Nak update menu untuk 8 dan 9hb...setakat ni program diet aku masih bertahan lagi....(kuat semangat aku nih). Hujung minggu lepas aku sibuk dengan aktiviti mengemas..so dah letih tak ingat nak makan...semalam lak aku pertama kalinya selepas aku bersalin aku beraerobik...huhuhu...sebelum jannah bangun aku dah siap bersenam..nasib baik..kalau tak tergendala la aerobik aku...So ni antara menu diet aku sepanjang cuti
Ahad (8/3/09)
Pagi - Shake Strawberry + 600ml air
Tengahari - Baby kailan + ikan pari bakar + begedil tauhu + 1000ml
Malam - Shake Strawberry + 600ml air
Isnin (9/3/09)
Pagi - Shake Strawberry + 600ml air
Tengahari - Grilled Chicken Salad + 1000ml
Malam - Shake Strawberry + 600ml air
(lebih kurang macam ni ler ghope salad aku...tak sempat nak amik gambar la.kang orang kat umah aku pelik lak)
Semalam aku pergi Pasar Besar TTDI, cari isi ayam, kobis purple, tomato kecik(yang macam cherry tu) dan butterhead salad..aku buat Grilled Chicken Salad...semua bahan-bahan aku campur ngan mayonis dan sos cili...fuhhhhhh..sedap gile..kenyang dibuatnya....hari ni pun aku bawak bekal untuk makan tengahari nanti kat opis...Sekian..melaporkan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan