Isnin, 16 Mac 2009

Update Menu (13,14 n 15th March 2009)

Jumaat lepas Jannah demam...risaunya mama...iyelah anak aku tu jarang kena demam..cuma selalu batuk-batuk sebab berjangkit ngan Qayyum jek...so aku amik cuti la..sian tengok dia..pagi tu aku dah bersiap-siap nak g keje..dah nak gerak dah pun..dia dok tarik baju aku tak nak lepas daripada dakapan aku..mama tak sampai hati sayang..so aku dok umah jaga dia..nasib baik aku dapat kawal diri aku..selalu dok kat umah banyak dugaan...so ni menu aku sepanjang hujung minggu.

Chicken salad With Creamy Soup

13th Mac (Jumaat)


Pagi - Shake strawberry + 600ml air

Tengahari - Chicken Salad With Creamy Soup (gambo tak cantik...) + 1000ml air

untuk pengetahuan korang creamy soup ni bukanlah aku masak pakai creame or what..just aku buat soup sendiri...bahan-bahannya..2 sudu susu anlene, 100ml air, sedikit isi ayam, 1/2 sudu kecik butter, chooped onion n garlic...sedikit corn flour...masak je la...


Malam -
Shake strawberry + 600ml air

Hari sabtu lak, Angah datang dari Muar..dia nak pergi ke Surabaya,...bercuti dengan keluarga...so aku amik diorang kat pudu n bawak balik ke rumah aku..so diorang makan tengahari kat umah aku ler...menu yang aku masak selama 45min adalah ayam masak lemak cili api, sayur campur dan ikan goreng. Masa 45 min tu la nak siang ikan, siang ayam, bersihkan sayur...fuh..kelam kabut aku sengsorang..tapi result marrrvellloussss kata angah...hehehehhe...lepas siap semua makan aku n hubby hantar lak diorang g LCCT...hari yang meletihkan bagi aku..


14th Mac (Sabtu)

Pagi - Shake strawberry + 600ml air

Tengahari - Sayur campur + Ayam masak lemak cili api + 1000ml air (takde gambo)

Malam -
Shake strawberry + 600ml air

Ahad lak takde aktiviti apa-apa..cuma dok mengemas dan main-main ngan jannah...hari yang paling merehatkan aku...yeeeehhhhaaaaaaaa...


Teppayaki Brokoli

15th Mac (Ahad)

Pagi - Shake strawberry + 600ml air

Tengahari - Teppayaki Brokoli + 1000ml air

Malam -
Shake strawberry + 600ml air

Supper - 2 keping biskut digestive + 100ml susu soya (less sugar) (lapo gamaknya aku nih...)

Inilah menu aku untuk tiga hari....habislah minggu salad ...so minggu food variation bermula plak...ini pasal takde idea lagi nak masak menu sihat..nanti lah aku fikir-fikirkan k....setakat ni aku rasa menu aku still sihat dan berkhasiat...mesti korang bertanya-tanya mana nasik aku...Fyi, aku memang tak makan nasi...hehehehe...harap-harap aku boleh bertahan...nanti aku update menu for today...

2 ulasan:

Aziera berkata...

Salam perkenalan Beattey!
Seronoknya masuk blog ni. Banyak menu2 dan resepi sihat. Boleh cuba ni :D

Kalau ada masa bolehlah share di forum Herbydiets http://forum2.herbydiets.com/

Beattey berkata...

Terima kasih kak aziera..sudi jugak jenguk blog nih...by the way tengah try daftar..tapi still tak boleh..