Isnin, 23 Mac 2009

Cradle

Sejak Jannah di lahirkan..aku tak pernah ajar dia tidur dalam buaian....sejak 2 minggu lepas..tiap kali balik dari ofis..hubby mesti cakap kat aku yang masa dia ambil Jannah kat umah Wan, mesti dia tengah tidur dalam buai...aku tak anggaplah ia satu yang serius..tapi seriuosly, hujung minggu lepas jannah merengek-rengek tak nak tido...lagi satu sebab cuaca panas..so mak mertua aku suruh aku tidokan dia dalam buai...n finally dia tido dengan nyenyaknya....so disebabkan jannah sekarang ni dah pandai demand tido dalam buai, aku dah terasa ie menyusahkan aku..sebab aku memang tak suka baby tido dalam buai..sian aku tengok..macam terkepit jek..aku memang tak nak ajar jannah tido dalam buai..tapi bile fikir dua kali, takkan la Wan tu kejenye nak jaga anak aku sorang jek..dia pun ada cucu nak jaga..jadi, buaianlah salah satu cara nak tidokan Jannah dengan nyenyak....malam tadi lak..dia dah tak nak tido dalam baby cord..nak gak dalam buai..bilik aku tu dah ler sempit..tambah lagi buai dalam bilik....memang buat aku tak selesa...

Aku tengah nak cari jalan macam mana nak ajar dia supaya jangan tido dalam buaian...aku ni sebenarnya takut nak gunakan buaian..pasal takut jek keselamatan jannah..adakah selamat gunakan buaian???....sebab masa aku kecik2 dulu..ada budak yang sekampung dengan aku...mata dia tersangkut kat penyangkut kain buaian masa dia tido...huiiiyyyooooo...mengerikan...tu pasal la aku fobia sangat ngan penggunaan buaian ni....anyway apa komen korang?????

gambar ehsan : baliomegatron

Tiada ulasan: