Khamis, 29 Oktober 2009

Ohoooooo......

photo kredit to : ncc indonesia.com

kengkonon nak wat cam ni



Macam-macam ana punya ferogerem balik nanti....tak sabar nak balik umah sebenarnya...hehehe...semua dah ada dalam kepala otak nih....

First skali, balik ni nak angkat jemuran..hahahah...pastu berbuka puasa dulu then ikut papa gi cuci kereta lepas solat maghrib, malas nak basuh sendiri..papa saje jek nak bagi duit kat tukang cuci tu, balik daripada carwash, katanya nak pi tesco mutiara belanja mama makan kat santai kitchen (dalam pada tu siap perli mama masa call td...makan banyak2 ma , nanti 1hb awak nak masuk contest 99 H1N1...ada ke H1N1..99HTN la!!!!!!!!!) bikin panas jek papa ni...tapikan pagi tadi dia dah komplen perut dia dah memboyot...melambak..ekekekekeke....tau takpe Pa...tapi papa tetap maintain encem...heheheh.....

Tapikan kalau pi tesco tu bile masa lak mama nak wat kek untuk Jannah ek???dah la nak bawak balik muo...pastu ada hati lagi nak bikin mexican bun (resepi dari Lilyvalley from MyR)...dahsyat punya imaginasi den....kalau boleh satu malam tu mama nak mem'baking jek'...nasib baik la mama takde BM (bread maker)..kalau tak, mau bikin roti hari2 mama ni...setakat ni mama lom mampu nak menyunting BM menjadi milik hamba...alahai sodihnyer.....

So, kena rearrange plan yang tengahari tadi sebelum En. Papa call....jadiknyer uli roti dulu..baru la pi kuar makan...sebab nak tunggu naik makan masa 1 jam setengah..so sempat la lari pi carwash n makan2 time...kalau terlebih masa macam mana ek???risau gak mexican bun tu tak jadik...alahai..macam mana ni....alamatnyer tak tido la malam ni....

Bile fikir2kan..beshnyer jadi suri rumah sepenuh masa..leh masak2 sepanjang hari...tapi kalau masak2 jek sape plak nak makan...makanye akan gedempol la Puan Beattey..kerana asyik makan2 jek...seronoknyer masak2 nih, kalau ada anak ramai yang perangainyer sebijik macam budak2 kat ofis ni..pantang sua, laju jek makan...nak bagi jiran plak..umah aku atas bukit..jiran jauh2...hai, payah jugak....


ee..ehhh..Puan Beattey.....apa dok merepek petang2 nih...pi wat keje....
.
.
.
.
.
baik bosss.....


Selamat Ulang Tahun Sayang!!!!!!

Salam....

Hari ni genap setahun umur Nur Hijanah Fitri, permata hati mama....mama harap sangat Jannah cepat jalan yer...mama doakan jannah menjadi anak yang solehah, taat dan menjadi penyejuk hati bagi mama n papa...apa yang mama inginkan jannah membesar dengan limpahan kasih sayang mama n papa...



Setelah setahun, Jannah dah pandai sebut namanyer sendiri walaupun agak pelat "yanna..yanna..."..heheheh...dan giginyer baru tumbuh 6 batang....Yang teramat mengharukan jannah suke ikut mama n papa solat..time orang sujud dia sibuk gak nak sujud...setakat ni Jannah lom minat kartun lain selain Upin...


Terlalu suka menggigit papa..sampai lebam2 badan papa..masalahnyer kalau mama plak dia suke gigit tang pipin n nenen mama la....erm, selalu gak dok tunjuk gigi dia yang dua batang kat bawah tu...menandakan seronok menggigit orang...jannah suke berkawan ngan budak2 umo 4-5 tahun...mmg galok sgt kalau dah berjumpe...jannah terlalu minat ngan org yang berkaca mata..dia akan padang orang yang berkaca mata tanpa matanyer berkelip...jannah juga sudah pandai bergurau2 ngan org sekelilingnya....


Teringin nak cium baby kalau dia jumpa baby sesiapa..tapi mama takut nak bagi cium sebab jannah punya style cium dia nganga mulut luas2 pastu tekup kat pipi org..takut dia ngap jek macam pipi mama dia nih....selalu dok nganga mulu
t adalah habit dia..tak tahu la pasai pa macam gambar kat bawah ni....



Apapun, mama nak ucapkan selamat ulang tahun yang pertama sayang...jangan nakal2 sangat yer..






Rabu, 28 Oktober 2009

Apa ke he nyer ni.....


Apa ke he nyer....

Tetiba amat2 teringin nak menikmati cekelat di waktu-waktu hujan begini..gigih membelinyer kat kedai GIANT seberang jalan nun....rasa macam nyaman jek....aku adalah peminat cekelat itam kalau nak tahu...klau milk choc..kirim salam aku nak makan..pasal manis sangat...aku ni plak allergic manis2..rasa macam nak pitam kalau makan yang manis2 nih....macam org darah tinggi makan ikan masin la gayanya tu....haiihhhh....erm..tapi..tapi..oh tidak..aku bukan mengidam pun....

Aku tahu sebab apa..sebab esok adalah hari last bekerja bagi aku la..korang kena keje la..lusa cuti balik kampung...yyyaaaaahhhhhoooo....bestnyer...esok plak besday Jannah...esok jugak nak bikin Moist Chocolate Cake Cream Cheese Layered ...apo ko panjang namo ehhhh....nanti senang2 aku upload gambar kek tu...mesti menyentap kalbu korang....

Apapun....

memang sangat nikmat cekelat ini...

Alhamdulillah....



Dah Jadi....




Salam...

Projek semalam bikin roti dah menjadi..tapikan aku masih tak puas hati ngan tahap ke'gebu'an bun yang aku buat tu....semalam adalah acara test power aje...penat jugak nak menguli, nak tunggu dia kembang, pastu dah uli lagi..tunggu kombang lagi..lelama aku yang kembang sementara menunggu roti kembang..mana taknye sementara tunggu roti aku berkudapan ...mengudap kuih raya org yang tak habis...huhuhu.....


Dalam pada tu bangga la jugak..sebab first time buat...dah kira jadik la tu..papa bagi thumbs up kat mama...kombang kempis hidung mama....hahahaha....mana taknyer papa terkujat gak pepagi dah siap bun sausage atas meja bersama nes tarik panas....memang heaven kan laki i bersarapan....tinggal yang tak heavennyer mama tak sempat nak brekfast ngan papa...pasal mama dah lambat untuk bersiap-siap...hari ni plak papa bawak bekal lunch asam pedas ikan bawal, telur dadar dan ulam kacang botol...simple jek pa ari ni sebab semalam dah makan siakap tiga rasa n kangkung belacan....


Terima kasih jugak buat kak Noreen..sebab berkongsi resepi di dalam blognyer..so kat sini mama tempek resepi kepada sesiapa yang nak mencuba n nak asah skill buat roti ni....mama tak guna BM cuma guna kudrat tulang 4 kerat..

bahan2:

250gm tepung roti
50gm tepung gandum - boleh juga digantikan dengan tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur
1/2 camt garam
1 camt susu tepung
1 camt yis
1/4 camt bread improver - optional
160ml air
25gm shortening - boleh juga digantikan dengan butter

10 biji hot dog
bijan secukupnya
egg wash - untuk sapuan

cara :

  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam dan ini bergantung pada jenis BM masing2
  • keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm/60gm
  • bentukkan setiap doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk rectangular (seperti di dalam gambar)
  • letakkan satu biji hot dog dan potongkan bahagian kiri dan kanan kepada 5 bahagian (lihat gambar)
  • kemudian cantumkan bahagian2 yang dipotong tadi (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis dan susunkan ke dalam loyang/dulang yang telah digris
  • sapukan dengan egg wash dan taburkan dengan bijan
  • kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 30-45 min
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan ke dalam oven tanpa perlu 'ON' kan oven
  • apitkan kiri/kanan atau atas bawah loyang tadi dengan dua cawan air panas supaya proses penaikan doh akan menjadi cepat
  • selepas itu bakarlah pada suhu 200C selama 5 min
  • kemudian turunkan suhu oven pada 180C dan bakar lagi selama 10-12 min atau sehingga keperangan







Selasa, 27 Oktober 2009

KL nak ujan...


Sekarang ni dah pukul 5.06 petang....
ada lg 24 minit lagi nak balik..tapi langit macam nak runtuh...
patutkah aku berjalan kaki dari ofis ke LRT Setiawangsa..???
atau aku tunggu bas RAPIDKL..yang terlalu cepat berlalu (memang patut pun nama dia macam tu)...selalunyer aku tak sempat nak lintas jalan dia dah blah...
ataupun patut aku membazirkan duit sebanyak RM3.50 untuk naik teksi???...duit gaji aku pun dah tinggal 0.3K...(semput..semput..semput)
ataupun nak tumpang budak opis...

apapun...

fikir2 la lagi...

Marilah Mengerjakan Solat...



Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Sumber : darulnuman.com

Teringin....

Apa yang aku teringin sangat...

Teringin nak buat roti...

lom kesampaian lagi....

apa kata malam ni kita test try lepas jannah n papa tido...

baru aman nak buat roti...

roti apa yang ku nak bikin...

sausage bun..bleh gitu....

amik resepi dari kak nooreen....(mintak izin yer tempek kat sini nanti)...

aku akan tempek resepi n gambar..bile dah buat hokey...

Nak mintak tolong En Papa yang tercinta untuk membeli bahan2nyer....

sebab dah kasik upah belikan "Rapala"..korang tau ke rapala tu...carik dalam kamus mancing...

mata dah sangat mengantuk....

rasa macam nak tido...

aku dah bosan keje....

B.O.S.A.N !!!!!!!

Isnin, 26 Oktober 2009

Persediaan 99 HTN



Salam...

Sekarang ni time membongkar balik semua resepi diet aku..ye la, pasni nak idup tanpa nasik mestilah ada alternatif lain...tapi resepi diet ni banyak nak kena edit sebab aku dah masukkan blood factor dalam diet aku..so, tak bolehla makan banyak sangat makanan yang berasaskan dairy food...kurangkan yogurt n susu la...banyakkan makanan berprotein.

Tapikan sebelum ni aku banyak gak memborong frozen food macam ayam goreng la, potato wedges, fish fillet, darabif, fried fish ball, sosej dan bermacam2 yang teringin dek tokak..sekarang ni adalah tempoh untuk menggunakan semua bahan2 yang ada dengan gaya masakan yang sihat..taula aku menggayakannya nanti...hua3x...


Sekarang kita akan bersahabat baik ngan sayur-sayuran dan buahan...kalau dulu aku rajin la nak buat salad bagai...macam2 jenis resepi salad yang aku cipta....heheheh..pasni kalau ada kerajinan aku akan sertakan resepi diet aku setiap hari (bermulanyer 99HTN) ..boleh jadik rujukan korang...(kalau aku rajin la)..kalau tak mungkin seminggu sekali jek...hehehehe....


Adakah berjaya misi kali ini?????

Tunggu n lihat k...

.
.
.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Hasil Baking Semalam.....



Inilah hasilnyernye..projek malam tadi..tapi deconyer pagi tadi...thanks papa, tolong mama belikan bahan2 buat kek....

Tetapikan ada cerita disebalik semua nih...papa, makin hari
makin pandai membeli bahan kek kat kedai Yen, PJ....kek ni siap semuanyer atas pertolongan papa...malam tadi mama bz memarut carrot, papa dengan rela hati ambik tempat mama tidokan Jannah, kemas tempat tido, tunggu mama habis buat kek...pagi tadi papa bangun awal..tak pernah2 dia bangun awal semata2 nak tolong mama men'deco' kek...pastu bangunkan jannah n kemas bilik..ye la bini bz jerk..anyway thanks to papa..semakin lama papa makin memahami kerjaya merapu mama nih...dan yang lebih menggembirakan papa dah banyak berubah (daripada banyak bergantung kepada mama)....kepada yang lebih baik...i luv u la papa....thanks a lot..again and again....



Kek ini adalah untuk anak nieza (kali kedua..yang pertama tu tak sampai hati ku nak tengok)...sori la nieza kalau kek ni deconyer kurang menarik...maklumler, dapur kita kecik pastu berkongsi lak..hehehe..faham2 jek ye...kek carrot tu plak khas untuk En Fathil yang menjadi pelanggan tetap kek mama ni..harga spesial punyer...minggu depan pun ada acara baking lagi..kali ni untuk anakandaku yang tersayang..Nur Hijanah Fitri...ye la nak masuk setahun sudah,...mama doakan agar anak mama menjadi seorang anak yang solehah, bijaksana dan taat kepada perintah Allah n mama&papa..

Kita tunggu n lihat macam mana plak rupe kek bestday Jannah lak....


tunggu....


.
.
.


Khamis, 22 Oktober 2009

Projek malam ni...


Post terakhir untuk hari ini....


Projek malam ni...

nak buat kek..kek apa?..kek carrot, kek coklat nak bawak balik kg dan kek hari jadi untu anak nieza...

So..

Malam ni kita 'berbaking' la....

best..

best..

best...




Haihhhh..nape nih...

Dah puas aku mengedit..

masih tido lagi nanag aku..

nape ek..

aku buta IT ke...

atau...

mmg nanag dah tak nak bagi aku chance buat duit...

takpe la nanag...

ko nak tido ke hape...

janji ko dok kat situ dendiam...

malas aku nak layan dah...

Sifu Zel..tolonnnn arrrr....

Ada yang tanya.......

gambar yang tiada kena mengena ngan ini citer....


Ehem..ehem....

ramai yang tanya kat akak (offline)..kak ni blog diet ke blog masakan...or blog makan2....???

Jawapannyer : Blog ni, suke2 hati akak ler nak tulis...tapi tetap ada cerita mama, papa, jannah, family, diet n makan-makan.....lain ler kalau kat blog tu tajuknyer lose weight ke...mydream turunkan berat badan ke....hua3x....

Jawapan yang ringkasnyer : Ade akak kesah???!!!!!....

100 hari tanpa nasi?????



Kengkononyer nak joing moing Zel..100 hari tanpa nasi..sekali project manager kata mula dalam 1 Nov gitu..jadiknyer dengan vanggenye mama nak tunjuk kat korang nasi ayam ipoh mama edisi ASTRO (ulang tayang)...huiyyyooo..sedap lagi terangkat...sebabnyer pakai beras mongul basmathi faiza...apa dalam iklan tu cakap....erm sedap...panjang.....huahauahua.....apa daaaa.....

Speselnyer nasi ayam ni dibikin dalam masa 30 minit..sebabnyer ayam tu mama goreng yang frozen punye (brand 5 star BBQ Chicken)..pagi tadi bangun lambat...mana nak mengemas bilik, prepare barang2 jannah n papa, nak masak, nak sidai baju, nak mandikan si tecit tu, nak bagi dia brekfast lagi...erm....jadi, mama amik jalan mudah jek la..malas nak memerap ayam...

Disebabkan lambat..ari ni mama tak sempat nak jalan kaki p ofis...dengan senang hatinyer tahan teksi..PEMALAS betul...malas tak malas la...daripada muke aku ni dicap hari2 lambat..baik tahan teksi...rugi RM4 takpe...janji sampai tepat masa....tu dah kira lambat 5 minit la tu..nak mendaki tangga bagai...huhuhu..letih pagi nih.....

tapi yang bestnyer.....


lunch ni...


SAYA BOLEH MAKAN NASI AYAM!!!!!!



Today Is Pink...


Salam...


Dah lama aku tak pakai baju nih...ada la dalam dua tahun...biasalah, dah takde baju nak pakai p ofis..semuanyer dah besar (adakah dietku sudah berjaya???)..so carik stok baju yang telah lama di dalam kotak..so minggu ni rasanyer semua baju yang dipakai diambil dalam kotak ajaib aku tu..papa dok sengih2 mama punggah kotak ajaib mama....mesti dalam hati dia berkata-kata..."apalah projek baru bini aku nih"....dia tak tahu bini dia dah kekurangan baju...so, papa..belikanlah baju baru untuk isteri mithalimu ini...huhuhu....

Kalau aku bilang ngan papa macam tu..dah tahu jawapan standard...."mama, bukan papa tak nak belikan, nanti la tunggu mama dapat berat ideal..baru papa beli satu almari pun tak pe..beli sekarang rugi jek...kan3x...".inilah skrip drama swasta papa....tu yang mama sampai sekarang tak buhsan2 berdiet..sebab nak dapatkan 1 almari yang penuh ngan baju2 baru....

Semalam Zel ada kata nak mula 100 hari tanpa nasi...so dia kata mungkin mula 1 nov nanti...erm, ari leh lagi la makan nasi ayam yang mama bikin pagi tadi untuk lunch papa...mama sempat la bawak semangkuk g opis...seram gak nak makan nasi ayam tu....

Bersalah kah saya????


Nak makan....makan la labi....



Rabu, 21 Oktober 2009

Resepi???


ehehehehe...

Entry ni khas buat Nieza....

Resepi Ketam Madu Berlada (Kotam Madu Berlado)

Bahan2
2 ekor ketam (belah 2, lumur ngan kunyit n garam pastu goreng agak2 masak)
1 labu bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar lada kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar madu
1/2 cawan air
sedikit asam jawa (optional..agak2 besar jari kelingking)
minyak zaitun untuk menumis
garam n perasa secukup rasa

Cara2
Mula2 tumis bawang merah n bawang putih. Pastu masukkan lada kisar..kacau sampai pecah minyak..masukkan semua jenis sos...masukkan air+asam jawa..pastu baru masukkan madu, garam secukup rasa. Tunggu kuah kering dan masukkan ketam yang telah digoreng. Gaul2 n angkat..Siap dihidang...



Try yer nieza, jgn tak torai...




Projek Terbaru.....


Aku nak mula a new plan..sape2 nak joingggggg...erm, sebenarnya papa kata dah letih ngan angan-angan mama yang tak berkesudahan..untung tak berkesudahan Pa..kalau ku tutup terus buku untuk berdiet lagi la parah....

Sebenarnya dah lama Encik Papa belikan krim Secret garden..sampai mama ngamuk2 hari2 selagi tak dapat..iyelah waktu tu tak banyak lagi tempat yang jual krim nih....mama punye excited nak krim nih..bile dah dapat ...hanya pakai sekali sajerk..yang Adoooo...nasib baik papa tak amik pot sangat..kalau dia tahu, menyesal agaknyer belikan bini dia krim siketgaden ni....sib baik murah...kalau mahal, mau En Papa membebel babal.....

Kira azam baru sempena 1 Zulkaedah..selalu org mula azam baru on 1 Muharram, 1 January...ni 1 Zulkaedah...kelako la plak..tapi ade haku kesah....walaupun berat aku tetiap bulan akan turun, tapi tahap siput gary yang tak tertahan lagi....ku nak upgrade sikit la....mungkin dari C****m Beruk Ban ke YMax ke....hahahaha..laju sikit...mula2 saya akan berjalan kaki pergi balik ofis...pastu nak berworkout hujung minggu dan nak minum tea HL (makan mesti kontrol beb)...erm, bunyinyer macam hangat2 poo poo Jannah...tapi aku akan buktikan raya haji ni dapat berat 70kg...percaya lah....

Anda Tidak Percaya......!!!!

Hati ini....

kredit to : flickr.com


Hati ini....
Adakala rasa terpinggir...
Adakala rasa bahagia...
Adakala mahu meratapi sesuatu..
Adakala mendebarkan...
Adalaka dilukai...
Adakala dibelai...
Adakala begitu hampa...
Adakala tak tergambar rasa gembira...
Adakala sukar untuk dirungkaikan....
Adakala bagai tiada rasa...

Apapun...
Rasa dan jiiwa hati ini..Allah sahaja yang tahu...




Selasa, 20 Oktober 2009

Soup for Weight Loss


Did you know that people who eat soup daily lose more weight than those who eat the same amount of calories from other sources? Here’s one of my favorite nutritious, low-salt recipes.

Makes 4 servings.

Ingredients:
1 butternut squash (or other winter squash), peeled and diced into 1/2-inch pieces
1 small onion or 1 brunch scallions, chopped
3 to 4 leaves Chinese cabbage, chopped
1 celery stalk, diced
1 small piece wakame seaweed, cut into bite-size pieces
3 tablespoons garbanzo miso (or other light miso)
2 tablespoons tamari
1 cilantro sprig, for garnish

Preparation:
1. Bring 2 quarts water to a boil in a stockpot over moderately high heat.
2. Add squash, onion, cabbage, celery and seaweed.
3. Cover and reduce heat to low. Simmer about 40 minutes or until vegetables are softened.
4. Combine miso, tamari into a small amount of the broth. Stir until miso and tamari dissolve. Then mix back into soup.
5. Server in a bowl and garnish with a sprig of cilantro.

Live long, strong and happy,
Dr. Mao


p/s : Nak kena cari sesatu la bahan dia ni..banyak yang den tak tau...ni yang aku dapat masa search engine tadi...

butternut squash = labu or buah kundur

wakame seaweed = ala-ala rumpai tu ler

garbanzo miso = (sape2 boleh bagitau)

cilantro sprig = macam daun parsley jek



Mari layan....

Ini entry yang tertangguh..... hari sabtu ari tu kat umah ibu mertuaku ada ler buat makan-makan..sempena hari lahir akim n azam..dan termasuklah si kecit jannah...padahal besday dia lambat lagi...29hb nanti...so aku pun tak ketinggalan menyumbangkan apa yang patut..so dapat idea nak buat Thin Crust BBQ Chicken Pizza (hamboi..panjangnyer nama)....erm..rasanyer sungguh lazat sampai menjilat jari kaki...hikhikhik....tapi aku cuma rasa sepotong jek..aku buat 2 keping piza yang berdiameter 18-20 inch...tak dapek kat mana2 kedai pizza...betty's pizza jek yang adooo!!!!!!

Alkisahnyer, ada lagi lebihan ayam bbq brand 5 star..pastu tgk kat dalam bekas tepung aku ada lak tepung roti...barang2 wajib semua ada termasuklah pitted black olive (ala yang itam2 tu...)...so memulakan projek pizza dengan jayanyer...250g ttepung roti dapat 2 biji piza yang besar gedabak tu...kira-kira lebih 20 orang punyer makan....jimat tak jimat la kata ko....erm, lain kali nak kena p beli sos pizza gak ni..kalai pakai sos pasta lambat kering la....



Resepi????tgk balik kat entry aku yang sudah2 k..kang orang kata aku ulang tayang lak (buhsan???)...resepinyer sama jek..cuma kali ni aku tambahkan pineapple cube ...lagi sedap o, macam chicken supreme la gitu gamaknyer..pasni, tak payah la encik papa susah payah mengorder pizza yang kat kedai..order ngan mama sajerk....
lagi JIMAT BANG OIIII!!!!!!!


Betul ker nihhhh????


Salam...

Waduh penat tul la ari ni..naik kematu kaki ni..punya jauh berjalan..mula2 p KLCC renew license, pastu g citibank jalan kaki ngan tuan hairi,,mak oiiii....sakit tul kaki aku nih....so, mama nak citer pasal meroyan memasak di pagi hari...

Hari ini dalam sejarah mama masak untuk lunch mama (betul ker nih!!!!, percayala..)...selain daripada lunch jannah n papa....lauk asing2 hokeyy..ikut tekak masing2...apa mama masak ari ni???..untuk papa mama masak sambal sotong, udang masak kunyit. Sayur plak mama tak masak, coz papa suka makan ulam-ulam kalau makan ngan udang masak kunyit tu...mama punya lunch adalah yang paling spesel..ketam madu berlado kauuu....aduhai..sedappnyerrr....jannah plak macam biasa bubur sayur bersama ikan...brekfast kami plak roti canai telur cicah ngan sambal sotong..aduhhhh..aduh...ko makan ke melantak..apo-apo yo lai..janji sempena tengah bendera naik ni, longgarkan sikit diet tu....tapi banyakkan bersenam...

sedap tak???


Apapun, minggu depan nak mula diet balik....tapikan dapatkah aku ber'workout'????....nak curi masa tang mana lagi...nantilah aku cube adjust2...mana tau boleh jadik macam cikadekmanes tu....aku salute giler kat dia...diet yang menjadi..tak macam aku..hampeh!!!!!!

apapun...jom enjoy the food bebeh.......






Isnin, 19 Oktober 2009

Mama pi jumpa kawan lama....

auntie lin n batrisyia



salam...

Tengahari tadi mama sempat la pi dating ngan auntie Lin...dah lama kitaorang tak jumpe...adalah dalam 2 bulan ...pertemuan pertama 2 bulan lepas selepas lost contact selama 6 tahun..huhuhu...jumpe jugak kita lagi sekali yer kak lin...yang bestnyer auntie Lin kata mama dah kurus..awww..malunyer...

Kitaorang lepak kat JJ AU2..makan2 kat food court jek..nak borak panjang pun tak boleh pasai mama bz nak siapkan report..adalah sesi meluahkan perasaan sikit2...thanks auntie lin yang sudi menjadi pendengar setia mama...

dah balik, siap bagi duit raya kat Jannah...tapi mama ujung2 bulan memang sengkek...tak dapek la nak bagi batrisyia duit raya..lain kali ek..harap autie lin tak kecik ati...

Paris Hilton's Diet Secret


Paris Hilton has some rather unconventional diet advice. A die-hard fan of McDonald’s and Taco Bell, she recommends eating chocolate, fast food and lasagna, and drinking Coca-Cola, she revealed in her book, Confessions of an Heiress. Although this eating plan may sound off the wall, don’t lose faith just yet! The bleached blonde fashionista also encourages readers to eat plenty of sushi, which is packed with antioxidant-rich veggies, seaweed and heart-healthy fish.

She also enjoys cooking meals at home, which can save both money and calories. Paris recommends staying away from diet sodas and artificial sweeteners, and says to drink the real version instead. Although drinking Coca-Cola may not seem like a diet tip that doctors would stand behind, the svelte diva is right in cautioning her audience to be wary of diet foods. Just because a food has “diet” in the name doesn’t mean that you should be eating it.

The heiress also believes that life is too short to deprive yourself of the foods you really love. While this doesn’t give you the license to binge on candy all day, it’s important to indulge from time to time and enjoy your favorite foods in moderation. After all, eating well shouldn’t be about deprivation.

source : www.lifescript.com

p/s : bile la nak dapat badan macam paris hilton agaknyer...huhuhuhu...




Jumaat, 16 Oktober 2009

Top 10 Riskiest Foods



The Food and Drug Administration (FDA) released its list for the top 10 riskiest foods for food-borne illness, and it includes popular foods you probably have in your kitchen! These 10 foods account for nearly 40% of all food-borne outbreaks since 1990, says the FDA.
So which food takes top honors? Leafy greens, including lettuce, spinach, cabbage, kale, arugula, chard, escarole and endive. Other “risky” foods include eggs, tuna, oysters, potatoes, cheese, ice cream, tomatoes, sprouts, and berries. About 363 separate outbreaks were linked to leafy greens, accounting for 24% of all outbreaks in the top 10 foods, according to the Center for Science in the Public Interest (CSPI), which used data from the Centers for Disease Control and Prevention. Leafy greens can become contaminated with pathogens such as E.coli, salmonella or norovirus (a type of gastrointestinal illness). Contamination often occurs when the food comes in contact with wild animals or manure. The pathogen is then passed to humans through improper handling and preparation, such as inadequate hand-washing and cross-contamination of cutting boards and other equipment. The FDA says that washing a vegetable may be insufficient if the pathogen was absorbed into the vegetable. It advises to discard any food that is recalled.


My comment : Adalah aku sangat tidak percaya bahawa lettuce, tuna, telur, cheese dan aiskrim adalah 10 makanan yang berisiko untuk kesihatan...alahai...


Akhirnya.....

Salam n selamat pagi semua....

Akhirnya dapat jugak mama menyiapkan order kek pagi tadi..
.dengan decoration yang simple but nice..hehehehe...memang la simple sebab mama ada masa cuma 1 jam lebih jek nak menyiapkannya...malam tadi adalah acara baking-membaking sehingga jam 12.30 tengah malam...papa pun tak larat nak tunggu sampai tertido....

Leceh tu memang la leceh..mana nak buat ganache, nak buat buttercream icing, nak itu, nak ini...nasib baik si Jannah bangun pukul 6.45 pagi..jadi sempat la mama nak deco kek tu lebih sikit....dan hasilnya..tadaaaa.............tapi kek pi
sang lupa nak snap....


Nie Nieza punya kek untuk anakanda tercinta Nur Zulaikha Khadeeja


Yang ni Tuan Hairi punyer...so boss, ada puas hati ka?????


Ada sape2 lagi nak order...murah jek....hehehhehe....


Khamis, 15 Oktober 2009

Alahai..teringat mee kari yang lazat iteww!!!!!

gambar ihsan : flikcr.com (en mat gebu)


Adalah aku memang tidak sopan setelah membaca doa diakhir solat...boleh plak aku terfikir nak berbuka ngan mee kari balik nanti..sebab musababnyer ialah, pagi tadi aku masakkan untuk papa kari ayam n sayur kobis goreng untuk lunch dia. So, aku simpan la sikit..wat jgn kempunan..tapi lebih salad semalam pun ada gak..bile dah teringin tu, aku terus p kedai giant yang dekat jek ngan ofis aku nih...beli bahan2 tambahan untuk memeriahkan lagi mee kari aku...aku beli daun bawang, telur n taugeh...bawang goreng n spagethi aku akan siapkan balik nanti....errmmmm, mesti sedapkan mee kari tu nanti...walllahhhhhhh.....

balik ni ada tugasan besar yang menanti....nak basuh baju,kemas bilik, main2 ngan si kecit, pastu berbaking la aku sampai ketengah malam untuk memenuhi 5 order kek....2 biji moist choc cake n 3 biji kek pisang....ada beran??????? kek coklat tu aku akan masak guna panasonic smart cooker (microcomputer) aku tu...n kek pisang aku masak dalam oven..boleh jimat masa untuk bercintan-cintun ngan papa plak....ahaksssss...!!!!!

Rabu, 14 Oktober 2009

Mind Your Muffins

gambar ihsan :flickr.com



There’s nothing quite like a warm, "fresh out of the oven" muffin. But if you’re regularly picking up baked goods for breakfast, it’s time to rethink your strategy. While eating a fresh blueberry muffin might seem like a healthy way to start your day (it’s fruit, right?), there are loads of calories and fat lurking within.
Depending on the brand, a single muffin can set you back 600-700 calories and more than 10 grams of fat. And don’t even think about biting into one of those oversized Costco/Sam’s Club brand monstrosities; each of these gargantuan pastries can easily pack up to 900 calories and more than 40 grams of fat. Even low-fat muffins can deliver a substantial caloric wallop with an average of 400 calories each. Why? Because they're made with more sugar than regular muffins to improve the taste. And don’t be fooled by muffins that claim to be low-fat or reduced-fat or by those that contain healthy-sounding ingredients, such as apples, bananas, blueberries, carrots, or wheat germ. One healthy ingredient doesn’t make the whole food diet-friendly. For a guilt-free, delicious breakfast muffin that won’t break the calorie bank, whip up a batch of our low-calorie oatmeal muffins and eat one straight out of the oven. If you do want to treat yourself to a once-in-awhile store-bought muffin, then go ahead and enjoy yourself. But don't go grabbing one of these fat-fests every morning, or you’ll just make it that much more difficult for yourself to lose weight. So, if the muffin man comes knocking, tell him you’re minding your muffins.


source : http://www.lifescript.com

p/s : jadinyer daripada korang makan muffin ni lebih baik la makan 1 1/2 mangkuk mee sup (570 kalori), satu pinggan nasi minyak + rendang daging (644 kalori), 8 keping roti putih (624 kalori), 5 ketul ayam goreng (650 kalori), nasi lemak.......amacam???


Pilihan adalah di tangan anda!!!!!!!!!


Lawakan baju ni????

pinjam gambar ButikNep

Baju ni adalah sangat menyentap qalbuku.....haiyooohhhh....ni semua penangan merayau2 kat butiknep..baju kat situ memang lawo2..bagi yang kaki shopping online memang kenal sangat ngan butik ni.....dah 2 hari aku tak berapa nak lena tido dalam tren sebab memikirkan mana nak dapat budget beli baju nih....sungguh cantikkkkk...harga pun kalau aku cakap ngan papa...mesti dia kata "tak payah beli ma...."...aku kenal sangat la...erm....


baju ni pada aku boleh tahan la harganya..konon2nyer nak beli untuk aidiladha nanti sebab nak mengubat hatiku yang lara yang tak dapat balik kg pada hari raya korban...size pun dah kena sangat ngan aku....tapi terpaksa kot aku korbankan sebab duit bagi aku sekarang adalah untuk beli kelengkapan "rumah"...hehehehe.....lain la kalau bines kek aku tu maju..leh jugak aku beli....tunggu bulan depan la, mana tau banyak org nak order kek...jumaat ni jek dah ada 5 biji kek yang org order...huhuhu...boleh kot....


Ataupun...

Simpan la duit untuk beli baju yang jauh lebih cantik daripada ini...wwwaaaaaaaaaa!!!! (saje nak menyedapkan ati la tu)