Khamis, 12 November 2009

Di saat ini...


Setelah beberapa hari kebelakangan ni...dan setelah mendapat keputusan dari SPA yang menyatakan saya gagal dalam temuduga..maka tiba-tiba terlintas rasa di hati untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Bukanlah saya bermaksud saya sudah bosan bekerja makan gaji..tapi saya rasakan, saya takkan ke mana-mana kalau masih bekerja di sini...walaupun ia sangat membantu kewangan saya..tapi tidak membantu dalam kepuasan bekerja saya...saya sedar profession perancang bandar adalah sangat tidak bernasib baik berbanding dengan profession lain buat masa ini, tapi saya redha...ini yang saya pilih...dan dengan keadaan sekarang yang tidak menentu...(adakah ini ujian buat saya??)

Dalam pada itu saya juga berfikir, jika sekiranya saya berhenti kerja, bagaimana dengan kewangan keluarga saya...memang terfikir untuk berniaga sahaja dari rumah..macam-macam strategi yang ada dalam kotak fikiran saya. Tapi, berjayakah saya melakukannya? Persoalan itu yang sering mematahkan setiap idea bernas saya itu...tapi, kata orang belum cuba belum tahu...seperti juga yang pernah saya terbaca hasil nukilan HM Tuah dalam bukunya Nak Tak Nak....dan sekarang ini saya perlukan kekuatan..kekuatan dari segi mental dan fizikal...keinginan saya ini tidaklah saya realitikan secara drastik. Mungkin mulai dari sekarang saya perlu memikirkan strategi, kos lepas, home school, peluang dan macam-macam lagi...selain daripada memerlukan persetujuan daripada suami saya, saya juga perlukan keizinan dari kedua orang tua saya..adakah mereka redha dengan tindakan saya yang memilikki segulung sarjana hanya sekadar duduk di rumah sahaja..dan saya amat faham dan mengerti keinginan kedua ibu bapa saya..bukan wang ringgit yang mereka nanti-nantikan, cuma mahu melihat anaknya berjaya dalam hidup itu sahaja.

Setelah saya membaca artikel "Mengapa yahudi bijak"(sumber dari HPA) - terasa kelemahan kita sebagai umat islam. Mereka mempraktikkan amalan kehidupan islam dan sunnah Rasullah SAW sebagai asas pembentukkan umat yahudi yang amat bijak(bukan saya mahu mengagungkan kelebihan mereka cuma terkilan dengan kebodohan kita), dan dari sini, saya fikirkan jika saya berjaya mendidik anak saya dengan cara didikan Rasullah SAW...inilah kejayaan hakiki dalam hidup saya...tidak perlu saya bekerja sebagai penjawat awam atau pekerja di firma swasta untuk mencapai kesenangan dan kejayaan dalam hidup ...kekecewaan saya kerana gagal menempatkan diri terubat seketika..dan ini cita-cita saya untuk menjadi seorang suri rumah yang berjaya dalam kerjayanya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa...dan mungkin ada yang berfikir saya sudah putus asa, tapi tidak bagi saya dan saya mempunya alasan tersendiri...saya cuba mencari cabang lain yang terbaik buat diri saya dan keluarga. Kesedihan saya setiap pagi adalah meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain...walaupun nampak wajah saya tersenyum sambil melambaikan tangan tanda selamat tinggal ke arah anak saya dan pengasuh, tetapi hati saya luluh melihatkan wajah anak saya yang menggambarkan seribu kehampaan terhadap ibunya...ketika artikel ini ditulis, saya menitiskan air mata kekesalan........

Dan sehingga saat ini, saya masih memikirkan adakah ini permulaan bagi saya?? Mungkin ya dan mungkin tidak. Dan jika ya, saya adalah orang yang paling gembira dalam hidup...




11 ulasan:

adianiez AIDA berkata...

fikir dgn mendalam. dpt kan pendapat sebagai inspirasi. kiranya diri kuat untuk cari duit dari rumah, ada sumber yang betul, ada back-up saving, produk yang sesuai, why not? now time utk fikir dan decide.

perihal anak --> setiap ibu yg bekerja mcm kita, memang gitu. sedih! namun, kita membantu suami dalam membina kehidupan yg lebih baik, kan ?

Beattey berkata...

betul tu aida...

sekarang kena cari produk yang betul, strategi yang betul dan niat yang betul...

anyway, thanks ye..sudi bagi pendapat..

Nieza Ishak berkata...

buat istikarah beat kalo betul nak berenti.

Nieza skrg ni takut pulak nak berenti bila dengar2 macam2 cerita.

Kita sebagai ibu mmg sentiasa Dilemaaa ...

Nieza bila anak dah 2 ni, hati dah kering sikit .. compare masa ada suffiya sorang jerk dulu. Skrg ni dok pk nak senangkan anak2.

PUTUBAMBU berkata...

putu pun dah lama bercita-cita nak jadi housewife..
dah penat keje ni.. makan gaji tak kaya2 jugak..

tapi tulah..keadaan kewangan pun tak mengizinkan...

terpaksa hold dulu..

geraugebang berkata...

Tanpa kita sedar, sesuatu yang terjadi itu sebenarnya adalah sesuatu yang terbaik untuk kita.Banyak juga orang yang bekerja dari rumah lebih tinggi pendapatannya daripada mendapat habuan gaji daripada pejabat.

geraugebang berkata...

Nanti suatu hari, kita nak order murtabak kat awak. Tapi tak tau lagi, sebab tak tau bila dapat amik. Bila-bila nak order boleh ke? Hari minggu pun boleh ke? kalau order, nak amik kat mana? Sg penchala kat mana ek?

Beattey berkata...

Nieza : mungkin kita kena berhati kering...

tapi buat masa sekarang ni kewangan belom mengizin pada kita akan buat semua ni pada tepat masanyer...

Putu : mmg gitu lah lumrahnyer makan gaji, tapi akan daya kita tak punya banyak pilihan yang betul2 tepat dan sesuai untuk kita

Beattey berkata...

Gerau : mmg tak di nafikan ada org yang boleh berjaya walaupun duduk dirumah sahaja dan saya dah lihat banyak contoh. InsyaAllah sya akan kumpul ilmu sebanyak mungkin

murtabak tu, boleh saja..anytime..kalau nak amik murtabak nanti kita jumpa kat Petronas Sg. Penchala...

Beattey berkata...

Gerau : mmg tak di nafikan ada org yang boleh berjaya walaupun duduk dirumah sahaja dan saya dah lihat banyak contoh. InsyaAllah sya akan kumpul ilmu sebanyak mungkin

murtabak tu, boleh saja..anytime..kalau nak amik murtabak nanti kita jumpa kat Petronas Sg. Penchala...

bintangku berkata...

ada jgk rasa nak berenti. leh spend byk masa kat umah jaga sendiri anak. Tp ada jgk niat nak bukak bisnes. Antara berani @ tak jer tanggung risiko.

Beattey berkata...

yes right!!!!

jaga anak sendiri lagi best kan..