Rabu, 18 Mac 2009

Hujan



Bagaimana hujannya hari ni begitu jugak hujannya hati aku ni...berderai juga air mata aku ni akhirnya..sebenarnya aku sedaya upaya tak nak jadi orang yang sensitif..tapi disebabkan aku dah tak tertahan...hanya deraian air mataku yang meredakan sakitnya di dalam hati...

Alkisahnya, hujan kat area rumah aku dalam pukul 6, masa tu...tengah sibuk-sibuk aku memasak dan mengemas..hujan pun turun dengan lebatnya..di dalam hatiku terdetik.."macam mana lah aku nak gi keje jap lagi"..dengan harapan hujan akan teduh pukul 7 nanti...tapi hujan masih tak berhenti...bila tiba masanya..

Setelah bersiap-siap, aku ngan hubby hantarlah Jannah ke rumah wan dia naik kereta...dalam keadaan hujan...lepas hantar aku duduk sekejap kat beranda rumah dengan hubby n mak&abah mertua aku...sementara hujan teduh, hubby pun menyurakan hasrat nak pinjam baju hujan kat abah mertua aku..so abah mertua aku tanya kat dia..."siapa yang nak pakai"..jawab hubby, "beattey la bah...."...dengan senyum simpul sambil nak tergelak..." abah bukan tak nak bagi, kalau bini wa'ang (awak) yang nak pakai...rabak baju hujan abah"...apalagi terkeluarlah gelak beberapa orang kat situ memecah kesunyian....aku punyalah bengang...nak menangis aku....pastu hubby aku cakap "alah bah, beattey tu kan dah kurus sikit...takkan la koyak baju hujan abah..."...jawab abah mertua aku..."bukan abah tak nak bagi man...wa'ang fikir la dia pakai nanti duduk kat belakang tu mesti ...raaakkkkk..koyak.."..huhuhuhu siap gelak-gelak dan senyum simpul lagi...berapa kali mau siaran ulangan hah?....gemok sangat gamaknya aku bagi dia nih...pastu aku terus masuk dalam bilik..tak tahan...menangis jugak aku...

Pastu aku cakap ngan hubby, aku kecik ati bila abah cakap macam tu...bapak aku sendiri pun tak pernah kutuk aku macam tu sekali..hubby cakap kat aku "kenapalah bini abang ni, benda yang kecik pun nak kecoh, nak terasa hati..masuk telinga kanan kuar kelinga kiri je la.."....buang masa jek aku ngadu kat dia...ye..bendanya memang kecik..tapi memberikan kesan yang besar kat aku..kalau aku cerita dalam ni pun korang mesti ingat..ala, benda kecik pun nak besar-besarkan..tapi bagi orang yang tak pernah merasa hidup gemok macam aku ni boleh la cakap..aku ni memang dari kecik gemuk..tak pernah pun kurus....dari kecik aku memang disisihkan...baik adik beradik, sepupu, kawan-kawan sekampung...kalau main apa-apa ke mesti diorang tak nak geng dengan aku..pasal aku akan membuatkan kumpulan mereka kalah teruk..iyelah..aku gedempol..comel lak tu..mana larat nak lari dapatkan mata...kalau bab sepupu sepapat lak..ramai yang mengeji dan menghina sebab aku gemok n hitam..diorang semua putih-putih dan cun-cun belaka (sampai atok aku belah arwah mak memang benci betul tengok muka aku...pernah dia cakap benci tengok muka aku sebab akulah cucu yang paling buruk..)...bila tiba part adik beradik..kakak aku lah orang yang paling tak suka aku tegur dia kat sekolah...dia kata aku memalukan dia...bila pergi kuar bandar, dia tak nak jalan dengan aku...aku simpan semuanya sampai la aku besar panjang....macam mana la aku tak terasa bila aku sering jadik kambing hitam dalam masyarakat...

Aku tak nafikan..ramai jugak kawan aku yang tak kisah aku macam ni...disebabkan benda-benda macam ni la aku terlalu merendah diri dan tak pernah yakin dengan diri sendiri..masa aku tulis ni pun...berlinang air mata aku...huhuhu...sabar..sabar..Allah dah bagi yang terbaik untuk aku...cukuplah tak cacat....Alhamdulillah...

Memang peristiwa pagi tadi buat aku terasa hati...tapi takpe..aku nak tunjukkan kat depa aku boleh kurus..asyik kena kutuk jek mana boleh tahan...akan aku jadikan ia sebagai pembakar semangat aku untuk kurus....chaiiiiyyyyooookkkk....

3 ulasan:

ida_maya berkata...

sabar ler kak. hari nie memang malang bagi akak and ida. relax k

beattey berkata...

ko sentiasa bagi aku semangat ida..thanks...

MeL berkata...

sedih sy baca entry u ni..xptt la family sendiri lyn u mcmtu. klu sy kat situation u pn sedih sgt2, smpai tok u siap benci tgk muka u..apelah mcmni :( anggap la sume tu motivation tuk diri u okey (at the same, sy jgk)..