Khamis, 19 Mac 2009

Nasihat Pengetua AF 7


Salam semua....Alkisahnya malam tadi, tengah aku khusyuk lipat kain, aku nak tukar channel ASTRO, tertekan plak ASTRO RIA..masa tu rancangan Diari AF 7.. Aku bukannya ikut sangat AF ni..kadang-kadang naik meluat jugak..manusia akhir zaman ni memang sukakan hiburan...so itu aku tak nak komen bebanyak...aku tengok masa tu seorang pelajar AF tak silap aku nama dia Rini kot..telah dipanggil oleh pengetua untuk menyelesaikan masalah dia dengan pelajar lelaki...sambil menangis-nangis depan pengetua, dia menceritakan masalah dia...masalahnya ialah dia selalu dikutuk dan diperlekehkan oleh pelajar lelaki yang sampai satu tahap dia tak boleh terima kutukan hingga dia menjadi teramatlah sensitif dan menjauhkan diri dari orang lain..dia rasa down sangat....so korang tau apa Tiara tu cakap..." Rini, awak sepatutnya tetap dengan tujuan awak datang ke sini, awak ke sini untuk apa, jadi juara kan?..so kita tak boleh nak ubah orang lain...sepatutnya kita yang kena ubah diri sendiri,,kalau Rini rasa tak boleh terima dengan kata-kata orang lain..pedulikan..yang penting Rini fokus kepada pelajaran dan latihan untuk berjaya menjadi juara AF"..begitulah lebih kurang kata-kata dia...so aku berfikir sejenak...sama kes macam aku la ni...jadinya aku juga terima nasihat Tiara bahawa biarlah apa orang nak kata (aku ni gemuk, gebu, gedempol, gembrot, anak gajah ke hape), pedulikan yang penting kita fokus dengan matlamat kita...tak luak pun kalau orang kutuk kita...dah penat lama-lama berhentilah...huhuhuhu..dasar mulut takde insurans..wakakakaka.....

So hari ni aku ada semangat baru....sesangatlah happy hari ni...jalan kaki dari LRT ke ofis pun tak terasa penatnya sebab aku dok fikir jek apa nasihat Tiara tu...lagi plak sampai jek ofis adik aku si Mas (thanks dik) cakap aku dah kurus sikit...wowwwww....lagik aku happy...yyyyyeeeeehhhhhhaaaaaaa!!!!!

Tiada ulasan: