Isnin, 16 Mac 2009

Daily Menu - 16th Mac

Hari ni..masak yang sempoi-sempoi jek..apa yang aku masakkan untuk hubby (bekal makan tengahari dia)..itu jugaklah yang aku bawa bekal ke ofis...hari ni aku masak baby kailan udang dan ikan goreng..tapi untuk hubby aku buatkan sambal ikan..sian dia tercekik lak nanti kalau takde kuah...menu aku hari ni adalah seperti berikut:

Pagi - Shake Strawberry + 600ml air

Tengahari - baby Kailan udang + ikan goreng (seekor jek) +1000ml air

in between - iIKO + 200ml air

Malam -
Shake Strawberry + 600ml air

Aku bukannya malas nak masak..cuma takde idea yang hebat-hebat lagi....hubby lak lagi suka kalau aku masak ringkas-ringkas..dia pun pesan jangan masak bebanyak...sebab berat dia dah naik sikit...mungkin aku akan pelbagaikan menu aku..walaupun sempoi tapi still sihat gak...



Baby Kailan Udang

1 bungkus baby kailan aka Choy Tam (bersihkan)
beberapa ekor udang (suka hati kurang..jangan 'terlebih sudah'....stacy tagline)
bawang putih (cincang)
2 sudu besar soso tiram
50ml air masak
1 sudu kecil minyak zaitun
bawang goreng

cara-caranya : jerang air dalam periuk, dan masukkan sedikit garam lepas tu bile dah mendidih, masukkan baby kailan dan tunggu seminit kemudian toskan. Tumis bawang putih dan udang..masukkan air dan sos tiram..biarkan udang masak...tuangkan kuah udang tadi ke atas baby kailan yang dah ditos..taburkan sedikit bawang goreng kat atas...errrrmmmm...sedap tau...selamat mencuba...

Tiada ulasan: