Isnin, 23 Mac 2009

Daily Menu - 21st n 22nd Mac

Hari Sabtu dan Ahad punya menu macam biasa jek..aku mampu mengekalkan 2 Shake sehari walaupun aku digoda oleh hubby bertubi-tubi..namun aku berjaya menepis semua godaan itu...2 hari tu jugak aku tak masak (cuma masakkan asam pedas ikan pari jek...marvellous!!!!)..sebab kakak ipar aku dah masak...so update menu untuk 21 dan 22hb adalah seperti berikut:

21/3/09 (Sabtu)

Pagi - Shake Cappu + 600ml air

Tengahari - 2 keping biskut digestive (cecah ngan soyfresh cappu 100ml) + 1/4 spagetti goreng (bibik buat) + satu sudu sos spagetti semalam + 1000ml air

aku terliur spagetti sejak semalam...sedap jek aku tengok budak-budak kat umah sarapan pagi..tapi aku tahan jebat...huhuhuhu....aku ni memang peminat pasta, jadi terkulat-kulat aku tengok mee kat atas meja tu..sambil mee tu melambai-lambai ke arah aku...mari...mari...mari makan aku...huhhuhuhu....(gua tak tahan beb.....)

Malam -
Shake Cappu + 600ml air

22/9/09 (Ahad)

Pagi - Shake Cappu + 600ml air

Tengahari - 2 keping ikan pari masak asam pedas (yang ni aku masak) + 2 sudu makan gulai pucuk ubi (kak juli masak) + kentang goreng berlada (1/4 pinggan) + 1000ml

ari ni memang aku banyak makan yang bergoreng dan berminyak...aku malas lak nak prepare makanan diet aku pasal ramai orang kat umah..malu lak aku..kang ramai yang tanya..makan pe tu????...tu sebablah aku malas..malas nak jawab...lepas makan tengahari, aku, hubby, jannah n kak juli g jakel n KAMDAR beli kain pasang mak mertua aku...rambang mata aku kat sana...nasib baik aku lom gaji..kalau tak habis aku borong..kena berjimat-jimat bulan ni pasal banyak nak pakai duit..bulan ni jugak aku dah mula nak bayar kutu Cloth Diapers..erm..duit..duit...

pas balik outing - 5 biji kuih ondeh2 (kecik2 jek) + 1 bungkus biskut sultanate plum + 600ml air

Malam - Shake Cappu + 600ml air

Sekian sahaja melaporkan....

Tiada ulasan: