Isnin, 30 Mac 2009

Daily Menu - 27, 28, 29th Mac

Salam dan selamat pagi....

nak update menu aku sepanjang 3 hari aku tak update menu..so kesimpulannya aku hanya maintain jek...

27 Mac (Jumaat)

Pagi - Shake Choc + 600ml air

in between - keropok lekor rebus (makan beberapa ketui...masa ni aku dah lapar pasal hari hujan...aku rebus guna microwave..sesekali guna mw...walaupun tahu kalau masak guna mw tak elok untuk kesihatan...

Tengahari - Tauhu bakar sekeping + 1/2 plate char kuey Teow + 1000ml air

in between - jambu batu pak cu

Malam - fish n chip + ceaser salad + 600ml air...(ni semua hubby punya pasal..dia goda aku ajak makan sama..dia mintak aku buat fish n chip untuk dia..kira romantik la..makan berdua-duaan sambil suap-suapan gitu....)kiranya aku tak amik shake la malam tu...

28 Mac (Sabtu)

Pagi - Shake Cappu + 600ml air

in between - 4 ketul chicken finger + 3/4 pinggan mee goreng

Tengahari - sayur campur + 2 ketul kari ayam+ paru goreng + 1000ml air

in between - roti dan biskut + tongkat ali coffee (plus misang kucing + ginseng) fuuuuhhhhh..pppoooowwweeerrrr

Malam - minum air tongkat ali (super power)...(tak tahu ler mengapa aku suke sangat minum air ni...walaupun tahu kalori dia banyak...aku tak amik shake sebab aku rasa aku dah makan banyak sangat ari tu....so minum air jek..

29 Mac (Ahad)

Pagi - Shake Cappu + 600ml air

in between - 6 ketul cekodok + 2 biji kuih putu ayu

Tengahari - gulai jantung pisang + goreng tauhu n tempe + 1000ml air

in between - semangkuk kecil laksa penang ( pukul 3 ptg)
- sekeping roti sapu ngan jem kacang + tongkat ali coffee (pukul 4.30 ptg)


Malam - just minum air jek 600ml pasal aku rasa kalori aku dah mencukupi..nak minum shake kang, bertambah lak kalori aku....huhuhuu...

Secara kesimpulannya..aku cuma amik sekali shake jek..teruk tul aku nih..kalau lambat kurus..tau lak marah...sebenarnya aku yang tak berdisiplin...semalam aku dah kuarkan semua baju2 lama aku dalam kotak..ada yang dah boleh pakai dan ada yang tunggu masa lagi sikit lagi nak muat....sebab sempit n sendat sikit..tak pe..cuba lagi bulan depan...dah banyak balik baju dalam almari aku dan baju yang besar2 aku dah lipat dan masukkan kat tempat baju-baju lama...itu sahaja aktiviti aku untuk hujung minggu...daaaa...


Tiada ulasan: