Sabtu, 7 Mac 2009
Nak balik...nak balik....
Aku nak balik...but hubby tak sampai-sampai lagi...dia kata tadi hujan lebat kat batu cave dan jalan sesak teruk..nak amik aku kat Setiawangsa ni hah...aduiiii......kenapa la aku suruh dia amik aku...kan senang kalau aku naik tren...menyesal tol aku..kalau tak, agaknya aku dah sampai rumah...sebenarnya aku dah rindu tahap gaban ngan Jannah ni..bukan aku tak rindu kat Papa, tapi aku lebih kesian kat Jannah yang terpaksa duduk kat umah pengasuh tanpa aku di sisinya...Mama tak sampai hati la sayang!!!! Dugaan menjadi ibu zaman sekarang..kita terikat ngan faktor ekonomi...bukan macam mak-mak kita dulu..menjaga kita setiap masa coz diaorang suri rumah sepenuh masa dan tanggungjawab abah sepenuhnya mencari rezeki...aku teringin nak jadi surirumah sepenuh masa..tapi aku rasa sampai bile pun tak dapat kecuali aku amik keputusan yang drastik untuk tidak bekerja dan bekerja dari rumah sahaja..aku pernah terfikir nak berniaga nasi lemak..ok per..abah aku jual cendol selamba jek..banyak gak masyuk....iyalah berniagakan 9/10 dari sumber rezeki...entah bile la aku nak mulakan..kesian kat anak-anak aku nanti.. Aku memang boleh tak bekerja..kalau gaji hubby memang cukup-cukup untuk belanja kami anak beranak...tapi aku banyak komitmen lain..mana nak bagi kat keluarga aku, belanja untuk kehendak aku (baju, mekap, herbalife..hikhikhik), macam-macam lagi la..kalau aku tak keje, sia-sia aje la mak dan abah aku hantar aku belajar tinggi-tinggi...dalam dilema aku nih... Tapi hidup mesti diteruskan..nak tak nak aku perlu bijak menangan semuanya..sama ada nak bekerja sendiri atau keje makan gaji..aku akan fikirkan semasak-masaknya..tapi aku sayang nak tinggalkan kerjaya aku sebagai seorang Town Planner...walaupun mencabar dan hampir membiolkan kepala aku, tapi aku tetap enjoy dengan apa yang aku buat.... Hubby aku dah call la...nak balik...chow chin ccahwwwwww.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan