbalife jek pagi ni...
apa kesss?????


Percubaan Pertama!!!!


Sememangnya saya memang suka mencuba sesuatu...

dan inilah hasilnya setelah saya mendapatkan 3 way- snack maker berjenama empress dari Cosway...

Walaupun adunannya tidak menepati selera saya...

tapi untuk percubaan pertama kalinya..adalah terima akal...

Sekarang ni saya pula sibuk mencari resepi waffle yang terbaik di laman-laman web...(kalau dah dapat resepi yang betul2 best, saya akan kongsi dengan kamu semua)

Percubaan ini telah dilakukan pagi semalam...

Disebabkan saya tidak sempat untuk menulis...

Jadi, di hari yang sungguh lengang dan goyang kaki...Saya dapat update...



Semalam saya teringin nak makan spaghetti bolognese...

dan semalam juga sempat saya menyiapkan tempahan murtabak raja singapore saya tu...


dan hari ini adalah tempahan kek pisang coklat walnut....

Walaupun penat dua-tiga hari ni... tapi saya sangat happy!!!!!!!!!!!!

Selasa, 24 November 2009

Saya amat rindu...

Saya masih rasakan jannah masih baby lagi...

masih rasakan dia baru jek 6-7 bulan...


bila tengok gambar-gambar dia..hati saya cepat rasa sayu...

entah la..mungkin saya terasa terlalu cepat dia dapat adik...

Disaat-saat ini saya amat rindukan dia...






Breakfast Papa...


Salam...

Baru sekarang sempat nak update...

Pagi tadi saya terjaga tepat pukul 5.00 pagi..lewat daripada biasa walaupun malam tadi kami anak beranak masuk tido cepat. Lepas isyak, semua dah tumbang...En Papa awal-awal dah mengadu sakit badan..penat bekerja seharian...jadi sebelum tido saya mengilhamkan sesuatu untuk dimasak esok harinya untuk sarapan papa....nah, walaupun simple dan ringkas tapi tetap memikat selera papa..bayangkan untuk dia seorang sahaja dah 4 ketul sausage roll...itu belum tambah dengan nasi goreng cina 2 pinggan....macam mana la nak diet papa nih!!!!!


Setakat ini saya masih ada selera untuk makan..tak macam pengalaman saya mengandungkan jannah...pada awal kehamilan saya mengalami mabuk yang amat teruk...sehingga 6 bulan lamanya..saya tak boleh makan sembarangan..tapi jangan tak percaya saya telah menambah berat badan saya sebanyak 40kg...dan kali ini saya berazam untuk tidak mahu perkara yang sama berulang lagi..kalau boleh saya nak jaga pemakanan saya semasa kehamilan ini...untuk lunch hari ini saya hanya ambil 1 senduk nasi (beras herba ponni taj mahal) dan ikan selar masak pindang serta sedikit buncis goreng...rasanya nak kekalkan gaya makanan yang rebus-rebus sahaja..macam orang berpantang la pulak gamaknya...saya takut sangat berat badan saya naik macam dulu...tak sanggup rasanya....

Sesiapa yang berpengalaman...ada petua tak tak nak bagi berat naik banyak sangat ketika hamil.....???





Isnin, 23 November 2009

Aktiviti Hujung Minggu Saya!!!


Setakat ini, saya masih belajar dan belajar lagi bagaimana untuk menghasilkan roti dengan baik. Semestinya saya mahukan hasil yang sama dengan yang dijual di kedai-kedai roti dan juga sedap ditekak saya dan disukai oleh keluarga saya. Saya masih lagi mencuba pelbagai resepi yang sesuai dengan selera kami sekeluarga selain untuk dijadikan sumber pendapatan kelak andai saya tidak betah untuk bekerja lagi. Walaupun nampak membosankan, tapi saya tetap dengan minat saya. Jika anda semua berminat jugak, boleh join saya!!!!!


Hari sabtu lepas adalah sangat menyeronokkan sebab En papa mengikut sahaja kemahuan saya yang pada saya akan memenatkan beliau..Tapi, demi kasih sayangnya buat isterinya ini, selepas penat bersesak-sesak di jualan gudang pureen (sibuk membeli belah barangan keperluan anakanda), saya singgah ke kedai bake with yen untuk membeli bahan keperluan bagi membuat roti pita. Dan hasilnya tidaklah menghampakan, dan kali ini saya belajar sesuatu...jika mahukan roti pita yang gebu dan lembut, perlulah dicanai tebal sedikit...dan semua orang di rumah itu memuji saya kerana berjaya membuat roti pita yang sedap setelah dimasukkan intinya..



Dan hari ahad pula, saya cuba untuk membuat donut yang resepinya saya dapat dari MYR, respi milik
HaSue (terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi resepi). Donut ini saya cuba jadikan makanan sejuk beku untuk sarapan pagi tadi. Hasilnya memanglah teramat memuaskan hati tukang buat donut ini kerana ia sunggh gebu dan lembut. Separuh dari doh tersebut saya buat base untuk pizza pula...lepas ni tak payah la saya bersusah payah untuk menguli tepung untuk membuat base pizza, sebab saya dah menyejuk bekukannya untuk kemudahan saya nanti...









Disqualified!!!!

Salam....

99HTN, i'm confirm disqualified .......

immediately....

Coz i'm +ve...

faham2 je la ye...

still give fully support to uols...

don't give up till the end....

Kredit to : flickr.com



Khamis, 19 November 2009

Jom main masak-masak!!!!




Salam...

Hari ni saya nak citer pasal makan jek tau....malam tadi saya sempat la bercintan cintun ngan papa (tengok DVD tau!!!)...Semalam, saya suruh big boss (en papa) pergi ke kedai bakery untuk beli bahan-bahan buat kek untuk tempahan kek saya esok...jadi dia sempat juga membeli DVD 2012 yang sangat diidam-idamkan oleh isterinya yang tersayang ni...cerita ni adalah sungguh panjang, sempat jugalah saya dan papa tertidur-tidur ayam 2-3 kali...jadi proses membuat nugget jannah adalah tergendala dan projek nugget itu bermula pada jam 12 tengah malam...mak mertua saya pun pelik, kenapa menantunya tak reti-reti nak tido...sambil-sambil itu saya pun buatlah inti daging untuk roti jala saya keesokkan harinya....Nugget ini adalah sangat sedap jika tidak dimasukkan daun thyme...disebabkan ingin mencuba, rasanya adalah agak kurang memuaskan, sama seperti meletakkan daun kari yang begitu banyak di dalam adunan nugget itu...tapi tetap sedap ditekak saya yang tak nak membazir ini...(rupe nugget tu dah superb tahap expert)

gambar sebelum diselimutkan


selepas selimut dan nak beradu ni (dalam esbok)


Dan, seawal pukul 4.30 pagi, mata saya sudah tidak mampu untuk memejamkan mata lagi sebab cuaca teramatlah sejuk sehingga menusuk ke tulang hitam saya...betapa sejuknya pagi tadi sehingga mampu menerobos lapisan lemak saya yang amat tebal ini...boleh bayangkan tak??? Jadi sarapan untuk papa hari ini adalah sangat spesial...roti jala berinti daging cincang...sejak dua menjak ni saya akan pastikan yang papa akan bawa bekal sarapan pagi ke tempat kerja..no more beli-beli dan makan-makan kat warung mamak atau kedai mak usu okey!!!. Dengan penuh kasih sayang saya mengirai roti itu..sehingga mendapatkan hasil yang sungguh sedap sekali...ha3x..


Hari ini, saya bekalkan papa dengan daging black paper, sayur ulam dan ayam goreng untuk makan tengahari..harap-harap kena dengan selera papa....so, lunch untuk mama pula adalah chicken salad...cuba lihat salad saya..adakah menggiurkan???Yang ini tak payah la tanya resepi sebab kalau tengok gambar pun kamu semua dah tahu apa bahan-bahannya..cuma dressingnya saya gunakan sos hot peri-peri nandos, sos tomato dan satu sudu besar reduce fat mayonnaise..




Update menu hari ini :

sarapan : shake HL + air suam
minum pagi : 1/2 ketul roti jala berinti daging
lunch : chicken salad + yogurt kiwi + air suam
malam : no dinner...





Rabu, 18 November 2009

Update 99 HTN...(5 hari)



Kredit to : Amy Alldis (flickr.com)

Hari ni saya nak update daily menu saya..banyak jugak yang bad day...kononnyer nak buat analisis macam psf6450 (miza), tapi takde masa la...

13/11/2009 (Jumaat)
Breakfast : mee goreng basah + air teh
Lunch : shake herbalife + air 1 liter
Dinner : 1 chicken nugget + roti + air manggo

14/11/2009 (Sabtu)
Breakfast : mee suah + 2 chicken nugget + air suam
Lunch : udang goreng tepung + sayur campur + air manis
Dinner : tak makan

15/11/2009 (Ahad)
Breakfast : mee suah + chicke nugget + air suam
Lunch : udang goreng tepung + sayur campur + air manis
Dinner : tak makan

16/11/2009 (Isnin)
Breakfast : bihun goreng + jemput2 + air suam
Lunch : sayur campur + roti manis+ air oren
Dinner : 1 ketul ayam goreng + 1 ketul ayam gulai + 1 mangkuk kecil yee mee

17/11/2009 (Selasa)
Breakfast : shake herbalife + air suam
Lunch : yogurt + keropok lekor + air teh
Dinner : tak makan

Plan untuk hari ini..

18/11/2009 (Rabu)
Breakfast : shake herbalife + air suam
Lunch : mee sup + kacang botol goreng belacan + air suam
Dinner : tak makan

Sebenarnya, sejak bermulanyer 99HTN, berat saya telah bertambah sebanyak 3kg...memang la saya tak makan nasi, tapi selera makan saya tak seperti selalu....macam sewaktu saya peknen dulu...tapi tak tau la sekarang ni asyik pening2 jek...sekarang pun dah lewat jugak...lagipun saya kerapkan makan untuk menambah susu...sekarang susu badan saya dah bertambah jadi saya dah boleh diet semula....jadi saya tak tahu mana satu penyebab membuatkan selera makan saya bertambah....

adakah????

mungkin ya dan mungkin tidak...

kita tengok result doktor jumaat depan...

kalau positif, penyertaan saya dalam 99HTN adalah terbatal serta merta....

.
.
.
.
.


Selasa, 17 November 2009

Diet Tips For Today


kredit to : http://www.healthcastle.com


Weight-Loss Secret: How to Grocery Shop

People who make grocery lists, shop for fresh produce each week and prepare meals at home are more likely to keep a trim figure because they have total control over what they eat and when. There’s no last-minute trips to the frozen dinners aisle of the grocery store or, worse yet, to the drive-thu at the local burger joint.

But selecting, washing and chopping up fresh foods for dinner is an activity that many of us just don’t have time for. If you’re more than a little stretched for time, consider splurging a bit at the grocery store to make eating fresh produce easier on yourself. Forget the bulk carrots and bunches of broccoli and head for the pre-washed, pre-peeled, pre-cut, pre-bagged veggie section. There you will find foods like baby zucchini, cut broccoli florets and sliced carrots, which can all help you make your meals easier than ever to prepare.

Yes, they cost quite a bit more than bulk produce, but if you don’t have the time to prepare fresh foods for dinner, what will you end up eating instead? TV dinners? Macaroni and cheese? Top Ramen? The question you have to ask yourself is “How much is good health worth to me and my family?”

source : www.lifescript.com




Rambut???

kredit to : http://www.malaysiasite.nl/recept20.htm



Memang melumpuhkan nafsu makan saya...dan kesian juga pada akak yang jual nasi berlauk di depan giant...(dah tak beli dalam giant)??? Apa cerita???

misi saya untuk membeli sayur taugeh goreng terbantut bila saya nampak ada satu helai rambut yang panjang diantara sayur-sayur taugeh tersebut....saya ni bukanlah penggeli orangnya..tapi tiba-tiba sahaja isyarat dari mata saya terus ke otak yang menyatakan "TIDAK" pada sayur tersebut..kesian kat akak tu, dia dah nak bagi plastik kat saya, tetapi saya dengan tiba-tiba membatalkan hasrat..Berdosakah saya??? Ye, berdosa..sebab saya tak bagitau apa salah dia sehingga saya sanggup melukakan hatinya...tapi saya tak sampai hati pula nak bagitau ada rambut dalam sayur tu...

Jadi saya yang berlalu dengan penuh rasa tidak bersalah, pergi ke gerai adik yang jual keropok lekor..dan saya dah habiskan 10 keping keropok lekor yang terlalu banyak kalori..saya bukanlah lapar sangat, tapi gatal mulut nak mengunyah...

Untuk akak jual nasi berlauk tu...saya nak bagi tag line sikit....
KEBERSIHAN AMALAN HIDUP KITA...
(pesanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia)

bukan saya kata akak tu pengotor, tapi benda-benda ni tak sepatutnya berlaku...mungkin bukan salah akak tu...tapi saya tetap tak boleh terima...saya mintak maaf banyak-banyak yer...





Donut....Oh Donut....




Salam....

Lama saya tak mengemaskinikan blog yang tak seberapa ni...tapi nak juga berkongsi cerita..sepanjang hidup saya, walaupun saya suka memasak..tapi saya tak pernah terfikir untuk mencuba resepi donut (donut bukanlah makanan kegemaran saya)...bila saya membelek-belek buku resepi saya yang telah lama saya simpan, tiba-tiba terpandang satu resepi donut yang saya dah lupa dari mana asalnya dan siapa empunya resepi...biasanya, hari-hari cuti saya, saya akan isi dengan mencuba resepi-resepi..seakan-akan menjadi satu "tobiat" baru..kalau dulu, waktu-waktu senggang saya pada hari minggu saya akan isi dengan berjalan-jalan (kalau tak dapat jalan-jalan saya akan buat muka dengan en papa), kini papa dah tak payah nak pening kepala nak bawa saya dengan jannah untuk bersiar-siar....


Walaupun donut saya diminati oleh penghuni rumah di atas bukit itu (sebab rupa donut saya akan-akan donut big apple), namun saya masih tak berpuas hati dengan hasilnya..dan saya akan cuba dan cuba lagi..bila agaknya???...saya malu sebenarnya untuk mencuba lagi (lebih-lebih lagi dengan mak mertua saya)...tunggulah bila saya sudah ada rumah sendiri, bolehlah saya mencubanya tanpa rasa malu...dan donut-donut itu saya akan sedekahkan kepada mereka yang berjiran dengan saya...dan siapa-siapa yang sudi datang ke rumah saya, saya akan jamu mereka dengan hasil masakan saya....

Ada berani?????




Jumaat, 13 November 2009

Science Of Cooking


Siapa kata homemade food adalah sangat senang...dan saya menidakkan pendapat saya sebelum ini...dan mulai dari sekarang saya tidak hanya memasak mengikut resepi secara memb*b* buta sahaja (mana datangnya bidalan ini???) tetapi menyelidik terlebih dahulu sama ada ia selamat atau tidak...

Disebabkan saya masih betah mematuhi peraturan 99HTN, maka saya tidak termakan pujukan rayu rakan sepejabat yang setia mengajak saya untuk keluar makan tengahari bersama-sama. Maka saya sudah kenyang (ketika ini) dengan shake herbalife (yang tinggal saki baki sahaja mungkin boleh bertahan sehingga hujung minggu ini sahaja)...disaat-saat senggang begini saya pun menyelusuri laman web ke satu laman web untuk mencari resepi mayonis buatan sendiri...ternyata tanggapan saya pada mulanya untuk membuat mayonis adalah sangat mudah semudah ABC dan tidak memerlukan modal yang banyak cuma telur, minyak, sedikit perasa, lada putih dan perahan lemon....sangkaan saya amat meleset sekali setelah terjumpa beberapa laman web luar negara yang menyatakan bahayanya mayonis buatan sendiri disebabkan tiada penggunaan teknologi bagi penghasilan mayonis yang selamat untuk dimakan..maka saya terjumpa artikel ini dan ini.

Ternyata penggunaan telur mentah di dalam makanan kita adalah sangat merbahaya dan boleh mengundang kepada keracunan makanan kerana ia mengandungi virus/bakteria
salmonella yang membahayakan kesihatan. Nasib baik juga saya terfikir untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyediaan mayonis ini, jika tidak susah juga saya, daripada cubaan untuk menjimatkn wang, saya terpaksa keluarkan lebih banyak wang untuk kos perubatan jika sekiranya orang yang menikmati mayonis buatan saya itu jatuh sakit akibat keracunan makanan. Tidak semua telur mentah merbahaya, tetapi amat susah sekali untuk mengetahui telur itu adalah daripada ayam yang sihat atau tidak. Jadi untuk keselamatan, anda boleh menggunakan resepi ini. Saya saya amat bersyukur kerana masih belum terlanjur...

Dan selepas ini, jika sekiranya saya mahu membuat makanan buatan sendiri (homemade food), maka saya perlu berhati-hati. Saya juga berhajat suatu hari nanti saya dapat mencuba untuk membuat burger atau sosej buatan sendiri untuk keluarga saya yang tercinta.

Selamat berdiet juga buat rakan-rakan sepejuangan...

Adalah ketika ini, saya hanya cuba mengasah bakat penulisan saya (bukan untuk menjadi seorang yang serius ye, harap maklum kepada pengunjung setia blog ini) dan saya bukan hanya boleh tulis yang merapu-rapu sahaja tapi berinfomasi juga....

Sekian.




Mama asah skill!!!!

Hhhmmmm...

Apa penyakit saya kebelakang ini tak tau la kan....kejenye masak, masak, masak dan masak selagi mahu...ini menandakan saya sangat tertekan dalam hidup saya (ye kerr???)...semakin kerap saya memasak, semakin tinggi tahap tekanan saya (menurut perkiraan saya melalui frekuensi saya memasak)....Pn Doktor, boleh saya tahu, apa penyakit saya sebenarnya???


Malam tadi selain projek mem'baking' kek tempahan (kek pisang walnut n chip) dan kek pisang yogurt, saya telah mula mengasah 'skill' saya untuk membuat nugget ayam crispy setelah memborong bahan-bahan yang diperlukan di giant (rasa2nyer org kat giant tu pun dah kenal saya, sebab hari-hari saya akan lepak kat sana kalau purse tebal). Nugget ayam tu saya buat dengan penuh kasih sayang untuk santapan anakanda yang tercinta...saya tak mahu lagi beli nugget, mahupun ayam goreng AYAMAS, pizza domino, donut big apple, pelbagai jenis roti, fishball, daging burger dan seangkatan dengannya...kalau saya boleh buat sendiri, apa sebab saya perlu beli dan bagi makanan yang kurang khasiat lagi tidak segar itu kepada keluarga saya. Jadi sekarang saya sudahpun memenuhi semua tuntutan itu, dan ianya akan menjimatkan duit sekaligus menambah tabungan saya. Lagipun, sebagai seorang isteri dan ibu, saya sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang saya sediakan terhadap keluarga saya setiap hari..jadi kalau ada yang sakit, terlebih khasiat atau terkurang khasiat ianya adalah berpunca dari saya....MAMA (kenapa semenjak dua menjak gaya penulisan saya agak sopan yer???, rasanya saya dah tua!!!!)


Ini adalah hasil yang pertama sebelum digoreng..terima kasih buat tuan punya resepi, Pn Alma dari MYR...saya banyak membuat rujukan resepi dan mencuba sehingga jayanya menerusi internet, maka cikgu memasak saya adalah internet, kreativiti dan pengalaman...dan setelah digoreng, hasilnya memang sama macam yang dijual di pasaran...(berdasarkan isyarat yang dihantar dari lidah ke neuron otak saya)...dan anakanda saya makan dengan berselera sekali hasil air tangan ibunya...ini adalah usaha kecil saya bagi memastikan anak saya mendapat khasiat yang terbaik dari makanan pejal (bunyinyer macam iklan susu je)....


Dan selepas ini, mungkin saya akan sediakan segala-galanya sendiri, daripada makanan sejuk beku sehinggalah makanan harian yang selalunya saya beli dari kedai, pasaraya mahupun pasar malam.

jangan tak percaya, suatu hari nanti saya akan buat sos mayonis sendiri....

tengoklah nanti....

dan saya nak jadi seorang ibu yang sangat dibanggai oleh anak saya dikalangan kawan-kawannya nanti..walaupun ibunyer ini tidaklah sehebat mana, cuma mahu hebat di mata anak-anak dan suami...

MAMA SAYAKAN PANDAI MASAK SEMUA BENDE TAU!!!!







Khamis, 12 November 2009

Di saat ini...


Setelah beberapa hari kebelakangan ni...dan setelah mendapat keputusan dari SPA yang menyatakan saya gagal dalam temuduga..maka tiba-tiba terlintas rasa di hati untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Bukanlah saya bermaksud saya sudah bosan bekerja makan gaji..tapi saya rasakan, saya takkan ke mana-mana kalau masih bekerja di sini...walaupun ia sangat membantu kewangan saya..tapi tidak membantu dalam kepuasan bekerja saya...saya sedar profession perancang bandar adalah sangat tidak bernasib baik berbanding dengan profession lain buat masa ini, tapi saya redha...ini yang saya pilih...dan dengan keadaan sekarang yang tidak menentu...(adakah ini ujian buat saya??)

Dalam pada itu saya juga berfikir, jika sekiranya saya berhenti kerja, bagaimana dengan kewangan keluarga saya...memang terfikir untuk berniaga sahaja dari rumah..macam-macam strategi yang ada dalam kotak fikiran saya. Tapi, berjayakah saya melakukannya? Persoalan itu yang sering mematahkan setiap idea bernas saya itu...tapi, kata orang belum cuba belum tahu...seperti juga yang pernah saya terbaca hasil nukilan HM Tuah dalam bukunya Nak Tak Nak....dan sekarang ini saya perlukan kekuatan..kekuatan dari segi mental dan fizikal...keinginan saya ini tidaklah saya realitikan secara drastik. Mungkin mulai dari sekarang saya perlu memikirkan strategi, kos lepas, home school, peluang dan macam-macam lagi...selain daripada memerlukan persetujuan daripada suami saya, saya juga perlukan keizinan dari kedua orang tua saya..adakah mereka redha dengan tindakan saya yang memilikki segulung sarjana hanya sekadar duduk di rumah sahaja..dan saya amat faham dan mengerti keinginan kedua ibu bapa saya..bukan wang ringgit yang mereka nanti-nantikan, cuma mahu melihat anaknya berjaya dalam hidup itu sahaja.

Setelah saya membaca artikel "Mengapa yahudi bijak"(sumber dari HPA) - terasa kelemahan kita sebagai umat islam. Mereka mempraktikkan amalan kehidupan islam dan sunnah Rasullah SAW sebagai asas pembentukkan umat yahudi yang amat bijak(bukan saya mahu mengagungkan kelebihan mereka cuma terkilan dengan kebodohan kita), dan dari sini, saya fikirkan jika saya berjaya mendidik anak saya dengan cara didikan Rasullah SAW...inilah kejayaan hakiki dalam hidup saya...tidak perlu saya bekerja sebagai penjawat awam atau pekerja di firma swasta untuk mencapai kesenangan dan kejayaan dalam hidup ...kekecewaan saya kerana gagal menempatkan diri terubat seketika..dan ini cita-cita saya untuk menjadi seorang suri rumah yang berjaya dalam kerjayanya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa...dan mungkin ada yang berfikir saya sudah putus asa, tapi tidak bagi saya dan saya mempunya alasan tersendiri...saya cuba mencari cabang lain yang terbaik buat diri saya dan keluarga. Kesedihan saya setiap pagi adalah meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain...walaupun nampak wajah saya tersenyum sambil melambaikan tangan tanda selamat tinggal ke arah anak saya dan pengasuh, tetapi hati saya luluh melihatkan wajah anak saya yang menggambarkan seribu kehampaan terhadap ibunya...ketika artikel ini ditulis, saya menitiskan air mata kekesalan........

Dan sehingga saat ini, saya masih memikirkan adakah ini permulaan bagi saya?? Mungkin ya dan mungkin tidak. Dan jika ya, saya adalah orang yang paling gembira dalam hidup...




Update 99 HTN...lunch saya untuk hari ni...



Jangan jeles hokey....

i mmg hantu veggie....

takut tak...?????????

ni menu lunch untuk hari ini....

nak update menu untuk semalam ngan hari ni...

11/11/09 (Rabu)

Sarapan - bihun goreng taucu + air milo + puff sardine (cinonet jek)
lunch - Rojak Power ngan air suam
tea - 2 keping cookies + 1/2 cawan teh susu
dinner - menghabiskan saki baki herbalife (shake cappu)

12/11/09 (khamis)
sarapan - 2 biji pau daging + air teh
lunch - sayur campur (cendawan, carrot, brokoli) + ayam goreng berempah + air
dinner - x tau lagi...

Kalau orang berdiet tak suke makan sayur, apa pilihan diorang ek??? boleh bagi jawapan tak???




Rojak Power.....Resepi Diet....




hari ni, dengan baik hatinyer saya nak kongsi...bukan kongsi gelap tau...tapi kongsi resepi diet...resepi ni betul2 takde guna setitik minyak pun.....korang tak percaya???mesti korang cakap tauhu ngan tempe tu nak kena goreng gak kan??? tekaan anda adalah salah sebab saya bakar tauhu n tempe di dalam oven..memula mmg sedih tgk tempe dok dalam oven sebab selalu tempe ni akan berenang dalam minyak...tapi kali ni saya panggang dia ngan kawannyer iaitu tauhu...tapi kena lama sikit la..saya panggang smpai garing..bukan rentung hokey...!!!



semalam mmg meriah makan sorang2 kat ofis...sape kata makan sorang2 tak meriah...cukup meriah ngan sayur-sayuran (cuba tengok gambar2 di atas)....rojak ni aku namakan rojak power, pasal kuahnyer yang the very superb tau...meleleh air mata menahan kepedasan dan kebakaran dalam mulut, rasa tebal jek bibir macam kak nita..kuah rojak tu kita bikin sendiri la..tak main beli2 hokey....saya adalah sangat kedekut...tapi tak kaya2 pun...hahahaha...

bahan2nyer (hidangan untuk sorang)

sayur2

1/2 biji timun (dihiris / sagat kasar)
sedikit taugeh dicelur
1/2 biji sengkuang (dihiris2)
kalau suka leh letak kangkung celur
1 biji telur rebus (option)
2 keping tauhu*
2 keping tempe*

* hiris2 ikut suka..pastu lumurkan dengan garam n kunyit...pastu bakar sampai garing

kuah rojak

6 biji cili api
sedikit belacan bakar
kacang tumbuk
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos cili
gula melaka
secubit garam

cara2 : tumbuk cili api guna lesung batu, pastu masukkan belacan bakar n gula melaka..tumbuk lagi sampai lumat..pastu baru masukkan sos n kicap...gaul rata..dan letak kacang tumbuk...pastu, sayuran tadi letakkan dalam mangkuk dan siramkan kuah rojak tadi...sure terangkat beb....

AWAS : AMARAN KERAS!!!!
bagi yang tak suke pedas leh kurangkan cili api tu...kalau tak nanti macam iklan maggi kari berapi..tak pasal2 kena sembur ngan pemadam api...wakakakaka...


sedap tak????

Pau....kenapa ko tak gebu ek????


hangin satu badan...

dah la takde air kat umah....

nasib baik aku bangun pukul 4.30 ...menguli tepung....

tup2 siap jek aku naikkan pau atas pengukus..air pun takde....

tapikan pau aku tak gebu sangat (yang penting sedap)....pasal terlebih air...

biasa la kan...

bangun pepagi buta, pastu mata macam nak bukak, taknak bukak jek nengok resepi ..

tapi aku dah pandai pusing pau tau....(jgn jeles)

cantik jek pau aku....

aku akan cuba n cuba lagi sampai pau aku betul2 gebu macam aku....

adalah sangat sakit hati kalau masak tak berapa nak menepati standard....

huh...

nyampahhhhh!!!!


layankan gambo....


Rabu, 11 November 2009

Bosan!!!

Bosan tinggal sengsorang kat opis nih...

akauntan g public bank n LHDN....


exec pi induction course....

Boss ada kat terengganu...jumaat baru mai....

technician semua dah berangkat ke offshore pagi tadi...

last...

last...

tinggallah kerani cabuk ni jaga ofis...projek lom nak mai lagi...

hari ni pun takde edisi amik gambar makanan...

sebab nanti boleh bikin org lain lapar...

ari ni mama masak bbbbaaaannnyyyaaa
kkkk menu....

sardine puff, bihun goreng taucu, sambal sotong, telur dadar, kuah rojak, sayur rojak, sayur campur....

esok2 la aktiviti amik gambar...

teringin lak nak wat pau esok...

teruja tgk pau nieza beli tu...tgk la nanti k...

nak wat pau daging cincang....

watch out!!!!!!!!!!!!!

adakah, berjaya??? macam ni...


pinjam gambar dari cookinbuzz







Selasa, 10 November 2009

Org Giant Dengki kat Aku ke???


Sakit hati semalam...

terubat bile aku bawak bekal satu tupperware besar dan penuh sayur campur...

mau taknyer...

aku beli sayur campur kat giant semalam...

adalah sangat mahal...RM2.50...

dan kuantitinyer yang sangat ciput....tak setara ngan harganya....

Wahai akak giant...saya takkan beli ngan akak lagi...

akak dengki kat saya yer...

bukan senang tau orang nak dapat duit saya ni...

sebab saya adalah saaaaaaannnnggggaaaat jarang dan kadang-kadang jek beli kat luar....

niat hati kalau murah saya boleh beli lagi....

kali ni...i'm sorrryyy....

sama kes macam pakcik kat foodcourt setiawangsa ni...

aku tanya dia pasal telur dadar..tak pasal2 dia kutuk aku balik....

"patut lah bulat, suke makan telor"....

pakcik yang budiman, saya bukan mintak telur dadar tu...saya beli tawwww....

adalah aku sangat menyampah ngan peniaga yang macam ni....

mulut macam lo**ka**

sampai sekarang kalau budak kat ofis ni ajak aku gi makan....aku kena tanya dulu kat mana, kalau kedai pakcik tu...

KIRIM SALAM LERRRR!!!!!!!!!!!!


p/s : adakah aku yang emo???





Sarap ape ???

Jgn dengki yer KOG....

hahahha...

Hari ni ku bawak bekal fish fillet begel (buat sendiri tau termasuk rotinyer)....bersos black paper...ala2 begel oblong mu ler....

akibat makan sebanyak iteww...

mataku kian berat..jap lagi ada yang tido atas keyboard ni....betullah tak tahan mata ni....

hari ni bawak bekal lunch, sayur campur satu tupperware penuh....gasak la makan sat gi....

murbatak raja singapore Ibu
Singa dah ku siapkan....

harap Ibu Singa dapat bagi komen yang membina...

Jangan lupe amik kat umah k...



Update hari ke 11 (99HTN)

sarapan - fish fillet burger
lunch - sayur campur
malam - tak tau nak makan pe, jambu jek kot....




Isnin, 9 November 2009

Update 99 HTN...(5 hari)


4 Nov (Rabu)
sarapan - mexican bun + air teh susu
lunch -sambal kupang + sayur buncis + 3 ekor udang goreng tepung
tea - jambu batu
dinner - tak makan..(malas melanda)

5 Nov (khamis)
sarapan - sandwich telur + air teh
lunch - ikan cencaru sumbat + sayur
tea - 2 keping keropok lekor
dinner - tak nak makan la...

6 Nov (Jumaat)
sarapan - spagetthi + air teh
lunch - member belanja Kenny Rogers
dinner - tak nak makan..dah kekenyangan makan kenny rogers

7 Nov (sabtu)
sarapan - 1 biji soft bread+ air soya
lunch - tak makan
tea - 2 kiub murtabak + 1 piece chicken wing + 1/2 pinggan mee goreng mamak (kongsi ngan papa)
malam - air soya

8 Nov (Ahad)
sarapan - 1 mangkuk mee suah, 2 marina chicken nugget + air suam
lunch - petai kupang + sayur campur + 1 keping roti putih
tea - big apple (2 biji donut den telan) + 2 botol nutrigen...
dinner - 1/2 mangkukkecil mee suah (ni perabihkan jannah punya mee)

9 Nov (Isnin)
sarapan - 1/6 roti john, 2 keping kek pisang + air milo
lunch - ikan bawal + sayur + 1 piece ayam mexican BBQ
dinner - tak nak makan la...


semuanyer gaya pemakanan yang tidak sihat, banyak bergoreng..walaupun takde nasi tapi kalorinyer banyak jugak..so minggu ni adalah chelen untuk makan salad.....sanggup kah????

sedikit perkongsian artikel :


Your Workday Weight-Loss Strategy


Does this sound familiar? You wake up, start to pour a bowl of cereal, but then realize you’re out of milk. So you gulp down a cup of coffee and grab a donut from the break room in your office. When lunchtime comes around, you order takeout or pizza and have a handful of jelly beans from your co-worker’s candy jar for dessert. When you finally clock out, you’re way too exhausted to whip up a meal, so you grab fast food on the way home.

Even though you may think you’re saving time by eating on-the-go and not planning your meals ahead of time, in reality your energy levels, waistline and wallet are paying the price. If your jam-packed schedule leaves you no time for the supermarket on the weekdays, spend ten minutes on Saturday making a list of healthy food items you can prepare quickly or bring to the office. Instant oatmeal, pre-cut veggies, lean lunch meat, yogurt, almonds, fruit, and single-sized soups are all foods that take less than a minute to prepare. Once you have your list, hit the supermarket. In less time it takes to wait for a pizza delivery, you can buy all the food that you’ll need for the week. To be extra frugal, learn how to stretch your dollars at the grocery store and get more bang for your buck.

Planning healthy meals ahead of time instead of relying on sugary, greasy junk food to get you through the day will help you lose weight and have more energy to make it through your workday. With all this extra stamina, you’ll be ready for that promotion you’ve been eyeing.

source : www.lifesript.com






Roti, Roti dan Roti lagi.....



salam...

hari sabtu adalah hari mengasah skill...yang jadik mangsa tukang makan adalah en papa, jannah dan anak-anak menakan tersayang....papa dah komplen badan dia dah besar...bukan salah mama ok...papa yang tak boleh kontrol makan pasal mama masak sedap2....hahahah....



adalah sangat teruja untuk membuat roti sehingga mama tak lena tido...masakan setiap jam terjaga jek...macam citer labu labi lak..celik2 mata, tengok jam baru pukul 2..bangun lagi baru pukul 3, bangun lagi..aiii baru pukul 4, rasa dah lama sangat tido..last2 bangun pukul 4.45 pagi...mandi2 dan memulakan aktiviti menguli..kali ini mama buat soft bread..rasa dia macam popato bun...adalah sangat gebu dan lembut...mak mertua i dah tak larat nak tanya..."ko buat roti apa plak???"....sekarang soklan tu mak mertua i simpan sahaja di dalam hati....hua3x...

Resepi soft bread ni mama amik dari blog kak noreen...kredit to her...best resepinyer sebab roti ni tetap lembut walaupun dah sejuk...lagilah marbeles kalau makan panas2 yang baru kuar dari oven...mama letak mentega kacang n coklat lady's choice sebagai filling...ingatkan nak letak topping potato custard..tapi takde lak simpan resepi macam mana nak wat topping potatonyer..so lain kali (adakah malam ini...oh tidakkk!!!) leh la bikin potato bun plak...

Aktiviti meroti ini disambung plak pada petang semalam..kenapa wat petang???sebab nak buat sarapan esok paginyer....kali ni kita buat roti john plak tuan2 n puan2 yer...roti John ni telah mendapat sambutan yang hangat sehingga tukang masak hanya dapat rasa secubit sahaja...walaupun secubit, tapi tetap puas hati..saat2 yang paling manis bagi tukang masak adalah..apabila makanan yang dimasak habis licin dalam sekelip mata...siap masing2 berebut-rebut lagi sebab sedap sangat...(sedap sangat ke????)...cube tenung gambar tu puas2 dan bayangkan anda sedang menikmatinyer!!!!

Adakah saya yang bersalah setelah mengakibatkan setiap orang di dalam rumah itu mengalami kenaikan berat badan?????