Selasa, 31 Mac 2009
Hari Menimbang
Hari ni genap 3 bulan aku consume HERBALIFE...berat pagi pagi tadi 85.8Kg...berbanding bulan lepas 89.6kg aku telah mengalami penurunan berat badan sebanyak 3.8kg untuk bulan ni...Syukur alhamdulillah...turun jugak berat aku walaupun penurunannya macam siput...memang betul2 siput sedut la...tapi takpe janji aku sihat..aku dah boleh pakai baju saiz L cukup la kan...so tak larat nak tulis bebanyak pasal kepala aku sakit...huhuhuhu...nape yer..?????
Daily Menu - 30th Mac
Semalam aku berjaya jugak mengawal nafsu...balik jek keje dalam kepala otak ni asyik fikir nak makan jek...so aku tahan diri aku...tapi mata still menjeling lagi..hehehehhe...menu semalam adalah seperti berikut:
Pagi - Shake Strawberry (baru bukak nih) + 600ml air
in between - IKO + 1 cawan soyafresh choc
Tengahari - sayur campur + seketul ayam panggang + 1 slice kecik brownies + sebiji apple + 1000ml air
Malam - Shake Strawberry + 600ml air
hari ni plak, aku tukar sikit menu, ambik shake pagi n tengahari sebab malam ni ada buat makan-makan sempena besday bibik...menu yang kakak ipar cadangkan beli pizza n kek jek...pizza aku yang sponsor....erm...jadi malam nanti la aku makan...
Isnin, 30 Mac 2009
Daily Menu - 27, 28, 29th Mac
nak update menu aku sepanjang 3 hari aku tak update menu..so kesimpulannya aku hanya maintain jek...
27 Mac (Jumaat)
Pagi - Shake Choc + 600ml air
in between - keropok lekor rebus (makan beberapa ketui...masa ni aku dah lapar pasal hari hujan...aku rebus guna microwave..sesekali guna mw...walaupun tahu kalau masak guna mw tak elok untuk kesihatan...
Tengahari - Tauhu bakar sekeping + 1/2 plate char kuey Teow + 1000ml air
in between - jambu batu pak cu
Malam - fish n chip + ceaser salad + 600ml air...(ni semua hubby punya pasal..dia goda aku ajak makan sama..dia mintak aku buat fish n chip untuk dia..kira romantik la..makan berdua-duaan sambil suap-suapan gitu....)kiranya aku tak amik shake la malam tu...
28 Mac (Sabtu)
Pagi - Shake Cappu + 600ml air
in between - 4 ketul chicken finger + 3/4 pinggan mee goreng
Tengahari - sayur campur + 2 ketul kari ayam+ paru goreng + 1000ml air
in between - roti dan biskut + tongkat ali coffee (plus misang kucing + ginseng) fuuuuhhhhh..pppoooowwweeerrrr
Malam - minum air tongkat ali (super power)...(tak tahu ler mengapa aku suke sangat minum air ni...walaupun tahu kalori dia banyak...aku tak amik shake sebab aku rasa aku dah makan banyak sangat ari tu....so minum air jek..
29 Mac (Ahad)
Pagi - Shake Cappu + 600ml air
in between - 6 ketul cekodok + 2 biji kuih putu ayu
Tengahari - gulai jantung pisang + goreng tauhu n tempe + 1000ml air
in between - semangkuk kecil laksa penang ( pukul 3 ptg)
- sekeping roti sapu ngan jem kacang + tongkat ali coffee (pukul 4.30 ptg)
Malam - just minum air jek 600ml pasal aku rasa kalori aku dah mencukupi..nak minum shake kang, bertambah lak kalori aku....huhuhuu...
Secara kesimpulannya..aku cuma amik sekali shake jek..teruk tul aku nih..kalau lambat kurus..tau lak marah...sebenarnya aku yang tak berdisiplin...semalam aku dah kuarkan semua baju2 lama aku dalam kotak..ada yang dah boleh pakai dan ada yang tunggu masa lagi sikit lagi nak muat....sebab sempit n sendat sikit..tak pe..cuba lagi bulan depan...dah banyak balik baju dalam almari aku dan baju yang besar2 aku dah lipat dan masukkan kat tempat baju-baju lama...itu sahaja aktiviti aku untuk hujung minggu...daaaa...
Khamis, 26 Mac 2009
Daily Menu - 26th Mac
Pagi - Shake Cappucino + 600ml air
Tengahari - Johnny's (steambot - china spinach, glass noodle, 2 pieces chicken meats (2x2), 2 pieces crabsticks, mushroom, tofu) + chicken floss bread + 1000ml air
in between - jambu pak cu (1/2 biji + asam)
Malam - Shake Cappu + 600ml air
Kena insaf ni , dah la banyak aku makan...esok try la mula berdetox..uhuhuhuh..mana pergi semangat aku...tolong!!!!!!
Daily Menu - 24th n 25th Mac
24/3/2009 (Selasa)
Pagi - Shake Cappucino + 600ml air
Tengahari - Bihun sup tulang + 1000ml air
in between - tongkat ali coffee + 1 slice kek gula hangus
Malam - around 9 p.m, hubby belikan aku burger OTAI, makan kat parking lot Puduraya..nak tolak tak elok lak (alasan tu....) tapi aku dah letih sangat n lapar sesangat....jadi makan jugak lah...huhuhu..pastu aku makan jambu kering sambil tengok channel Animal Planet ngan hubby...so overall is KANTOIIIII.....
balik jek, aku dok belek2 baju kebaya yang Angah bagi..kebaya merah..memang cantik gile...aku takleh la tunjuk kan sini...nanti ramai plak yang tahu baju raya aku..heheheheh...longgar gile baju tu...aku ingatkan tak muat sebab dia kata yang paling besar saiz L....besar lak baju tu,,,nak kena repare balik la....hubby dapat t-shirt hitam..tapi malangnya sempit...jadi dia nak handover kat anak sedara dia...Jannah lak dapat tudung,..tapi tudung tu terlalu besar untuk dia..
Hari Rabu lak, aku dah teruja nak g keje, tapi Jannah lak tak sihat..batuk2 n demam sikit...aku terpaksalah amik EL sebab kesian kat dia..Alhamdulillah, ari ni dia dah ok sikit...aku risau batuk dia tak baik2 lagi...tapi batuk tu bukan hari-hari,...kadang-kadang jek...semalam penat gak pasal dia meragam jek...menu semalam lak seperti di bawah..
25/3/2009 (Rabu)
Pagi - Shake Cappucino + 600ml air
Tengahari - Bihun Tomyam Seafood + 1000ml air
in between - tongkat ali coffee + sebiji cucur udang
Malam - around 9 pm, rasa aku dah terlambat sangat nak minum herbalife..aku just minum white coffee dan makan jambu kering tu sambil lipat kain ngan hubby..rajin lak dia malam tadi tolong aku lipat kain...hehehehehe....sayang abang....aku rasa semalam pun hari kantoi aku yang tak dapat mengekalkan 2 shake sehari...so for 3 days later aku nak berdetox..takut gak nak timbang...mesti turun sikit jek...tunggu result on 31 Mac nanti k...daaa....
Isnin, 23 Mac 2009
Daily Menu - 23rd Mac
Pagi - Shake Cappu + 600ml air
in between - pisang keju n 2 slice brownies (ada besar 2 jari jek)
sebenarnya bibi (ofismate) yang bawa bende ni..dia baru balik dari Jakarta..sedap jugak makanan kudapan indon..esok akak ngah aku balik dari Surabaya, tak sabar aku nak tengok kebaya merah dan tudung jannah yang aku kirim..mintak2 lah berkenan kek mato den...huhuhu...
Tengahari - Ayam panggang, coleslaw, kentang rebus, sos nando's + 1000ml air
Malam nanti - Shake Cappu + 600ml air
Di sini aku nak share resepi coleslaw...selamat mencuba
Coleslow Beto's
5 keping daun salad lettuce
1/2 biji carrot
1/2 biji buah pear cina (warna hijau tu)
1/2 biji capsicum (merah n kuning)
Semua bahan diatas dipotong dadu..kecik-kecik tau..
1 sudu makan mayonis
sedikit lada sulah
cara-cara : gaul semua bahan diatas dan hidangkan ketika sejuk..kalau suka masukkan perahan lemon sedikit..marvellous gitu....
Sekian .....selamat menjamu selera....
Cradle
Aku tengah nak cari jalan macam mana nak ajar dia supaya jangan tido dalam buaian...aku ni sebenarnya takut nak gunakan buaian..pasal takut jek keselamatan jannah..adakah selamat gunakan buaian???....sebab masa aku kecik2 dulu..ada budak yang sekampung dengan aku...mata dia tersangkut kat penyangkut kain buaian masa dia tido...huiiiyyyooooo...mengerikan...tu pasal la aku fobia sangat ngan penggunaan buaian ni....anyway apa komen korang?????
gambar ehsan : baliomegatron
Daily Menu - 21st n 22nd Mac
21/3/09 (Sabtu)
Pagi - Shake Cappu + 600ml air
Tengahari - 2 keping biskut digestive (cecah ngan soyfresh cappu 100ml) + 1/4 spagetti goreng (bibik buat) + satu sudu sos spagetti semalam + 1000ml air
aku terliur spagetti sejak semalam...sedap jek aku tengok budak-budak kat umah sarapan pagi..tapi aku tahan jebat...huhuhuhu....aku ni memang peminat pasta, jadi terkulat-kulat aku tengok mee kat atas meja tu..sambil mee tu melambai-lambai ke arah aku...mari...mari...mari makan aku...huhhuhuhu....(gua tak tahan beb.....)
Malam - Shake Cappu + 600ml air
22/9/09 (Ahad)
Pagi - Shake Cappu + 600ml air
Tengahari - 2 keping ikan pari masak asam pedas (yang ni aku masak) + 2 sudu makan gulai pucuk ubi (kak juli masak) + kentang goreng berlada (1/4 pinggan) + 1000ml
ari ni memang aku banyak makan yang bergoreng dan berminyak...aku malas lak nak prepare makanan diet aku pasal ramai orang kat umah..malu lak aku..kang ramai yang tanya..makan pe tu????...tu sebablah aku malas..malas nak jawab...lepas makan tengahari, aku, hubby, jannah n kak juli g jakel n KAMDAR beli kain pasang mak mertua aku...rambang mata aku kat sana...nasib baik aku lom gaji..kalau tak habis aku borong..kena berjimat-jimat bulan ni pasal banyak nak pakai duit..bulan ni jugak aku dah mula nak bayar kutu Cloth Diapers..erm..duit..duit...
pas balik outing - 5 biji kuih ondeh2 (kecik2 jek) + 1 bungkus biskut sultanate plum + 600ml air
Malam - Shake Cappu + 600ml air
Sekian sahaja melaporkan....
Jumaat, 20 Mac 2009
Daily Menu - 20th Mac
Salam....
Makan ape hari ni???.....erm, menu ni menu biasa aje..arik ni banyak keje..so dapat update ini sahaja...lepas makan tadi aku g Ampang Point, beli barang baby..tapi harganya mahal gak..aku belikan stokin dan kipas jannah jek...semua sekali RM20..ok la tu kan...sempat singgah Nando's beli sos extra hot peri-peri..berangan nak panggang ayam n buat Nando's sendirik...tengok je la nanti hasilnya...huhuhuhu...
Pagi - Shake Cappucino + 600ml air
in between - coklat cadburry (besar ibu jari)
Tengahari - Sayur campur + Ayam Tandoori + 1000ml air
in between - jambu batu Pak Cu
Malam nanti - Shake Cappucino + 600ml air
Khamis, 19 Mac 2009
Progress Part 1
Selama ni aku just tunjuk progress by weight...so sekarang aku tunjukkan progress dalam bentuk picture plak setelah consume almost 2 month sebab aku mula serius amik HERBALIFE awal Februari 2009..kalau korang perasan la perubahan tu...masih banyak lagi nak turunkan..bulan ni aku lom timbang lagi..tunggu 30 March nanti k...
Daily Menu - 19th Mac
Ari ni..masak paling sempoi.....pagi tadi aku masakkan hubby ikan goreng dan terung masak kari....aku bekalkan jugak rendang ayam semalam (dah aku panaskan..sayang..banyak sangat mak mertua aku masak semalam). Aku just masak Fucuk Sup Ayam..sape-sape nak try resepi diet ni...boleh ikut resepi di bawah..
Fucuk Sup Ayam
Rempah penumis (agak-agakla)
3 ulas bawang kecik (hiris2)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 inci halia
150ml air
1/2 batang carrot
sedikit fucuk (kulit tauhu)
sedikit suun
telur sebiji
sedikit isi ayam
1/2 sudu makan minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Daun saderi dan bawang goreng (hiasan)
cara-caranya : tumis rempah penumis (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga), then masukkan baeang kecik, bawang pitih dan halia. Dah kuning, masukkan air dan tunggu menggelegak...pastu masukkan carrot, isi ayam, suun dan fucuk..biarkan 5 minit..kemudian slowkan api pecahkan telur dan biarkan masak...last but not least..hiaskan la ngan daun saderi n bawang goreng....
Menu aku untuk 19 mac lak adalah seperti berikut:
Pagi - Shake Strawberry + 1000ml air
Tengahari - FucukSup Ayam + 1000ml air
Malam nanti - Shake Strawberry + 600ml air
setakat ini dulu...update menu untuk hari ni..nak rehat jap..tenangkan fikiran...huhuhuhuhuhu
Nasihat Pengetua AF 7
Salam semua....Alkisahnya malam tadi, tengah aku khusyuk lipat kain, aku nak tukar channel ASTRO, tertekan plak ASTRO RIA..masa tu rancangan Diari AF 7.. Aku bukannya ikut sangat AF ni..kadang-kadang naik meluat jugak..manusia akhir zaman ni memang sukakan hiburan...so itu aku tak nak komen bebanyak...aku tengok masa tu seorang pelajar AF tak silap aku nama dia Rini kot..telah dipanggil oleh pengetua untuk menyelesaikan masalah dia dengan pelajar lelaki...sambil menangis-nangis depan pengetua, dia menceritakan masalah dia...masalahnya ialah dia selalu dikutuk dan diperlekehkan oleh pelajar lelaki yang sampai satu tahap dia tak boleh terima kutukan hingga dia menjadi teramatlah sensitif dan menjauhkan diri dari orang lain..dia rasa down sangat....so korang tau apa Tiara tu cakap..." Rini, awak sepatutnya tetap dengan tujuan awak datang ke sini, awak ke sini untuk apa, jadi juara kan?..so kita tak boleh nak ubah orang lain...sepatutnya kita yang kena ubah diri sendiri,,kalau Rini rasa tak boleh terima dengan kata-kata orang lain..pedulikan..yang penting Rini fokus kepada pelajaran dan latihan untuk berjaya menjadi juara AF"..begitulah lebih kurang kata-kata dia...so aku berfikir sejenak...sama kes macam aku la ni...jadinya aku juga terima nasihat Tiara bahawa biarlah apa orang nak kata (aku ni gemuk, gebu, gedempol, gembrot, anak gajah ke hape), pedulikan yang penting kita fokus dengan matlamat kita...tak luak pun kalau orang kutuk kita...dah penat lama-lama berhentilah...huhuhuhu..dasar mulut takde insurans..wakakakaka.....
So hari ni aku ada semangat baru....sesangatlah happy hari ni...jalan kaki dari LRT ke ofis pun tak terasa penatnya sebab aku dok fikir jek apa nasihat Tiara tu...lagi plak sampai jek ofis adik aku si Mas (thanks dik) cakap aku dah kurus sikit...wowwwww....lagik aku happy...yyyyyeeeeehhhhhhaaaaaaa!!!!!
Rabu, 18 Mac 2009
Daily Menu - 18th Mac
Pagi - Shake Strawberry + 600ml air
in between - IKO + 200ml air
Tengahari - Sayur campur + Ikan selar kuning masak pindang + apple sebijik + 1000ml air
Malam nanti - Shake Strawberry + 600ml air
Takde-takde mood pun..makan tetap makan gak..kan best kalau takde mood lupa nak makan..tapi tak baik pasal aku dah bawak bekal siap-siap..kalau tak makan membazir..Rezeki Allah bagi..Alhamdulillah...
Hujan
Alkisahnya, hujan kat area rumah aku dalam pukul 6, masa tu...tengah sibuk-sibuk aku memasak dan mengemas..hujan pun turun dengan lebatnya..di dalam hatiku terdetik.."macam mana lah aku nak gi keje jap lagi"..dengan harapan hujan akan teduh pukul 7 nanti...tapi hujan masih tak berhenti...bila tiba masanya..
Setelah bersiap-siap, aku ngan hubby hantarlah Jannah ke rumah wan dia naik kereta...dalam keadaan hujan...lepas hantar aku duduk sekejap kat beranda rumah dengan hubby n mak&abah mertua aku...sementara hujan teduh, hubby pun menyurakan hasrat nak pinjam baju hujan kat abah mertua aku..so abah mertua aku tanya kat dia..."siapa yang nak pakai"..jawab hubby, "beattey la bah...."...dengan senyum simpul sambil nak tergelak..." abah bukan tak nak bagi, kalau bini wa'ang (awak) yang nak pakai...rabak baju hujan abah"...apalagi terkeluarlah gelak beberapa orang kat situ memecah kesunyian....aku punyalah bengang...nak menangis aku....pastu hubby aku cakap "alah bah, beattey tu kan dah kurus sikit...takkan la koyak baju hujan abah..."...jawab abah mertua aku..."bukan abah tak nak bagi man...wa'ang fikir la dia pakai nanti duduk kat belakang tu mesti ...raaakkkkk..koyak.."..huhuhuhu siap gelak-gelak dan senyum simpul lagi...berapa kali mau siaran ulangan hah?....gemok sangat gamaknya aku bagi dia nih...pastu aku terus masuk dalam bilik..tak tahan...menangis jugak aku...
Pastu aku cakap ngan hubby, aku kecik ati bila abah cakap macam tu...bapak aku sendiri pun tak pernah kutuk aku macam tu sekali..hubby cakap kat aku "kenapalah bini abang ni, benda yang kecik pun nak kecoh, nak terasa hati..masuk telinga kanan kuar kelinga kiri je la.."....buang masa jek aku ngadu kat dia...ye..bendanya memang kecik..tapi memberikan kesan yang besar kat aku..kalau aku cerita dalam ni pun korang mesti ingat..ala, benda kecik pun nak besar-besarkan..tapi bagi orang yang tak pernah merasa hidup gemok macam aku ni boleh la cakap..aku ni memang dari kecik gemuk..tak pernah pun kurus....dari kecik aku memang disisihkan...baik adik beradik, sepupu, kawan-kawan sekampung...kalau main apa-apa ke mesti diorang tak nak geng dengan aku..pasal aku akan membuatkan kumpulan mereka kalah teruk..iyelah..aku gedempol..comel lak tu..mana larat nak lari dapatkan mata...kalau bab sepupu sepapat lak..ramai yang mengeji dan menghina sebab aku gemok n hitam..diorang semua putih-putih dan cun-cun belaka (sampai atok aku belah arwah mak memang benci betul tengok muka aku...pernah dia cakap benci tengok muka aku sebab akulah cucu yang paling buruk..)...bila tiba part adik beradik..kakak aku lah orang yang paling tak suka aku tegur dia kat sekolah...dia kata aku memalukan dia...bila pergi kuar bandar, dia tak nak jalan dengan aku...aku simpan semuanya sampai la aku besar panjang....macam mana la aku tak terasa bila aku sering jadik kambing hitam dalam masyarakat...
Aku tak nafikan..ramai jugak kawan aku yang tak kisah aku macam ni...disebabkan benda-benda macam ni la aku terlalu merendah diri dan tak pernah yakin dengan diri sendiri..masa aku tulis ni pun...berlinang air mata aku...huhuhu...sabar..sabar..Allah dah bagi yang terbaik untuk aku...cukuplah tak cacat....Alhamdulillah...
Memang peristiwa pagi tadi buat aku terasa hati...tapi takpe..aku nak tunjukkan kat depa aku boleh kurus..asyik kena kutuk jek mana boleh tahan...akan aku jadikan ia sebagai pembakar semangat aku untuk kurus....chaiiiiyyyyooookkkk....
Selasa, 17 Mac 2009
Daily Menu - 17th Mac
Pagi - Shake Strawberry + 600ml air
Tengahari - Veggie Tomyam + Fried Catfish with chili + green grape + 1000 ml H2O
Malam -Shake Strawberry + 600ml air
Isnin, 16 Mac 2009
7 Essentials for the Dieter’s Kitchen
Stock your kitchen cabinets with these seven calorie savers, and you’ll see the scale start to move in no time.
Immersion blender
Dieters still want comfort foods—just not the calories that come with them. A handheld blender lets you whip up thick soups and hearty stews with minimal ingredients (and very little cleanup). I like to blend zucchini, butternut squash, or broccoli with either chicken broth or skim milk for a quick soup dinner. Or, use the immersion blender to make dressings and marinades, like in this recipe for Grapefruit-Avocado Salad.
Ramekins
I’m sure you’ve heard of the Small Plate Movement. I use one of these guys every single day to portion out trail mix, nuts, chips, ice cream—you name it!
Sprinkling a dish with grated Parmesan is a great way to get a lot of flavor—but not a lot of fat. Skip the jarred variety, and splurge on a small wedge of fresh cheese for a more intense taste.
Ice-cream scooper
Do you have a hard time visualizing proper serving sizes? Here’s an easy way to cheat: Use ice-cream scoopers to serve up sides like rice. I also like to use one to portion ground turkey meat into burgers.
Mini-muffin tin
These are another great way to keep portions in check—and you shouldn’t limit these tins to just muffins. I like to whip up individual frittatas, quiche, stuffing, or soufflés.
Parchment paper and aluminum foil
Chances are you already have a roll of each lying around, so put them to good use. I fill a parchment pouch with fish and a few veggies, then pop it in the oven or on the grill. And I use aluminum foil to make flavorful roasted veggies. Not only does it make for easy cleanup, but also using this method lets you cook with less oil, so you wind up saving calories.
Mustard
Most of my favorite dips call for at least a cup of mayonnaise, but any good dieter knows that’s one big fat trap. Instead I opt to add a tablespoon or two of mayo, then I supplement the rest with mustard. You wind up with a tangier dish that’s better for your figure.
Kebanyakkan barang-barang ni ada la kat dapur aku...cuma nak beli mustard sahaja..sebab nak elakkan daripada menggunakan mayonis...kalau macam iceream scooper tu takyah la..lagi la menggalakkan aku nak makan nasi or iceream..hehehehe...tak dapat nak banyangkan makan nasi 1 scoop jek..sedih tul..makan bercatu..uhuk..uhuk...selamat membaca...
Daily Menu - 16th Mac
Pagi - Shake Strawberry + 600ml air
Tengahari - baby Kailan udang + ikan goreng (seekor jek) +1000ml air
in between - iIKO + 200ml air
Malam - Shake Strawberry + 600ml air
Aku bukannya malas nak masak..cuma takde idea yang hebat-hebat lagi....hubby lak lagi suka kalau aku masak ringkas-ringkas..dia pun pesan jangan masak bebanyak...sebab berat dia dah naik sikit...mungkin aku akan pelbagaikan menu aku..walaupun sempoi tapi still sihat gak...
Baby Kailan Udang
1 bungkus baby kailan aka Choy Tam (bersihkan)
beberapa ekor udang (suka hati kurang..jangan 'terlebih sudah'....stacy tagline)
bawang putih (cincang)
2 sudu besar soso tiram
50ml air masak
1 sudu kecil minyak zaitun
bawang goreng
cara-caranya : jerang air dalam periuk, dan masukkan sedikit garam lepas tu bile dah mendidih, masukkan baby kailan dan tunggu seminit kemudian toskan. Tumis bawang putih dan udang..masukkan air dan sos tiram..biarkan udang masak...tuangkan kuah udang tadi ke atas baby kailan yang dah ditos..taburkan sedikit bawang goreng kat atas...errrrmmmm...sedap tau...selamat mencuba...
DEMOTIVATE!!!!!
Sebenarnya aku kecik hati ngan orang kat umah..termasuklah hubby aku sendiri...hujung minggu lepas aku nak ajak dia pi Taman Rekreasi TTDI kat Jalan Abag Haji Openg nu...iyelah..nak gak buat senaman (jalan-jalan n jogging)..boring aerobik kat dalam bilik...dia cakap..takyah la nak jogging-jogging..so aku diam je la...aku ni susah nak gerak ke mana-mana tanpa bantuan dia..sebab aku tak tau nak drive..lagi satu Jannah kecik lagi...
Pastu masa makan ramai-ramai...hubby aku dok cerita kat semua orang aku ajak dia jogging...semua orang gelakkan aku...aku sedar la siapa diri aku ni...gemuk..jadi diaorang yang kecik-kecik saiz badannya kat umah tu semua gelakkan aku (termasuklah bibik)...huhu.....HAMPEH...bila aku nak merasa dok kat umah sendiri...tak private langsung...BOSAN....aku kuatkan semangat aku...aku nak tunjukkan diorang aku boleh kurus..susah jadik orang gemuk ni selalu kena hina dek orang...MENNNCCIIIII.........boleh kena tekanan mental...kalau korang nak tau semua orang kat dalam umah aku kurus-kurus belaka..aku je seorang yang sesat...
Aku rasa persekitaran aku memang tak membantu pun untuk aku berdiet...takpelah..aku jadikan semua tu sebagai cabaran...walaupun aku kecik hati, takpe la...biarlah diorang nak kata apa....asalkan aku tak lari daripada tujuan asal aku....walaupun hubby tak nak bawak aku...aku dah amik keputusan nak jalan kaki dari LRT ke ofis..ada la lebih kurang 2.5km...ok la tu kan sebagai senaman....korang doakanlah aku berjaya k..Amin...
Update Menu (13,14 n 15th March 2009)
13th Mac (Jumaat)
Pagi - Shake strawberry + 600ml air
Tengahari - Chicken Salad With Creamy Soup (gambo tak cantik...) + 1000ml air
untuk pengetahuan korang creamy soup ni bukanlah aku masak pakai creame or what..just aku buat soup sendiri...bahan-bahannya..2 sudu susu anlene, 100ml air, sedikit isi ayam, 1/2 sudu kecik butter, chooped onion n garlic...sedikit corn flour...masak je la...
Malam - Shake strawberry + 600ml air
Hari sabtu lak, Angah datang dari Muar..dia nak pergi ke Surabaya,...bercuti dengan keluarga...so aku amik diorang kat pudu n bawak balik ke rumah aku..so diorang makan tengahari kat umah aku ler...menu yang aku masak selama 45min adalah ayam masak lemak cili api, sayur campur dan ikan goreng. Masa 45 min tu la nak siang ikan, siang ayam, bersihkan sayur...fuh..kelam kabut aku sengsorang..tapi result marrrvellloussss kata angah...hehehehhe...lepas siap semua makan aku n hubby hantar lak diorang g LCCT...hari yang meletihkan bagi aku..
14th Mac (Sabtu)
Pagi - Shake strawberry + 600ml air
Tengahari - Sayur campur + Ayam masak lemak cili api + 1000ml air (takde gambo)
Malam - Shake strawberry + 600ml air
Ahad lak takde aktiviti apa-apa..cuma dok mengemas dan main-main ngan jannah...hari yang paling merehatkan aku...yeeeehhhhaaaaaaaa...
Pagi - Shake strawberry + 600ml air
Tengahari - Teppayaki Brokoli + 1000ml air
Malam - Shake strawberry + 600ml air
Supper - 2 keping biskut digestive + 100ml susu soya (less sugar) (lapo gamaknya aku nih...)
Inilah menu aku untuk tiga hari....habislah minggu salad ...so minggu food variation bermula plak...ini pasal takde idea lagi nak masak menu sihat..nanti lah aku fikir-fikirkan k....setakat ni aku rasa menu aku still sihat dan berkhasiat...mesti korang bertanya-tanya mana nasik aku...Fyi, aku memang tak makan nasi...hehehehe...harap-harap aku boleh bertahan...nanti aku update menu for today...
Khamis, 12 Mac 2009
Best Food For Your Diet
Daily Menu - 12th Mac
Ini menu diet aku....nama dia kalau korang nak tau...BLACK PEPPER CHICKEN VEGGIE...huhuhu...amacam mengancam tak?...ni jek yang sempat aku sediakan pagi tadi...nak buat yang gempak-gempak..tak sempat..mana nak masak bekal tengahari hubby lagi...nak susukan Jannah...huhuhuhu..banyak..tapi aku happy ngan rutin aku hari-hari seawal 5 pagi...Menu salad ni aku buat seminggu..pastu minggu depan korang tunggu menu apa plak..tapi yang penting aku sediakan cara yang sihat...tanpa minyak...ayam tu pun sebenarnya aku panggang...kalau korang nak try buat..aku kasik resepi kat sini....
BLACK PEPPER CHICKEN VEGGIE
5 helai salad Butterhead Lettuce
1/2 batang carot (dipotong cantik2)
1 biji kentang (size kecik jek dan potong weges)
1/4 dada ayam
2 sudu perisa black pepper
Sos Cili dan Sos blackpepper (ikut suka)
1/2 sudu besar mayonis
sedikit perahan lemon
mula-mula perap ayam ngan perencah black pepper (aku beli kat cosway)...pastu panggangla dalam oven...carot n kentang korang rebus la..pastu toskan..boleh letak pepper kat kentang tu kalau suka..pastu susun la dalam pinggan ikut suka dan letak sos yang ada dan perahan lemon...presentation makanan tu penting bagi membutkan kita berselera..walaupun makanan tu tak berapa sedap (makanan orang yang berdiet selalu memang tak sedap macam kat spital)...biar kita enjoy....jadi lebih sedap dari makan kat restoran...hehehehehe...
Menu diet aku ari ni seperti berikut:
Pagi - Shake strawberry + 600ml air
In between - Biskut IKO (warna oren)+ 600ml air
Tengahari - BLACK PEPPER CHICKEN VEGGIE (sedap...sedap....ada yang terliur tak?????)
In between - Anggur Hijau (beli kat giant tadi) + 600ml air
Malam - Shake strawberry + 600ml air
Korang mesti tertanya-tanya tak boring ke makan salad hari-hari...jawapannya "TIDAK"..tapi aku takut orang yang hari-hari baca naik boring...huhuhuhu....minggu depan menu ada variasi sikit..aku dah fikirkan dah...setakat ini sahaja laporan aku pada hari ni.....Salammmmm.....
6 Foods to NEVER Eat!
Terdapat 6 makanan yang tidak boleh berada di dalam menu diet anda....hehehehe....semua yang disenaraikan ni antaranya fav aku gak...ok kita tgk satu persatu..mungkin info ini boleh membantu dalam program diet anda...
- Donut (dunkin, big apple, jacko etc)
- Cheese burger (mcD, burger king, A&W byk lagi..aku tak tau)
- Ayam Goreng (kfc, mcD......)
- Sugary Cereal (coco crunch, muesli..bla..bla)
- Daging yang telah diproses (hotdog, nugget, daging burger dsb)
- Sup di dalam tin (cambell, vono)
Rabu, 11 Mac 2009
Cloth Diapers
Apa yang membuatkan aku nak gunakan CD ni ialah yang pertama mestilah untuk kesihatan Jannah yang kedua plak pasal nak selamatkan alam sekitar...Aku selalu dok bayangkan kalau aku sorang dah guna beratus-ratus keping pampers (setakat ni la)..so korang bayangkanlah ada berapa juta ibu kat dunia ni...so berapa banyak diapers yang dah dibuang...nak melupuskannya makan masa tu..so sebagai langkah nak berjimat dan 'go green' aku nekad nak guna CD..walaupun aku terpaksa mencuci (tambah sikit keje mama, makin kuruih la nanti...:P)...tak mengapa...
Disini aku paste kan sedikit info yang aku ambik...sharing is caring
Kami memilih Lampin Kain (Cloth Diaper)
by Siti Nur Suraya daripada lunatots.com
Kenali 'Disposable Diaper'
– Dioxin in is listed by the EPA as the most toxic of cancer related chemicals.
Diharamkan di banyak negara, tetapi tidak di USA (syarikat pengeluar dispo utama dunia)
– Tributyl-tin (TBT) - a toxic pollutant known to cause hormonal problems in humans and animals. Ia
merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.
– Sodium polyacrylate -Gel-like, super absorbent crystals. Sodium polyacrylate is the same substance
that was removed from tampons because of its link to toxic shock syndrome. Polimer ini
menyebabkan alergi teruk seperti muntah, infection dan demam.
– Meningkatkan jumlah peratusan bayi yang rashes daripada 5%(1955) kepada 78%(1991).
– Pembiakan bakteria dan ammonia melalui urine.
– Penyebab athma di kalangan bayi.
– Kajian tahun 2000 (German) menyatakan suhu yang terlampau tinggi pada bahagian skrotum
bayi lelaki menyebabkan kerosakan pada his cooling mechanism dan boleh mengakibatkan
masalah kemandulan.
– 50% daripada sampah domestik rumah.
– Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
– Mengambil masa 500 tahun untuk terurai!
Sama-samalah kita selamatkan alam sekitar demi generasi akan datang - LESTARI
Daily Menu - 11th Mac
So menu diet aku untuk hari ni;
Pagi - Shake strawberry +1000ml air
Tengahari - Pop Corn Chicken Salad + 600ml air
Malam - Shake strawberry +1000ml air
Sekarang aku makin berdisiplin..seperti kata Stella...semangat mesti kuat dan berdisplin...huhuhu...aku ingat kata-kata otai HL ni...so buat masa ni aku tak terfikir pun nak terkucil (wallaaaweehhh ayat power tu..)..harap dapat bertahan macam ni sampai la aku balik kampung nanti....kalau kat kampung aku mesti terbabas..almaklum mak yang masak...sedapnya ikan lumi goreng mak...aku rinduuuuuuuuu!!!!!!!!!
Selasa, 10 Mac 2009
Salad Mentah Kaya Khasiat
Salad juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubati kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman. Mengamalkan sayuran mentah dalam menu harian adalah langkah yang paling baik untuk mengekalkan kesihatan.
Salad baik untuk diet
Oleh kerana salad boleh mngurangkan paras kolestrol dan tekanan darah maka ia pilihan terbaik bagi diet yang sihat. Memandangkan salad sudah cukup berkhasiat untuk diet sihat, maka seeloknya jangan tambahkan perasa yang mengandungi lemak yang tinggi secara berlebihan. Penambahan mayonis, keju dan minyak zaitun perlulah dibuat dengan kuantiti yang sedikit. (sumber : Alaf 21)
Ciri-ciri diet salad yang baik
- Elakkan penambahan bahan-bahan berasaskan tepung
- Bataskan penggunaan bijirin
- Pilih minyak zaitun dan makanan dan makanan yang kaya dengan khasiat omega 3
- Jangan tambahkan gula di dalam hidangan salad
- Pastikan makan buah-buahan sekali sehari
- Kurangkan penambahan kekacang dalam hidangan salad
- Elakkan penambahan makanan berlemak
- Tambahkan sedikit khasiat protein seperti ikan, tenusu dan daging (pilihan)
Daily Menu - 8th n 9th Mac
Nak update menu untuk 8 dan 9hb...setakat ni program diet aku masih bertahan lagi....(kuat semangat aku nih). Hujung minggu lepas aku sibuk dengan aktiviti mengemas..so dah letih tak ingat nak makan...semalam lak aku pertama kalinya selepas aku bersalin aku beraerobik...huhuhu...sebelum jannah bangun aku dah siap bersenam..nasib baik..kalau tak tergendala la aerobik aku...So ni antara menu diet aku sepanjang cuti
Ahad (8/3/09)
Pagi - Shake Strawberry + 600ml air
Tengahari - Baby kailan + ikan pari bakar + begedil tauhu + 1000ml
Malam - Shake Strawberry + 600ml air
Isnin (9/3/09)
Pagi - Shake Strawberry + 600ml air
Tengahari - Grilled Chicken Salad + 1000ml
Malam - Shake Strawberry + 600ml air
Semalam aku pergi Pasar Besar TTDI, cari isi ayam, kobis purple, tomato kecik(yang macam cherry tu) dan butterhead salad..aku buat Grilled Chicken Salad...semua bahan-bahan aku campur ngan mayonis dan sos cili...fuhhhhhh..sedap gile..kenyang dibuatnya....hari ni pun aku bawak bekal untuk makan tengahari nanti kat opis...Sekian..melaporkan....
Sabtu, 7 Mac 2009
Nak balik...nak balik....
Extra Work...
Program diet aku berjalan macam biasa..pagi amik shake vanilla...n malam nanti aku amik shake strawberry..aku rasa bulan ni tak banyak penurunan coz banyak event makan-makan daa...harap cuti 3 hari ni aku boleh bertahan..InsyaAllah...
Jumaat, 6 Mac 2009
Sarapan di mana?
Aku just makan, 3-4 sudu nasi lemak + karipap + seri muka + dan 1/4 roti canai...so ok la tu kan...nanti tengahari n malam aku ambik shake je..sebab semalam aku dah kantoi...
So, everybody..let's start herbalife again.....huahuahuahuaaaa.......
5th Mac
Salam...
Semalam aku tak datang keje...sebab g checkup Jannah kat Klinik Ibu dan Kanak-kanak TTDI...dia taklah kena cucuk..tapi bila dengar dia batuk-batuk..aku pun tak sedap ati nak g keje...dia batuk sebab berjangkit dengan Qayyum..kat umah Wan Bedod dia..ermm..nak buat macam mana dah tinggal kat umah pengasuh....dia ok...berat dia dah 7.1kg...oklah tu..sihat walafiat...mesti tok abah dan tok mak kat muar tu rindu sesangat kat dia...
So semalam aku amik shake sekali jek (pagi)..tengahari aku ingatkan hubby dapat balik makan tengahari kat umah..last2 dia kata takut hujan..nanti sangkut kat jalan...so aku makan ler sengsorang..menu aku sayur campur dan ikan goreng jek...
Petang ingat nak makan shake, tapi aku dah makan kuih nagasari...bibik (imah) yang buat..sedap jugak..sekali lupa diri aku bantai sampai 4 bungkus..alal bungkus cam lepat tu...pastu aku makan kacang..pastu hubby nak ayam goreng ayamas redhot tu..aku gorengkan dan makan la sikit...pstu gian lak nak makan tosei...tapi hubby aku tak larat nak bawak aku g Mohsin...so malam aku tak makan la...cuma makan sikit jek coklat...just rasa jek...hehehehehhe..so semalam aku rasa ari kantoi aku...hampehhhhhhhh!!!!!!!
Rabu, 4 Mac 2009
Imunisasi
Suntikan imunisasi ini adalah penting untuk menghindari penyakit, kerana pada masa ini bayi masih belum mempunyai / atau dapat menghasilkan anti bodi yang kuat untuk melawan penyakit.
"Jika anda melengahkan pemberian imunisasi kepada anak, antibodi dalam badan mereka akan berkurang dengan cepat dan mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberikan"Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia
VAKSIN | UMUR(BULAN) | UMUR(TAHUN) | ||||||||||
Ketika Lahir | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 12 | 18 | 7 | 12 | 15 | |
BCG (Tibi) | x | tiada parut | ||||||||||
Hep (Hepatitis B) | x | x | x | x | ||||||||
DTP (Difteria, tetanus, pertussis) | x | x | x | x | ||||||||
Hib (Haemophilus influenza type B) | x | x | x | |||||||||
OPV (Polio) | x | x | x | x | x | |||||||
MMR (Measles, mumps, rubella) | x | x | ||||||||||
Measles (Campak) | x | |||||||||||
DT (Difteria) | x | |||||||||||
T (Tetanus) | x | |||||||||||
PETUNJUK | ||||||||||||
x | Imunisasi Primer | |||||||||||
x | Dos Tambahan | |||||||||||
x | Sabah Sahaja |
Sumber :
- Risiko Alpa Imunisasi Anak, Harian Metro, 5 Februari 2006
- Portal Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia
13 Keys to a Healthy Diet
Secondly, fruits, vegetables, grains, and legumes—foods high in complex carbohydrates, fiber, vitamins, and minerals, low in fat, and free of cholesterol—should make up the bulk of the calories you consume. The rest should come from low-fat dairy products, lean meat and poultry, and fish.
You should also try to maintain a balance between calorie intake and calorie expenditure—that is, don't eat more food than your body can utilize. Otherwise, you will gain weight. The more active you are, therefore, the more you can eat and still maintain this balance.
Following these three basic steps doesn't mean that you have to give up your favorite foods. As long as your overall diet is balanced and rich in nutrients and fiber, there is nothing wrong with an occasional cheeseburger. Just be sure to limit how frequently you eat such foods, and try to eat small portions of them.
You can also view healthy eating as an opportunity to expand your range of choices by trying foods—especially vegetables, whole grains, or fruits—that you don't normally eat. A healthy diet doesn't have to mean eating foods that are bland or unappealing.
The following basic guidelines are what you need to know to construct a healthy diet.
1 Eat plenty of high-fiber foods—that is, fruits, vegetables, beans, and whole grains. These are the "good" carbohydrates—nutritious, filling, and relatively low in calories. They should supply the 20 to 30 grams of dietary fiber you need each day, which slows the absorption of carbohydrates, so there’s less effect on insulin and blood sugar, and provides other health benefits as well. Such foods also provide important vitamins, minerals, and phytochemicals (plant chemicals essential to good health).
Aku memang makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran..memang menjadi kegemaran sejak aku kecik lagi..makan banyak serat boleh membuatkan kita kenyang dalam tempoh yang lama..jadi mari kita pakat makan serat banyak-banyak..tapi pilih yang low calorie...jangan lak dok hentam derian, cempedak....
2 Make sure to include green, orange, and yellow fruits and vegetables—such as broccoli, carrots, cantaloupe, and citrus fruits. The antioxidants and other nutrients in these foods may help protect against developing certain types of cancer and other diseases. Eat five or more servings a day.
hahahah...ni kira macam buat sayur campur la ni..warna-warni gitu....ceria-ceriakan pola pemakanan anda supaya kita terhindar daripada tekanan...
3 Limit your intake of sugary foods, refined-grain products such as white bread, and salty snack foods. Sugar, our No.1 additive, is added to a vast array of foods. Just one daily 12-ounce can of soda (160 calories) can add up to 16 pounds over the course of a year. Many sugary foods are also high in fat, so they’re calorie-dense.
kalau nak kurangkan berat dengan cepat..kurang-kurangkanlah makanan yang manis dan berkarbohidrat kompleks..macam aku..kalau start makan benda manis...tu..diiaaa...tak boleh berhenti makan wwwwoooo...lagi satu dalam diet plan aku memang tak tertera perkataan nasi dan roti....
4 Cut down on animal fat. It’s rich in saturated fat, which boosts blood cholesterol levels and has other adverse health effects. Choose lean meats, skinless poultry, and nonfat or low-fat or nonfat dairy products.
Yang ni lak...aku cuba elakkan..sebab aku ni suka sangat makan burger..so aku ada la beli daging burger yang kurang lemak (DARABIF)..tapi aku takut gak kalau lemak tepu yang terselit disebaliknya..dah lama aku tak makan...mungkin dalam sebulan sekali kot..nak lepaskan mengidam...hikhikhikkk...
5 Cut way down on trans fats, supplied by hydrogenated vegetable oils used in most processed foods in the supermarket and in many fast foods.
Elakkan makanan di dalam tin dan cuba sehabis mungkin makanan yang kita masak sendiri dari sumber yang fresh...(yang penting elakkan fast food.....alamak nando's..kenny rogers..ayamas..kfc..tidakk..tidakkkkkkk...)
6 Eat more fish and nuts, which contain healthy unsaturated fats. Substitute olive or canola oil for butter or stick margarine.
Aku memang suke ratah ikan...
7 Keep portions moderate, especially of high-calorie foods. In recent years serving sizes have ballooned, particularly in restaurants. Choose a starter instead of an entrée, split a dish with a friend, and don’t order supersized anything.
Setiap kali anda membeli barangan makanan, cuba belajar membaca label pada yang mengandungi info jumlah kalori, lemak, gula bds...ini penting supaya kita tidak tertipu..walaupun ia dilabelkan rendah lemak..tapi cuba kita tengok ingrdient yang lain spt gula, lemak, garam....Ini juga salah satu cara untuk kita mengurangkan kalori dalam makanan...
8 Keep your cholesterol intake below 300 milligrams per day. Cholesterol is found only in animal products, such as meats, poultry, dairy products, and egg yolks.
Takutnya kolestrol..tapi kita boleh makan oat atau serat yang lain untuk menurunkan kadarnya....
9 Eat a variety of foods. Don't try to fill your nutrient requirements by eating the same foods day in, day out. It is possible that not every essential nutrient has been identified, and so eating a wide assortment of foods helps to ensure that you will get all the necessary nutrients. In addition, this will limit your exposure to any pesticides or toxic substances that may be present in one particular food.
Pelbagaikanlah makanan anda..tidak hanya membekalkan nutrien yang mencukupi tetapi mengelakkan kita daripada teringin kepada makanan yang tidak sihat kerana bosan dengan satu jenis makanan sahaja...
10 Maintain an adequate calcium intake. Calcium is essential for strong bones and teeth. Get your calcium from low-fat sources, such as skim milk and low-fat yogurt. If you can't get the optimal amount from foods, take supplements.
kalsium penting untuk kekuatan gigi dan tulang...selain daripada itu, telah terbukti mereka yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan sejumlah berat badan....
11 Try to get your vitamins and minerals from foods, not from supplements. Supplements cannot substitute for a healthy diet, which supplies nutrients and other compounds besides vitamins and minerals. Foods also provide the "synergy" that many nutrients require to be efficiently used in the body.
Fakta ni aku setuju...tapi herbalife jugak adalah antara suplimen yang mempunyai nutrien yang mencukupi dan seimbang (ceeehhhh..sempat lak tu promote...)
12 Maintain a desirable weight. Balance energy (calorie) intake with energy output. Exercise and other physical activity are essential.
Senaman penting untuk kecergasan dan kesihatan kita secara holistik..tapi senaman yang mampu aku lakukan dengan time constrain ialah naik tangga, turun tangga dan berjalan kaki....
13 If you drink alcohol, do so in moderation. That is one drink a day for women, two a day for men. A drink is defined as 12 ounces of beer, 4 ounces of wine, or 1.5 ounces of 80-proof spirits. Excess alcohol consumption leads to a variety of health problems. And alcoholic beverages can add many calories to your diet without supplying nutrients.
Arak adalah raja segala kejahata :P.......
artikel asal : http://www.wellnessletter.com/html/fw/fwNut01HealthyDiet.html